Pelita Brunei - Isnin 5 Jun 2017

Page 12

12

NASIONAL

HARI ISNIN 5 JUN 2017

JPD perkenalkan MCG 31 Julai ini

JABATAN Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Persatuan Insurans dan Takaful Brunei (Brunei Insurance Takaful Association - BITA) dengan ini memaklumkan mengenai Motor Claims Guideline (MCG) yang bakal diperkenalkan pada 31 Julai 2017 (atas dan kanan).

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Pengangkutan Darat, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Persatuan Insurans dan Takaful Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Jun. - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Persatuan Insurans dan Takaful Brunei (Brunei Insurance Takaful Association - BITA) dengan ini memaklumkan mengenai Motor Claims Guideline (MCG) yang bakal diperkenalkan pada 31 Julai 2017 di negara ini sebagai amalan terbaik pada masa ini untuk mempercepatkan proses-proses meleraikan kejadian kemalangan di jalan raya serta tuntutan ganti rugi. Menerusi Siaran Akhbar JPD, PDB dan BITA yang dikeluarkan pada Khamis, 1 Jun lalu, MCG tersebut disediakan berpandukan amalanamalan terbaik antarabangsa khususnya Singapura dan Malaysia dan disesuaikan mengikut keperluan di negara ini. Kaedah tersebut akan dilaksanakan secara berfasa di negara ini di mana bagi fasa awal pelaksanaannya nanti hanya akan melibatkan kemalangan-kemalangan ringan yang tidak melibatkan sebarang kecederaan, kematian dan kerosakan pada harta benda kerajaan. MCG bagi fasa awal tersebut juga tidak akan melibatkan perkara-perkara berikut - mana-mana kenderaan Perkhidmatan Awam (kenderaan yang dilesenkan untuk membawa penumpang bagi tujuan sewa dan upah), kemalangan-kemalangan yang berlaku di luar negara ini, kemalangan-kemalangan yang melibatkan kenderaan-kenderaan yang berdaftar luar negeri dan kes-kes langgar lari. MCG berkenaan akan memberikan prosedur yang jelas kepada orang ramai mengenai apa yang patut dibuat termasuk pelaporan kemalangan kenderaan yang segera apabila terjadi suatu kemalangan ringan. Jika terjadi suatu kemalangan, mereka yang terlibat hanya perlu mengambil langkah-langkah mudah

seperti hubungi wakil insurans / takaful kenderaan bermotor masing-masing untuk nasihat lanjut, bertukar maklumat [nama, bilangan kad pengenalan pintar (IC), alamat dan nombor telefon pemandu dan pemilik kenderaan, bilangan pendaftaran kenderaan dan jenis kenderaan, serta maklumat mengenai insurans / takaful kenderaan bermotor], mengambil gambar kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kejadian kemalangan dan sekeliling dan membawa kenderaan yang terlibat ke Pusat Laporan Kemalangan (Accident Reporting Centre, ARC) yang dilantik oleh syarikat insurans / takaful masing-masing (sama ada dipandu sendiri atau dengan meminta perkhidmatan tow truck yang dilantik oleh syarikat insurans / takaful masing-masing) dalam tempoh masa 24 jam atau hari bekerja berikutnya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MCG tersebut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang JPD di alamat www.mincom.gov.bn/ltd atau laman sesawang BITA di alamat www.bita.org.bn. Sebelum MCG tersebut dilaksanakan sepenuhnya, agensi-agensi yang terlibat akan mengadakan program-program pembarigaan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai mengenai pelaksanaannya. Pelaksanaan MCG berkenaan diharap akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas jalan raya yang disebabkan kemalangan di jalan raya yang menjejaskan produktiviti orang ramai dan negara ini. Selain daripada mendukung usaha-usaha ke arah 'Ease of Doing Business' dengan mengurangkan kes-kes lalu lintas jalan raya yang dibawa ke mahkamah dan seterusnya meningkatkan kapasiti mahkamah menyelesaikan kes-kes lain, pelaksanaannya juga adalah bertepatan ke arah penyediaan perkhidmatan bas awam di negara ini yang reliable.

Sejumlah 117 Golden Number akan dibukakan Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Pengangkutan Darat

Dari muka 1 Nombor yang tidak dibida (ditender) oleh orang ramai dalam closed tender nanti tidak akan ditawarkan semula ke dalam open tender seperti yang selazimnya dibuat pada bilangan pendaftaran biasa. Plat bilangan pendaftaran kenderaan keluaran khas ini yang akan dikeluarkan adalah Jubli Emas 1 hingga 99, Jubli Emas 100, 200, 300, 400, 500, 600, 700, 800, 900 dan Jubli Emas 111, 222, 333, 444, 555, 666, 777, 888, 999. Tawaran dijangka akan dibukakan bermula dari Isnin, 5 Jun ini dan tarikh tutup pada Sabtu, 8 Julai, pukul 2.00 petang. Tawaran minima adalah sebanyak BND2,000 sahaja. Reka bentuk plat bilangan pendaftaran kenderaan adalah seperti rajah yang dilampirkan. Harga pembuatan plat bilangan

PEMANGKU Pengarah Pengangkutan Darat, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud semasa memperlihatkan sampel plat Jubli Emas.

pendaftaran berkenaan adalah tertakluk kepada harga yang ditetapkan oleh pembekal yang akan dilantik. Selain daripada perkara-perkara

di atas, syarat-syarat lain bagi keluaran bilangan pendaftaran edisi khas ini adalah mengikut seperti selazimnya yang berjalan pada masa ini.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.