Pelita Brunei - Isnin 23 Mac 2015

Page 9

RENCANA

HARI ISNIN 23 MAC 2015

BANGUNAN Alat Kebesaran Diraja di Bandar Seri Begawan.

Oleh : Musa Mohidin Foto : Jabatan Penerangan

C

UTI persekolahan akan bermula minggu depan. Bagi para ibu bapa yang belum berkesempatan untuk memikirkan senarai aktiviti bersama anak-anak di sepanjang percutian itu nanti, berikut adalah cadangan tempat-tempat di dalam negara yang boleh mengisi masa yang terluang. Kita serlahkan sedikit-sebanyak muzium-muzium dan balai-balai pameran yang boleh dikunjung oleh masyarakat umum sambil membawa si manja bersama.

hidupan liar dan tumbuhantumbuhan yang terdapat di dalam sempadan Negara Brunei Darussalam. Galeri Kebudayaan Tradisi Brunei mengandungi pameran-pameran yang berkaitan dengan aspek kehidupan dan adat resam bangsa Brunei. Galeri Arkeologi dan Sejarah Brunei Darussalam mempamerkan sejarah Brunei dari zaman silam hingga ke zaman kemerdekaan pada 1 Januari 1984.

Muzium Brunei

Muzium Teknologi Melayu

Terletak lima kilometer dari Bandar Seri Begawan, bangunan Muzium Brunei yang dibina di Kota Batu ini merupakan salah sebuah muzium yang mempunyai seni bina yang terindah di rantau Asia Tenggara. Di dalam bangunannya yang indah itu terdapat enam galeri. Galeri Kesenian Islam mengandungi koleksi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Koleksi yang dimaksudkan adalah meliputi keluaran karya seni dari pelbagai wilayah Islam yang berkembang maju di antara tempoh-tempoh awal dan peralihan sejarah Islam hingga ke abad ke-19. Karya-karya seni yang berbentuk artifak merangkumi aspek-aspek keagamaan dan kehidupan harian para umut Islam. Galeri Kesenian Islam dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena hari puja usia baginda yang ke-44 pada 15 Julai 1990. Galeri Minyak dan Gas mengandungi pameran-pameran interaktif mengenai sejarah dan perkembangan industri minyak dan gas di Negara Brunei Darussalam. Galeri Sejarah Semulajadi mengandungi pameran mengenai

Terletak berhampiran dengan bangunan Muzium Brunei ialah Muzium Teknologi Melayu yang mengandungi tiga galeri. Galeri Rumah-rumah Tradisi Kampong Ayer yang mempamerkan pelbagai seni bina rumah-rumah yang terdapat di Kampong Ayer. Galeri Teknologi Tradisional Kampong Ayer yang mempamerkan seni pertukangan tangan dan perusahaan tradisi yang dikendali di Kampong Ayer. Di antara aspek yang dipamerkan di situ ialah seni membuat perahu, bertukang emas, bertenun, seni perak dan sebagainya. Galeri Teknologi Tradisional Orang Darat yang mempamerkan teknologi tradisional yang diamalkan oleh kaum Kedayan, Dusun dan Murut.

BALAI Pameran Pusat Da'wah Islamiah adalah terletak di bangunan Pusat Da'wah Islamiah.

Bangunan Bubungan Dua Belas Bangunan Bubungan Dua Belas mencerminkan kesan-kesan sejarah hubungan Negara Brunei Darussalam dengan United Kingdom sejak alaf Ke-19. Bangunan tersebut dibina pada bulan Disember 1906 dan siap dibina pada bulan Julai 1907. Bagi mengiktiraf kepentingan sejarah dan seni binanya, Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan United Kingdom telah mengendali projek bersama untuk

PEMANDANGAN dari udara Oil and Gas Discovery Centre yang di miliki oleh Brunei Shell Petroleum Company Sendirian Berhad.

MUZIUM BRUNEI... Seni bina bangunannya adalah di antara yang terindah di rantau Asia Tenggara.

memulihkan Bangunan Bubungan Dua Belas pada 27 April 1998. Terdapat lima galeri di situ. Galeri A: Sejarah dan Perkembangan mempamerkan sejarah Bangunan Bubungan Dua Belas, para penghuninya dan zaman British Residen di Negara Brunei Darussalam. Terdapat gambar-gambar para Pesuruh Jaya Tinggi British yang pernah dilantik menjadi wakil United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam pada zaman British Residen dahulu. Galeri B: Lawatan Negara dan Lawatan Diraja mempamerkan keberangkatan-keberangkatan diraja yang diadakan oleh kedua-dua negara yang pernah diadakan pada awal alaf ke-20. Galeri C: Peta dan Carta yang mempamerkan perkembangan sosioekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam sejak alaf terdahulu sebelum ini. Pameran-pameran tersebut menunjukkan bagaimana kawasan Negara Brunei Darussalam dimajukan bagi membangunkan negara. Sebahagian besar peta-peta yang terdapat di dalam galeri tersebut adalah berasal dari Royal Geographical Society, United Kingdom. Galeri D dan E: Centre for British Teachers, the British Council dan Universiti Brunei Darussalam. Pameran-pameran di kedua-dua galeri tersebut menceritakan sejarah ringkas hubungan Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom dari segi pendidikan.

Bangunan Alat Kebesaran Diraja Bangunan Alat Kebesaran Diraja yang dibuka rasmi pada 30 September 1990 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengandungi pameranpameran yang berkaitan dengan institusi beraja. Bangunan Alat Kebesaran Diraja mengandungi empat galeri. Galeri Alat-alat Kebesaran Diraja (Perpuspaan 1968) mempamerkan

BALAI Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah terletak di Darulifta Brunei Darussalam.

BANGUNAN Bubungan Dua Belas mempamerkan sejarah hubungan Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom.

alat-alat kebesaran diraja yang digunakan di Istiadat Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1968. Galeri Pameran Diraja yang mempamerkan sejarah kehidupan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dari zaman kanak-kanak sehingga ke Isitadat Perpuspaan. Galeri Jubli Perak mempamerkan Sambutan Jubli Perak Baginda Menaiki Takhta. Galeri Sejarah Perlembagaan mempamerkan sejarah seperti Pengisytiharan Perlembagaan 1959, Perjanjian 1971, Perjanjian 1979, Pengisytiharan Kemerdekaan pada 1 Januari 1984 dan struktur kerajaan sejak merdeka.

Taman Warisan Tasek Merimbun Tasek Merimbun yang terletak di Daerah Tutong adalah merujuk pada dua tasik berair hitam yang terbesar di dunia. Tasik pertama mempunyai keluasan 100 hektar dan tasik kedua berkeluasan 120 hektar. Dan keluasan kawasan yang mengelilingi Taman Warisan Tasek Merimbun itu pula adalah 7,800 hektar. Taman Warisan Tasek Merimbun mempunyai tiga kemudahan untuk kunjungan masyarakat umum. Balai Purun yang terletak di atas bukit adalah bangunan yang membolehkan para pengunjung melihat pemandangan kawasan taman tersebut secara keseluruhan. Denai Semula Jadi untuk kegunaan para peminat bersukan. Balai Pameran Khas yang mempamerkan sejarah semula jadi kawasan Taman Warisan Tasek Merimbun.

Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah Balai

Pameran

9

Islam

Sultan

Haji Hassanal Bolkiah yang dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 18 Ogos 2001 adalah terletak di Darulifta Brunei Darussalam. Darulifta Brunei Darussalam adalah ibu pejabat Jabatan Mufti Kerjaaan. Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang terletak di aras bawah dan aras pertama blok Perpustakaan Islam Brunei Darussalam mengandungi empat balai pameran. Di aras bawah terdapat Balai Pameran Mushaf (Al-Quran) yang mempamerkan lebih 300 naskhah Al-Quran dan manuskrip Al-Quran; dan Balai Pameran Berkala. Di aras pertama terdapat Balai Pameran Tasbih dan Tongkat yang mempamerkan lebih 200 batang tongkat dan 60 utas tasbih; dan Balai Pameran Manuskrip Melayu, Arab, Parsi dan Urdu yang mempamerkan lebih 700 naskhah manuskrip Islam. Di samping itu, terdapat juga beberapa lagi balai pameran yang dimiliki oleh beberapa agensi kerajaan seperti Galeri Matawang Brunei Darussalam yang terletak di bangunan Kementerian Kewangan. Manakala Pusat Da'wah Islamiah juga mempunyai Balai Pamerannya sendiri. Berikut adalah senarai ringkas galeri-galeri yang lain. a. Muzium Perhutanan b. Muzium Angkatan Bersenjata Diraja Brunei c. Galeri Jabatan Bomba dan Penyelamat d. Galeri Setem e. Muzium Polis f. Galeri Jabatan Penjara g. Oil and Gas Discovery Centre yang dimiliki oleh Brunei Shell Petroleum Company Sendirian Berhad. Justeru, bagi ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk memikirkan apakah yang hendak dibuat bersama anak-anak semasa cuti sekolah ini nanti, keterangan ringkas di atas boleh dijadikan panduan mudah.

PEMANDANGAN dari udara kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan Taman Warisan Tasek Merimbun seperti Balai Purun dan Balai Pameran Khas


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.