Pelita Brunei Rabu 13 Julai 2016

Page 2

2

HARI RABU 13 JULAI 2016

Berangkat ke Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja 13 JULAI 2016 BERSAMAAN 1437

8

PANJATKAN RASA SYUKUR

P

ADA Jumaat, 15 Julai 2016 ini, maka genaplah usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ke-70 Tahun, raja yang dikasihi, dikenali dengan kasihnya kepada rakyat dan penduduk. Pelbagai program dan aktiviti telah dirancang untuk meraikan hari penuh kegembiraan ini bermula dengan Acara Menaikkan Bendera Besar Negara di Bandar Seri Begawan pada 1 Julai 2016 yang lalu. Ini menandakan bermulanya acara meraikan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Semua rakyat dan penduduk adalah diseru untuk mengibarkan bendera bermula dari 1 hingga 31 Julai ini dan pastikanlah bendera yang dikibar berada dalam keadaan yang baik. Manakala bagi Pengiran-Pengiran dan orang-orang kenamaan akan mengibarkan bendera peribadi masing-masing. Sementara itu, acara keagamaan Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-70 Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi akan diadakan pada Khamis, malam Jumaat, 14 Julai 2016 bertempat di semua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara mulai 5.45 petang dengan tumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. Marilah kita sama-sama menghadiri acara tersebut sebagai tanda syukur kita ke hadrat Ilahi dan berdoa semoga Allah melanjutkan usia baginda dan kekal karar memerintah di atas singgahsana. Selain itu, satu lagi acara yang sentiasa ditunggu oleh penduduk dan rakyat di negara ini ialah acara Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk yang pada lazimnya akan diadakan di setiap daerah. Inilah peluang bagi setiap genap lapisan masyarakat untuk bertemu dengan raja yang dicintai dan sama-sama meraikan dalam keadaan yang penuh keceriaan dan harmoni. Acara tersebut akan bermula di Daerah Tutong pada 19 Julai, diikuti dengan Daerah Temburong pada 21 Julai, Daerah Belait pada 23 Julai dan diakhiri di Daerah Brunei dan Muara pada 24 Julai nanti. Sebagai rakyat dan penduduk di negara ini, marilah kita sama-sama merenung kembali apa yang dicapai di sepanjang bawah pimpinan Kebawah DYMM. Baginda sentiasa menempatkan kesejahteraan rakyat dan penduduk untuk hidup dalam keadaan yang selesa, aman dan damai sebagai satu keutamaan. Pelbagai langkah dirancang dan dilaksana untuk memastikan rakyat dan penduduk sentiasa menerima pendidikan, kesihatan, pembangunan yang baik, hal ehwal masyarakat sentiasa dijaga dan kebajikan tidak dilupakan. Kita bersyukur kerana negara sentiasa aman bahagia, kekal sejahtera dan berdaulat di bawah pimpinan baginda yang laila adil lagi saksama berteraskan Melayu, Islam, Beraja. Semoga Kebawah DYMM dilanjutkan usia, kekal karar memerintah negara di atas singgahsana. Amin. Daulat Kebawah Duli Tuan Patik! - Ketua Penyuntingan (Ss).

KEBERANGKATAN tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Kubah Makam Diraja dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 12 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, di sini. Majlis berkenaan adalah bagi ayahanda dan bonda baginda, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin

Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud berserta pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara

JULAI

13 14 15 16 17 18 19

Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel berserta kerabat diraja yang lain. Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan Tahlil dan Doa Tahlil serta disusuli dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Pada majlis tersebut, baginda juga berkenan menjirus 'aying asah-asahan' ke makam ayahanda dan bonda baginda, diikuti oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, adinda-adinda dan anakanda-anakanda baginda. Ke muka 3

SYAWAL

8 9 10 11 12 13 14

4 . 41 4 . 41 4 . 41 4 . 42 4 . 42 4 . 42 4 . 42

4 . 51 4 . 51 4 . 51 4 . 52 4 . 52 4 . 52 4 . 52

6 . 15 6 . 15 6 . 15 6 . 15 6 . 15 6 . 15 6 . 16

6 . 38 6 . 39 6 . 39 6 . 39 6 . 39 6 . 39 6 . 39

12 . 27 12 . 27 12 . 27 12 . 27 12 . 27 12 . 28 12 . 28

3 . 52 3 . 52 3 . 52 3 . 52 3 . 51 3 . 51 3 . 51

6 . 37 6 . 38 6 . 38 6 . 38 6 . 38 6 . 38 6 . 38

7 . 52 7 . 52 7 . 52 7 . 52 7 . 52 7 . 52 7 . 52


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei Rabu 13 Julai 2016 by Putera Katak Brunei - Issuu