10
RENCANA KHAS
HARI RABU 4 JANUARI 2017
Ristaan Istiadat Berpuspa Kebawah DYMM Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor
P
ERPUSPAAN ialah penganugerahan gelaran sebagai 'Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam'. Menurut satu artikel yang dikeluarkan dalam Pelita Brunei, selepas sultan dipuspakan, maka baginda bukan sahaja sebagai 'sultan' akan tetapi merupakan sebagai 'Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam'. Jika mengikut Adat Istiadat Diraja Brunei, seorang raja yang telah ditabalkan akan dipuspakan di Istiadat Perpuspaan selepas 12 bulan atau setahun baginda ditabalkan menjadi sultan.
49 tahun lalu, masih tetap segar dalam ingatan rakyat dan penduduk negara ini, apabila berlangsungnya Istiadat Berpuspa bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadi sultan yang Ke-29, pada 1 Ogos 1968 Masihi bersamaan 6 Jamadilawal 1388 Hijrah telah berlangsungnya di Lapau, Bandar Seri Begawan dengan penuh Adat Istiadat
Kebesaran Diraja pada usia baginda ketika itu 21 tahun. Peristiwa mengungkapkan sebaik saja Mahkota dimahkotakan dan Keris Si Naga disusupkan oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli-Duli Wazir, Cheteria-Cheteria dan Pehin Orang Kaya Digadong menghunus pedang masing-masing. Sementara itu, Duli Pengiran Bendahara menjalankan Istiadat Memuja tujuh kali diikuti titir Nobat pada setiap kali puja. Setiap satu kali Nobat diikuti dengan perintah Sembah yang dilaungkan oleh Pehin Orang Kaya Digadong dan diiringi dengan tembakan meriam sebanyak 21 das. Ia kemudian diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Pertama Brunei, Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji
Awang Ismail bin Omar Abdul Aziz. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan menaiki kenaikan Usungan Diraja yang ditarik oleh anggota Askar Melayu Brunei diarak mengelilingi bandar dan seterusnya balik ke istana untuk mengenalkan kepada rakyat jelata. Perarakan telah didahului oleh alat-alat kebesaran diraja terdiri 40 orang yang membawa Sanipit dan Taming, 16 orang membawa pedang, Perisai, Kelasak dan Kampilan, 16 orang yang membawa Tombak Benderangan, 8 orang yang membawa Dian Alam Bernaga dan Penglima Raja yang menyahan Pemuras serta Penglima Asgar memgang Kalasak dan Kampilan dan lain-lain alat kebesaran diraja. Perarakan seterusnya menuju ke Singgahsana Balai Istana Sultan bagi Istiadat 'Bertimbang' (duduk bersama) dan memahkotakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Dalam istiadat ini, Isteri Pengiran
Penggawa Laila Bentara Adat Resam Dalam Istana kemudian meminta keizinan Paduka Suri Seri Begawan untuk memahkota Raja Isteri yang baharu. Mahkota itu dijunjung oleh isteri Pengiran Paduka Tuan Sahibul Karib ke majlis tersebut. Mahkota yang diperbuat daripada emas disemat dengan berlian halus dan batu permata pelbagai warna dengan kemas di tapak mahkota. Isteri Duli Pengiran Pemancha kemudian menyembahkan mahkota kepada Paduka Suri Seri Begawan. Setelah itu 'Puja' dibacakan tujuh kali untuk memberi penghormatan kepada Raja Isteri yang baharu dengan diberikan penghormatan tembakan meriam. Isteri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong lalu mengumumkan 'Sembah' kepada Raja Isteri yang baharu dengan 8 hingga ke 21 das tembakan meriam dilepaskan bagi melengkapkan majlis tersebut. Selepas bacaan Doa Selamat, maka Gendang Jaga-Jaga dibuka selama 7 hari selepas Majlis Pertabalan.