Pelita Brunei - Isnin 1 Feb 2016

Page 3

3

HARI ISNIN 1 FEBRUARI 2016

DPMM berangkat menyaksikan Football Fanfare Brunei DPMM FC Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

JERUDONG, Ahad, 31 Januari. Sebanyak 16 pasukan 11 tahun ke bawah berentap dalam kejohanan persahabatan 'Football Fanfare DPMM FC - S.League 2016', lima sepasukan bagi memeriahkan lagi acara tahun ini, bertempat di Stadium Mini Jerudong. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Kelab Bola Sepak Brunei DPMM FC berkenan berangkat bagi menyaksikan kejohanan tersebut. Acara tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan Kelab Brunei DPMM FC dan S. League sebelum memulakan kempen Liga S 2016 menentang Albirex Nigata pada 13 Februari nanti di Stadium Jalan Besar, Singapura. Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah bersama Yang Amat Mulia Pengiran

Anak 'Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim merupakan antara peserta yang mengikuti pertandingan bola sepak persahabatan berkenaan. Turut hadir pada perlawanan tersebut ialah Timbalan Pengerusi Kelab Bola Sepak Brunei DPMM FC, Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj; Ketua Pegawai Eksekutif S. League, Lim Chin dan para pemain bola sepak Brunei DPMM FC. Pasukan-pasukan dibahagikan pada empat buah kumpulan yang mengandungi empat pasukan sekumpulan dan akan bermain dalam liga satu pusingan (round robin). Hanya dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan layak masuk ke suku akhir, bersaing merebut tempat separuh akhir dan dan seterusnya ke peringkat akhir. Antara pasukan yang menyertai kejohanan persahabatan tersebut ISB Baycats; BSSSA-A; Setia Bakti; Academy Kilanas-A; AAG Jr.; PERDA FC Jr.; ISB-Sharks; BSSSA-B; Academy Kilanas-B;

YANG Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim (kiri) menunjukkan bakat dalam bidang bola sepak pada kejohanan persahabatan 'Football Fanfare DPMM FC - S.League 2016'.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Kelab Bola Sepak Brunei DPMM FC berkenan mengalungkan pingat kepada pasukan yang berjaya (kiri dan kanan).

YANG Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menyertai kejohanan tersebut.

Savilla Jr.; ISB-Thunder; BSSSA-D; BSSSA-C; Super Jr. Zaidana; ISB-Quoka's dan SMS Jangsak. Muncul Juara pada kejohanan tersebut ialah pasukan Academy Kilanas-B setelah mengalahkan pasukan Savilla Jr. dengan keputusan 1 - 0, sekali gus menjadikan pasukan Savilla Jr. sebagai naib juara, tempat ketiga dikongsi sama oleh AAG Jr. dan ISB-Baycats. Manakala pemain dari Academy Kilanas-B, Awang Assddy bin Abdullah dipilih menjadi pemain terbaik pada perlawanan akhir. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan mengurniakan hadiah dan piala kepada para pemenang pada kejohanan berkenaan. Naib juara dan tempat ketiga diberikan pingat dan pasukan juara pula dihadiahkan pingat serta piala iringan. Tujuan utama pertandingan tersebut antara lain untuk memberi

peluang kepada para pemain yang menyertai untuk beraksi dalam suasana perlawanan walaupun aktiviti hanya merupakan perlawanan persahabatan. Ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei, Ketua Pegawai Eksekutif S. League, Lim Chin melahirkan rasa terima kasih pada Kelab Bola Sepak Brunei DPMM FC kerana komitmen berterusan yang diberikannya pada kejohanan Liga Singapura. Beliau menambah bahawa dengan penyertaan Brunei DPMM FC ke Liga S, standard Liga S semakin meningkat dengan adanya pasukan berstandard tinggi dari luar negara menyertai liga tersebut, justeru menjadikan Liga S lebih menarik. Katanya lagi, pasukan dari Singapura sangat berbesar hati untuk datang ke Negara Brunei Darussalam untuk bermain bola sepak, jelasnya, perkara tersebut mampu memberi pengalaman dan meningkatkan profesionalisme pemain-pemain

Liga S yang lain. Jurulatih Brunei DPMM FC, Steve Kean ketika ditemu bual Pelita Brunei berkata, setelah dinobatkan sebagai juara Liga S, Brunei DPMM FC kini menggalas tugas yang sangat besar kerana Brunei DPMM FC sudah menjadi pasukan yang harus dikalahkan.

Jurulatih Brunei DPMM FC, Steve Kean ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 1 Feb 2016 by Putera Katak Brunei - Issuu