Pelita Brunei - Rabu 17 Sept 2014

Page 18

NASIONAL

HARI RABU 17 SEPTEMBER 2014 KUALA BELAIT, Selasa, 9 September. - Generasi muda perlu mengetahui, mempelajari dan mengembangkan seni warisan menambat dastar dan tapihan sinjang atau rancung Brunei agar tidak pupus. Pegawai Penyelaras Bengkel Menapih Sinjang dan Menambat Dastar Kebangsaan 2014, Awang Seruddin bin Awang Damit yang juga Penulis Skrip Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menambah mempelajari teknik menambat dastar dan menapih sinjang tidak terhad kepada bentuk atau corak tradisi sahaja. Negara Brunei Darussalam mempunyai keunikan pemakaian dastar dan sinjang yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Keunikan tersebut terdapat dari segi seni tambatan dastar dan tapihan pada pemakaian sinjang. Awang Seruddin menyatakan, dengan peredaran dan perkembangan zaman, kita boleh mengolah seni warisan tersebut kepada corak yang lebih kreatif dan moden dengan menjadikan tambatan dan tapihan yang asli sebagai asas atau landasan kepada pembaharuan berkenaan. Menurut beliau, negara ini mempunyai pelbagai jenis dan bentuk dastar seperti dastar Teruna, Melati, Bujang, Tanjak, Air Muleh, Lipat Kiap Terbuka, Layar Bahtera, Singa Melilih, Singa Menoleh, Sapu-Sapu Aing dan sebagainya. Begitu juga sinjang, jenis atau seni tapihan sinjang berbeza mengikut status serta majlis yang dihadiri. Tapihan sinjang Brunei mempamerkan keunikan dan kemewahan serta corak ukiran yang tersendiri yang jarang-jarang kita saksikan seperti Tapih Kemudi, Tapih Penguyut, Tapih Bertarik, Tapih Bergulung, Tapih Susun Imi-Imi, Kiap Terurai dan sebagainya. Sebagai warisan budaya bangsa yang perlu dipelihara dan diperkembangkan, KKBS melalui

19

Lestarikan seni warisan Brunei Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli

Gotong-royong membina stor penyimpanan mesin pengirik padi Oleh : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli Foto : Ihsan Unit Dakwah Daerah Belait

PEGAWAI Penyelaras Bengkel Menapih Sinjang dan Menambat Dastar Kebangsaan 2014, Awang Seruddin bin Awang Damit menunjukkan cara menambat dastar.

Bahagian Kebudayaan dan Kesenian telah mengadakan Bengkel Menambat Dastar dan Menapih Sinjang di Daerah Belait yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan, Kampung Pandan, di sini. Bengkel singkat selama sehari melibatkan 20 peserta lelaki dan perempuan terdiri daripada penuntut sekolah menengah dan jabatan-jabatan kerajaan dan sektor swasta menyertai bengkel yang dibahagikan kepada dua kategori meliputi remaja berusia 17 hingga 30 tahun dan kategori dewasa, 30 tahun ke atas. Setelah menyaksikan demonstrasi menapih sinjang dan menambat dastar,

para peserta bengkel diminta mempraktikkan dapatan daripada demonstrasi berkenaan. Pada bengkel itu juga diadakan pertandingan, peserta yang memenangi pertandingan akan mewakili Daerah Belait ke pertandingan berikutnya. Bengkel merupakan kesinambungan daripada bengkel-bengkel yang telah diadakan bermula di Daerah Brunei dan Muara dan diikuti di Daerah Temburong. Bengkel serupa akan diadakan Daerah Tutong. Bengkel diharap memberi pendedahan terutama kepada para belia dan meluaskan seni menambat dastar dan menapih sinjang kepada orang ramai.

KAKITANGAN Pusat Da'wah Islamah, Unit Dakwah Belait dan penghuni rumah panjang Kampung Melilas antara yang terlibat dalam pembinaan stor penyimpanan mesin pengirik padi berserta kelengkapan (atas), sementara gambar bawah, kerja gotong-royong membina stor penyimpanan mesin pengirik padi berserta kelengkapan.

Sekolah Rendah Selangan johan Peraduan Membaca Jawi TEMBURONG, Selasa, 9 September. - Awang Mohammad Harni Syahmi bin Abdullah Sahrin dan Dayang Siti Nursyafiqah binti Abdullah, kedua-duanya mewakili Sekolah Rendah Selangan muncul johan dalam kategori masingmasing semasa Pertandingan Membaca Jawi Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan dan Pendidikan Swasta, berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, di sini. Tempat kedua bagi Kategori

Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim Lelaki dimenangi oleh Awang Mohammad Khairul Amrin bin Haji Rozaiman wakil Sekolah Rendah Negalang, manakala pelajar dari Sekolah Rendah Labu Estate, Awang Mohammad Hanif Hamizan bin Haji Zakaria di tempat ketiga. Bagi Kategori Perempuan pula tempat kedua dimenangi oleh peserta dari Sekolah Rendah

Piasau-Piasau, Dayang Nur Amirah Liana binti Rosemadi, sementara Dayang Nur Izz Zayani binti Hamdan dari Sekolah Rendah Negalang di tempat ketiga. Penyampaian hadiah-hadiah disempurnakan oleh Ketua Unit Dakwah Daerah Temburong, Awang Haji Hazimin bin Haji Metali. Kali pertama diadakan, pertandingan adalah untuk membarigakan bacaan Jawi sebagai satu wadah pendidikan seperti yang terkandung dalam dimensi kemahiran Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21), di samping untuk menanai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai kepentingan tulisan Jawi. Dengan adanya pertandingan seumpama ini diharap akan dapat menanamkan kesedaran tentang kepentingan bacaan Jawi dan dapat meningkatkan penguasaan bacaan Jawi serta mengetengahkan kemahiran Jawi dalam kalangan para pelajar. JOHAN Pertandingan Membaca Jawi Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan dan Pendidikan Swasta Kali Pertama Peringkat Daerah Temburong, Awang Mohammad Harni Syahmi bin Abdullah Sahrin mewakili Sekolah Rendah Selangan semasa memperdengarkan bacaannya.

KUALA BELAIT, Isnin, 8 September. - Penghuni rumah panjang Kampung Melilas kini memiliki stor penyimpanan mesin pengirik padi berserta kelengkapan. Stor tersebut dibina secara gotong-royong oleh rombongan Pusat Da’wah Islamiah (PDI) dan Unit Dakwah Belait serta penghuni rumah panjang Kampung Melilas. Kerja gotong-royong turut disertai Pemangku Penghulu Mukim Melilas, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Dewa Haji Muhammad Ali bin Abdullah Itam; Ketua Unit Dakwah Belait, Awang Haji Roslan bin Haji Ratu dan Ketua Unit Dakwah Khas, PDI, Awang Yusri bin Majid. Bacaan doa kesyukuran selesainya projek berkenaan telah dibacakan oleh Pegawai Perkembangan Ugama di Unit Dakwah Belait, Awang Haji Nazir bin Haji Othman. Yang Dimuliakan Pehin selaku wakil penghuni rumah panjang dan penduduk Kampung Melilas, merakamkan penghargaan berbanyak terima kasih kepada PDI yang tidak kendur-kendur dan sering berkunjung ke pedalaman serta memeduli masalah yang dihadapi oleh saudara baru. Objektif kerja gotong-royong antara lain sebagai satu pemedulian PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama terhadap kebajikan saudara-saudara baru khususnya mereka yang berada di kawasan pedalaman, di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara saudara baru bersama pegawai dan kakitangan dari PDI. Projek yang sama akan dilaratkan di Kampung Sukang.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Rabu 17 Sept 2014 by Putera Katak Brunei - Issuu