NASIONAL
HARI RABU 13 JULAI 2016
5
Tinjau persiapan keberangkatan Kebawah DYMM ke Daerah Temburong Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ihsan Jabatan Daerah Temburong
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun ketika membuat tinjauan semasa latihan bagi atur cara keberangkatan Kebawah DYMM bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong.
TEMBURONG, Isnin, 11 Julai. Persiapan bagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun bagi Daerah Temburong sedang rancak dijalankan. Hadir meninjau lebih dekat lagi akan persiapan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Temburong, Pekan Bangar itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun. Juga menyertai tinjauan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad; Setiausaha Tetap
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Haji Mohd. 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar dan Awang Haji Idris bin Haji Md. Ali serta Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Md. Amir Hairil bin Awang Haji Mahmud, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Tertinggi bagi Daerah Temburong. Persiapan latihan dimuatkan khusus bagi Persembahan Khas Padang yang mana pada tahun ini mengenengahkan pondok-pondok etnik di Daerah Temburong dengan tema persembahan 'Raja Berdaulat, Laila Perkasa'. Raptai penuh akan diadakan pada 13 Julai ini dengan menumpukan sepenuhnya atur cara keberangkatan Kebawah DYMM bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong.
Erat silaturahim bersama saudara baharu sempena Hari Raya Aidilfitri kediaman Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud di Kampung Sungai Hanching. Seperti lazimnya, Unit Dakwah Khas dan Pembangunan Muallaf, Bahagian Pengislaman dan Pemeliharaan Muallaf, PDI mengungkayahkan Majlis Junjung Ziarah Saudara-Saudara Baharu Senegara ke Kediaman Orang-Orang Kenamaan sempena Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah / 2016 Masihi. Rombongan diketuai oleh
Pemangku Penolong Pengarah, PDI, KHEU, Awang Abdul Aziz bin Haji Kahar. Semasa Majlis Junjung Ziarah, rombongan saudara baharu telah dijamu dengan pelbagai jenis juadah makanan istimewa dan berpeluang untuk beramah mesra bersama Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan isteri serta keluarga. Tujuan majlis diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai PDI dengan saudara-saudara baharu di negara ini.
Tidak ada benda mencurigakan dijumpai TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud (tengah) dan isteri ketika mengalu-alukan para rombongan di rumah kediaman Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.
Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 Julai. - Seramai 20 orang saudara baharu dari Kampung Bebuloh dan 33 orang saudara baharu dari Daerah
Belait serta 10 pegawai dari Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah berkunjung ke rumah
Siaran Akhbar : Pasukan Polis Diraja Brunei GADONG, Isnin, 11 Julai. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) menyatakan bahawa mereka telah menerima satu panggilan telefon melalui 993 mengenai adanya bom di dalam sebuah bangunan komersil, di sini. Pasukan PDB telah pun menjalankan siasatan yang rapi dan seorang lelaki telah pun ditahan juga dipercayai boleh membantu siasatan mengenai ancaman bom tersebut. Sehubungan itu, Pasukan PDB telah mengesahkan tidak ada sebarang benda yang mencurigakan dijumpai setelah pemeriksaan dibuat di kawasan tempat kejadian. Pada masa ini, lelaki yang ditahan masih membantu siasatan polis.
Kaunter pembayaran elektrik tutup 15, 16 Julai Siaran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Elektrik
PARA rombongan terdahulu dibawa ke surau kediaman Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama untuk sesi beramah mesra.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 12 Julai. - Semua kaunter pembayaran Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) akan ditutup pada 15 hingga 16 Julai ini. Menurut Siaran Akhbar JPE, penutupan itu disebabkan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70, Tahun 2016. Kaunter hanya akan mula beroperasi seperti biasa pada hari Isnin, 18 Julai 2016. Adalah dimaklumkan juga kepada orang ramai khususnya para pengguna meter prabayar agar membuat persediaan awal dengan membeli secukupnya atau membeli Powerkad di tempat-tempat berdaftar atau membeli melalui pesanan ringkas, dalam talian juga menggunakan mesin-mesin CDM.