Pelita Brunei - Rabu 10 Jun 2015

Page 24

24

HARI RABU 10 JUN 2015

Kepentingan memelihara alam sekitar Turut hadir pada acara tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Haji Shahrom bin Haji Suhaimi; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Chua Pheng Keong; ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua divisyen di bawah Kementerian Pembangunan.

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa menanam pokok sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (kiri), sementara gambar kanan, Yang Berhormat melancarkan 'Green Brunei : Eco Drive'.

Dari muka 1 Yang Berhormat juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang acara Brunei E.Y.E : Eco-Race 3.0 yang mana tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Green Phoenix, diikuti dengan kumpulan ECO-ON tempat

kedua dan di tempat ketiga dimenangi oleh Pusat Latihan Mekanik. Eco-Race 3.0 tersebut bertujuan untuk mempertingkatkan penglibatan belia-belia dalam menjana kesedaran agar mereka akan menjadi lebih pro-aktif dan inovatif dalam pengurusan alam sekitar yang berdaya tahan.

Atlet bola jaring pulang dengan pingat gangsa SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin mengalungkan sesandang kepada atlet bola jaring negara yang bertanding di Sukan SEA Ke-28, Singapura.

Ketahui terasul, adat istiadat Brunei

Oleh : Haji Mahmud Hafidzie Haji Ali Mashod Foto : Masri Osman

Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ihsan Jabatan Daerah Temburong TEMBURONG, Sabtu, 6 Jun. Mengetahui terasul dan kedudukan orang-orang kenamaan serta adat istiadat Brunei seharusnya dimiliki dalam diri setiap pegawai yang dilantik dalam bidang tugas penyambut tetamu dan protokol di bawah Urusetia Perayaan dan Penyambut Tetamu. Menyedari hal itu, Jabatan Daerah Temburong melalui Jawatankuasa Urusetia Perayaan telah mengungkayahkan Bengkel Adat Istiadat, Protokol dan Jemputan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, di sini. Selama dua hari diadakan, bengkel yang difokuskan kepada Urusetia Perayaan dan Penyambut Tetamu itu dimudah cara oleh Penolong Yang Di-Pertua Adat Istiadat, Jabatan Adat Istiadat Negara, Pengiran Dr. Hidup bin Pengiran Haji Samsuddin.

Antara yang menyertai bengkel, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad; Penolong Pegawai Daerah Temburong, Awang Md. Amir Hairil bin Awang Haji Mahmud; para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, Urusetia Perayaan serta para pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Temburong. Bengkel antara lain bertujuan bagi memudahkan para pegawai yang dilantik dalam bidang tugas penyambut tetamu dan protokol untuk mengetahui terasul dan kedudukan orang kenamaan sekali gus dapat mengetahui adat istiadat Brunei. Di samping itu, para peserta juga berpeluang menimba ilmu pengetahuan akan pentingnya bahasa Dalam yang digunakan bagi pertuturan bersama kerabat diraja.

BENGKEL Adat Istiadat, Protokol dan Jemputan dimudah cara oleh Penolong Yang Di-Pertua Adat Istiadat, Jabatan Adat Istiadat Negara, Pengiran Dr. Hidup bin Pengiran Haji Samsuddin di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 Jun. - Seramai 20 ahli kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada pegawai dan atlet sukan bola jaring dan sukan lawan

pedang, pulang ke tanah air selepas bertanding di Sukan SEA Ke-28, Singapura. Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

(KKBS), Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menyambut kepulangan kontinjen negara di Ruang Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) dengan mengalungkan sesandang dan mengucapkan tahniah kepada pegawai dan atlet sukan bola jaring. Atlet bola jaring negara telah berjaya mengutip satu pingat gangsa di Sukan SEA pada tahun ini. Turut hadir, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Rosmadee bin Haji Mohd Daud serta pegawai-pegawai kanan KKBS dan Jabatan Belia dan Sukan.

SETIAUSAHA Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bergambar ramai bersama atlet bola jaring dan lawan pedang negara yang menyertai Sukan SEA Ke-28, Singapura.

PELIHARA LAUTAN DEMI KESTABILAN EKOSISTEM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.