12
NASIONAL
HARI ISNIN 26 DISEMBER 2016
Bercuti dalam negara beri pengalaman berbeza Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 Disember. - Percutian merupakan waktu untuk kita merehatkan badan dan fikiran selepas penat bekerja dalam jangka masa tertentu, lebihlebih lagi musim cuti penghujung tahun. Sesetengah ibu bapa juga mengambil peluang untuk bercuti bagi meluangkan masa bersama anak-anak dan ahli keluarga mereka dengan merancang dan melakukan pelbagai aktiviti, antaranya melancong ke luar negara terutama ke negara-negara jiran atau melawat ke tempat-tempat menarik yang terdapat di negara tersebut. Namun, bercuti untuk melancong ke luar negara memerlukan perancangan rapi dan perbelanjaan yang tinggi terutama bagi percutian yang memerlukan tempahan tiket kapal terbang dan tempat penginapan
termasuk hotel dan apartmen. Dari itu, alternatif yang lebih mudah dan menjimatkan adalah bercuti di dalam negara sendiri dengan mengambil peluang untuk menerokai dan melawat beberapa tempat-tempat menarik di negara ini. Ia bukan sahaja mengurangkan kos perbelanjaan, malah bercuti di negara sendiri juga dapat menjimatkan masa bagi mereka yang mempunyai masa cuti yang terhad dan dalam masa yang sama membantu menjana kepada pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu, bercuti di dalam negeri dapat memberikan pendedahan mengenai kesenian dan kebudayaan negara kita sendiri dengan melawat ke tempat-tempat yang bersejarah, di samping itu, mengajar kita untuk menghargai keindahan dan kecantikan negara sendiri. Masjid Omar 'Ali Saifuddien yang
TAMAN Permainan Jerudong (Jerudong Park Playground - JP) menawarkan pelbagai permainan untuk kunjungan orang ramai.
terletak di ibu negara merupakan salah satu tempat menarik yang sering menjadi tumpuan pelancong yang berada di negara ini. Masjid tersebut mempunyai seni bina yang indah terutama pada waktu malam di mana pemandangannya akan lebih menyerlah dengan sinaran cahaya lampu berkilauan yang menerangi masjid tersebut dan di kawasan sekelilingnya. Selain itu, Kampong Ayer juga merupakan antara tempat menarik yang sering menjadi tumpuan para pelancong dengan menaiki perahu tambang pada harga yang berpatutan atau mengikuti pakej river cruise oleh syarikat-syarikat tempatan di negara ini. Di samping itu, para pengunjung juga berpeluang untuk menyelusuri Sungai Brunei sambil menyaksikan mercu-mercu tanda seperti Istana Nurul Iman, Jambatan Temburong, Masjid Omar 'Ali Saifuddien, melihat secara nyata kewujudan pulau 'Jong Batu', melewati Muzium Maritim Brunei dan Muzium Teknologi Brunei dan jika beruntung para pengunjung akan berpeluang menyaksikan sendiri secara langsung habitat dan tingkah laku Proboscis Monkey (Bangkatan) yang berada di sekitar pulau-pulau kecil di pesisiran perairan Brunei. Bagi yang ingin mengenali lebih dekat lagi mengenai latar belakang kebudayaan dan sejarah Kampong Ayer, pengunjung boleh melawat ke Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer di Kampung Lurong Sikuna. Namun antara tempat yang juga sering menjadi tumpuan para pengunjung ke negara ini ialah Taman Permainan Jerudong (Jerudong Park Playground) yang menempatkan dan menawarkan pelbagai jenis permainan hiburan bagi seisi keluarga seperti bumper car, roller coaster dan ferris wheel juga taman air terbesar di negara ini, iaitu (Jerudong Water Park) dan
MASJID Omar 'Ali Saifuddien salah satu tempat tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
taman permainan golf. Selain beratur dan menanti giliran untuk membeli tiket di kaunter pintu masuk utama ke taman permainan tersebut, para pengunjung juga boleh membeli tiket masuk ke taman permainan berkenaan melalui dalam talian di laman sesawang www.jerudongparkplayground.com dengan harga yang berpatutan melalui pakej-pakej yang ditawarkan mengikut musim. Selain itu, di negara kita juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang lain antaranya keindahan pantai-pantai yang menghadap Laut China Selatan dan dalam keadaan yang bersih bagi mereka yang ingin melakukan senaman atau aktiviti riadah bersama keluarga. Antaranya adalah Pantai Peranginan Muara yang boleh dikatakan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas bagi pengunjung-pengunjung untuk
bersantai bersama keluarga seperti trek bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti berjoging, berbasikal atau berjalan kaki; bilik sembahyang, taman permainan, pondok-pondok dengan peralatan BBQ dan tandas awam. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang lain bagi aktiviti percutian keluarga yang terdapat di negara ini termasuk di daerahdaerah lain. Seperti di Daerah Temburong yang mana melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong dan Pengusaha Pelancong Temburong telah menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan di negara ini dengan menawarkan pakej-pakej percutian yang unik dan menarik.
Gaya hidup sihat jamin kestabilan kesihatan Oleh : Aimi Sani Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 Disember. - Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina di mana ia dapat membawa kesan yang positif kepada
seseorang individu, institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang.
DAYANG Noramalyiana binti Sudin (kiri) dan Dayang Hasyimah binti Hashim (kanan) semasa melakukan spinning.
Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti mengamalkan makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaran dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagiaan kepada kehidupan kita. Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi yang menyeronokkan dirancang dan diulang-ulang, dilakukan untuk meningkatkan status kesihatan dan tahap kecergasan. Dayang Noramalyiana binti Sudin, 30 dari Kampung Sungai Kelugos dan Dayang Hasyimah binti Hashim, 28 dari Kampung Bengkurong masing-masing berkata mereka amat menggemari sukan spinning, iaitu kelas berbasikal tertutup. ''Kami akan mengikuti kelas berbasikal ini selama tiga atau empat kali dalam seminggu. Peluh yang keluar ketika bersenam dapat membuang sisa toksik dalam badan seseorang. Aktiviti senaman boleh kita lakukan di mana sahaja umpamanya di taman permainan, kawasan lapang, dalam gim atau di dalam rumah - menggunakan peralatan senaman yang sesuai. ''Kita juga harus menjaga kesihatan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat selain bersenam untuk menghindarkan diri dari penyakit.
KEBANYAKAN orang ramai juga membuat senaman berjalan kaki di Taman Rekreasi Tasek Lama.
Mencegah lebih baik daripada merawat,'' terang mereka. Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contoh, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur,
proses metabolisme juga dapat dijalankan dengan lancar. Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitarannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitarannya. Dengan mengutamakan kebersihan, maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar.