Pelita Brunei - Rabu 15 Jul 2015

Page 12

12

PELITA BRUNEI HARI RABU 15 JULAI 2015

Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor dan Norliah Md Zain Foto : Jabatan Penerangan JULAI hari ini, tarikh yang menjadi mercu sejarah Negara Brunei Darussalam, iaitu Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69 Tahun. Diputerakan pada 15 Julai 1946 di Istana Darussalam Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan). Pada 14 Ogos, baginda disytiharkan menjadi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota. Pada 5 Oktober 1967, baginda menjadi Sultan Brunei Ke-29 setelah Paduka Ayahanda baginda, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien turun daripada Takhta Singgahsana Kerajaan dengan kemahuan Paduka Ayahanda baginda sendiri pada 4 Oktober 1967. Kemudian pada 1 Ogos 1968, baginda dipuspakan menjadi Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan penuh Adat Istiadat Diraja yang gilang gemilang di Lapau, Bandar Brunei. Berkat kepimpinan baginda, negara telah dapat menikmati pelbagai kemudahan yang berdasarkan piawaian dan amalan terbaik antarabangsa mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang khususnya pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, di samping kejayaan mencapai matlamat-matlamat pembangunan milenium. Dasar dan jalinan hubungan diplomatik yang terjalin sejak kemerdekaan telah mengharumkan lagi nama negara sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berdaya maju.Kesungguhan dan kegigihan baginda, menyaksikan beberapa projek pembangunan industri menampakkan kemajuan yang dihasratkan antaranya usaha meningkatkan agenda keselamatan permakanan negara, prasarana dan kemudahahan awam.

15

RASA DAN SYUKUR Rasa syukur ke hadrat Allah Subahanhu Wata'ala memang sepatutnya sentiasa dipanjatkan oleh seluruh rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam yang tercinta ini

13

PELITA BRUNEI HARI RABU 15 JULAI 2015

kerana menikmati hidup dengan aman dan selamat lagi sejahtera. Semua rahmat itu dikecapi adalah dengan kepimpinan baginda yang sentiasa peka terhadap keselamatan dan keamanan di negara ini. Rasa cinta dan sayang kepada raja terus tersemai dalam kalangan penduduk di negara ini. Perkara ini dapat dilihat semasa merayakan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang disambut setiap tahun. Acara ramah mesra bersama rakyat adalah acara yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat di negara ini. Dengan penuh senyuman dan kemesraan, raja yang disayangi sangat mudah didekati. Terpupuknya kasih sayang antara raja dan rakyat mengukuhkan lagi institusi beraja yang membuatkan kemakmuran dan keamanan di negara ini terus terpelihara. Negara ini sentiasa menjadi negara yang paling selamat untuk didiami dalam dunia malah diberkati oleh Allah Subhanahu Wata'ala. TAAT KEPADA PEMIMPIN Hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim maksudnya : ''Mendengar dan taat kepada pemimpin adalah wajib ke atas setiap Muslim sama ada perkara yang ia suka atau tidak suka (benci), selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Maka apabila disuruh melakukan maksiat, maka perintah itu tidak boleh didengar dan tidak boleh ditaati lagi.'' Setiap bait-bait ayat ketika baginda mengurniakan titah, sentiasa mengingatkan rakyat dan membuatkan kita terbuka minda dan sedar tentang kealpaan yang telah kita lakukan. Oleh itu, kita wajib patuh kepada raja kitani,

iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Inilah ciri-ciri yang ada pada Kebawah Duli Yang Maha Mulia, seorang raja yang pentingkan agama, berfikiran jauh ke hadapan, di samping berjiwa rakyat menyebabkan rakyat semakin bertambah sayang dan mengagumi kepimpinan baginda. Setiap hari rakyat mendoakan agar Allah Subhanahu Wata'ala sentiasa memelihara baginda. Tunjang kesejahteraan dan kedaulatan negara adalah berpunca daripada kekuatan pemimpin. Kita sememangnya bertuah kerana mempunyai seorang raja dan ketua agama yang berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Waljamaah. Maka, menjadi tanggungjawab rakyat jelata memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda sebagai pemerintah seperti mana yang telah diajar oleh agama. Alhamdulillah, kita di Brunei sebenarnya amat bersyukur kerana mempunyai seorang raja yang berjiwa rakyat yang sentiasa pemedulian terhadap nasib rakyat baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia merupakan seorang pemimpin yang sentiasa bekerja untuk rakyat, yang sentiasa saban kali ke kampung-kampung dan mukim-mukim bagi berinteraksi dengan rakyat jelata bagi mengetahui masalah dan kepayahan yang dihadapi oleh rakyat baginda seperti semasa berangkat ke Majlis Pengurniaan Kunci-kunci Rumah. Baginda melayani

semua rakyat baginda dengan laila adil dan saksama. Kerajaan baginda dalam membantu mereka yang susah tidak mengira bangsa, agama dan keturunan selagi ianya warganegara Brunei Darussalam, baginda tetap memberikan layanan yang sama dan tidak ada kamus membeza-bezakan. Dengan layanan baginda selain baginda berkenan bercemar duli berangkat ke rumah rakyat sempena Majlis Pengurniaan KunciKunci Rumah akan menjadi kenangan yang paling manis terpahat dalam hidup mereka. Inilah realiti kehidupan di Brunei yang mungkin sahaja tidak sama dengan orang lain di dunia ini. Tetapi itulah hakikatnya, Brunei bumi bertuah mempunyai pemimpin dan seorang raja yang benar-benar berjiwa rakyat yang memeduli akan kehdiupan rakyat jelata. Baginda juga baru-baru ini mengurniakan kurnia peribadi baginda yang diterima oleh golongan tertentu di negara ini akan dapat meringankan bebanan perbelanjaan mereka dan dalam dalam waktu yang sama golongan sedemikian akan dapat merayakan Aidilfitri dengan penuh ceria dan riang gembira seperti orang lain. Dengan keprihatinan baginda yang amat pemurah kepada rakyat jelata, kepimpinan baginda terus dikagumi baik dalam kalangan rakyat mahupun antarabangsa. Dari kekaguman rakyat, maka rakyat sangat mengasihi baginda

malah tidak kendur-kendur mendoakan kesejahteraan baginda agar kekal karar di atas takhta. Ini kerana Ulil Amri kesayangan rakyat ini sememangnya seorang raja yang berjaya membawa haluan negaranya ke arah keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan sehingga rakyat benar-benar merasa selamat bernaung di bawah kepimpinan baginda. Inilah yang membuatkan baginda begitu disanjung oleh rakyatnya. Oleh itu sebagai menzahirkan rasa syukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan taat setia kepada raja, marilah kita panjatkan doa ke hadrat Allah semoga raja kita yang dikasihi dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah negara dengan adil dan saksama di bawah perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala dan negara kita akan terus makmur di bawah kepimpinan baginda. Amin Ya Rabbal'alamin. Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon doa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Dilanjutkan Usia, Sihat Walafiat, Kekal Karar Memerintah Negara Brunei Darussalam di bawah Perlindungan dan Petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.