NASIONAL
HARI ISNIN 17 OGOS 2015
23
Bacaan Ratib Al-Attas sempena Sambutan Hari Keputeraan Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
YANG Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, selaku Penasihat Jawatankuasa Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-69 Tahun; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan dan Penolong Kanan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd. Yusof yang juga Ahli Jawatankuasa Kebangsaan semasa Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 Ogos. - Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari
Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69 telah mengadakan
Majlis Membaca Ratib Al-Attas di Surau Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), di sini. Majlis yang bersempena dengan
Persiapan Majlis Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke daerah-daerah bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk di daerah-daerah itu turut diselajurkan dengan Sembahyang Sunat Hajat dan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah. Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, selaku Penasihat Jawatankuasa Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-69; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan dan Penolong Kanan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd.
Yusof yang juga Ahli Jawatankuasa Kebangsaan. Majlis seumpama itu adalah bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala rahmat, nikmat, keselamatan, keberkatan dan kelancaran bagi majlis-majlis dan acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69 yang akan diadakan di seluruh negara. Juga hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof juga selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan; Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan; Setiausha - Setiausaha Tetap KHEDN; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN; ketua- ketua jabatan; pegawai-pegawai kanan; timbalantimbalan ketua jabatan KHEDN dan jabatan-jabatan serta para jemputan.
Inisiatif Koridor Bio Inovasi capai pelbagai perkembangan
YANG Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, selaku Penasihat Jawatankuasa Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-69; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan dan Penolong Kanan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad yang juga Ahli Jawatankuasa Kebangsaan semasa membaca Ratib Al-Attas beramai-ramai.
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Awang Haji Mohd. Jamil Al-Sufri semasa hadir pada Forum Pembangunan Perniagaan Tempatan.
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Ogos. - Forum Pembangunan Perniagaan Tempatan (LBD Forum) memfokuskan isu-isu dan perkembangan terkini di dalam peluang-peluang perniagaan, teknologi, peraturan-peraturan dan inisiatif-inisiatif perniagaan. Ia akan dapat mencungkil idea-idea memberikan peluang bagi mereka melahirkan harapan dan impian bagi masa hadapan. Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri menjelaskan semasa Forum LBD, 'Building Resilent SMEs: Strategies for Business Transformation' di Hotel Radisson, di sini. Menurutnya, Industri Halal meliputi pelbagai aspek termasuk makanan dan minuman, ubat-ubatan tradisional dan farmasi, barang kosmetik dan haruman, bungkusan, logistik dan pengedaran, insurans dan kewangan Islam serta pelancongan Islam. Salah satu inisiatif Koridor Bio Inovasi (Bio Innovation Corridor - BIC), jelasnya, adalah sejajar dengan hasrat negara bagi mencapai perkembangan kepelbagaian, persaingan dan kemampanan ekonomi. ''Satu inisiatif untuk membangun dan mendiversifikasi ekonomi negara sehingga berjaya melalui comparative advantage seperti dalam usaha menjalankan Industri Halal dan Industri Bio di Negara Brunei Darussalam,'' tambahnya. Katanya, penciptaan jenama Brunei Halal ini adalah selaras dengan usaha agresif Brunei Darussalam dengan negara Islam bergerak ke arah membangunkan kepelbagaian ekonomi yang berdaya saing dan mapan. Turut hadir ialah Pengerusi Asia Inc Forum, Dato Paduka Timothy Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri dan Pengarah Kewangan Baiduri, Pierre Imhof dan ahli-ahli perniagaan.
Keegosentrikan bangsa dunia Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Ogos. - Nilai-nilai moral, budaya, estetik dan agama sekilas pandang menjadi sari pati keegosentrikan mana-mana bangsa di dunia. Demikian juga dengan bangsa Brunei yang kita mesra padu dengan istilah atau konsep kebruneian yang dapat dilihat dan dianalisis melalui dua cara, iaitu literal (harfiah) dan analytical (takrif atau tafsiran). Profesor Madya Dr. Awang Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid juga menyatakan, semua nilai yang dimiliki itu terkandung dalam visi dan misi iaitu Melayu Islam Beraja (MIB) dan Baldatun Thayyibatun Warabun Ghafur. Semasa menyampaikan taklimat 'Nilai-Nilai Kebruneian dalam Konteks Falsafah / Konsep MIB', Profesor Madya Dr. Awang Haji Hashim menjelaskan, kebruneian bukanlah satu konsep atau pegangan budaya yang baru dan ia sudah mengakar umbi dalam kehidupan orang-orang Brunei. Dalam muzakarah yang diadakan di Centrepoint Hotel, Gadong, Profesor Madya juga menekankan dalam
tatanan dunia baru dan negara ini telah meletakkan satu titik negaranya dalam globalisme, maka tanpa dipaksa negara ini hidup sebagai warga dunia yang harus pula tidak terasing atau tersisih daripada persolan sejagat. Katanya, untuk tidak dialienasi, maka negara ini menghadirkan dirinya sebagai ahli dalam pertubuhan bangsa-bangsa di dunia, iaitu PBB. Biarpun begitu tegasnya, nilai yang dimiliki oleh Brunei tetap menjadi haknya kerana kedaulatannya diakui oleh warga sejagat. Maka semua nilai itu harus menjadi wacana, wahana, wajah, perilaku, pola fikir, tindakan, pemecahan masalah, keterampilan, kearifan dan lain-lain. Profesor Madya juga berkata, memang kebruneian bukan sahaja suatu konsep idealisme namun ia juga merupakan himpunan ciri unggul bangsa Brunei yang bukan sahaja membayangkan citra bangsa tetapi sebagai tool atau pakaian jiwa dan perhiasan yang harus membaluti kehidupan berbangsa dab bernegara. Maka ujarnya, daripada rentetan sejarahnya, bangsa Brunei bukanlah suatu bangsa pinggiran atau bangsa
PROFESOR Madya Dr. Awang Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid menyatakan semua nilai yang dimiliki itu terkandung dalam visi dan misi iaitu Melayu Islam Beraja (MIB) dan Baldatun Thayyibatun Warabun Ghafur.
yang tidak mempunyai kepiawaian sebagai manusiawi (humanisme). Bukti awal yang boleh kita ajukan adalah bangsa Brunei itu mengamalkan sistem adat ketemenggungan yang alamnya adalah laut dan pesisir pantai, lantas dengan hakikat itu kata-kata 'Brunei itu Kampong Ayer dan 'Kampong Ayer itu Brunei' adalah bayangan daripada sistem itu sendiri. Muzakarah dibahagikan selama tiga hari itu dihadiri oleh lebih 300 pegawai dan kakitangan Biro Kawalan Narkotik termasuk dari Pusat Al-Islah.