24
HARI ISNIN 10 NOVEMBER 2014
Brunei hargai persahabatan rapat dan kukuh BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 9 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Norodom Sihamoni, Raja Kemboja dan Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen serta kerajaan dan rakyat Kemboja sempena dengan Hari Kemerdekaan Kemboja Ke-61. Di dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Norodom Sihamoni, Raja Kemboja, baginda menghargai persahabatan yang rapat lagi mesra dengan Kemboja dan yakin bahawa pertalian di antara kedua-dua buah negara akan terus diperkukuhkan pada tahun-tahun yang akan datang. Pada mengakhiri perutusan kepada Kebawah DYMM Raja Norodom Sihamoni, Kebawah DYMM menyampaikan salam muhibah dan berharap semoga Kebawah DYMM Raja Norodom Sihamoni akan terus
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Norodom Sihamoni, Raja Kemboja dan Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen serta kerajaan dan rakyat Kemboja sempena dengan Hari Kemerdekaan Kemboja Ke-61.
berada dalam keadaan sihat walafiat serta kebahagiaan yang berterusan, dan rakyat Kemboja akan menikmati kemakmuran. Sementara itu, di dalam perutusan Kebawah DYMM kepada Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen, baginda amat menghargai sumbangan peribadi TYT dalam mengukuhkan
persahabatan yang sudah lama terjalin dan memajukan kerjasama di antara kedua-dua buah negara. Baginda seterusnya berharap untuk meneruskan kerja dengan TYT bagi meningkatkan hubungan yang amat bernilai itu secara dua hala dan sebagai rakan kongsi rapat serantau dan antarabangsa. Pada mengakhiri perutusan kepada TYT Samdech Akka Moha
Sena Padei Techo Hun Sen, baginda menyampaikan salam muhibah kepada TYT dan keluarga sempena acara istimewa Hari Kemerdekaan Kemboja. Sementara itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan juga berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tuan Yang Terutama Hor Namhong dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa sempena dengan Hari Kemerdekaan Kemboja Ke-61. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah juga menghantar perutusan hormat tertinggi kepada Kebawah DYMM Raja Norodom Sihamoni, bersama dengan ucapan tahniah saya kepada TYT dan kerajaan serta rakyat Kemboja sempena dengan Hari Kemerdekaan negara tersebut. Dalam perutusan itu, DYTM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama praktikal dua hala yang besar yang dilakukan di antara kedua-dua buah negara pada tahun ini serta sebagai rakan serantau. Seterusnya, DYTM mengucapkan tahniah kepada Kemboja atas kejayaan penyelarasan Dialog ASEAN-Jepun. DYTM juga berharap semoga TYT bergembira pada Hari Kemerdekaan tersebut.
Berangkat tiba di Beijing hadiri APEC Dari muka 1 Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing dijunjung oleh Duta Protokol, selaku wakil Kerajaan Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Yu Hongyao dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Zheng Xianglin serta pegawai-pegawai kanan dari Kerajaan Republik Rakyat China. Turut hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah DYMM ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China, Puan Yang Terutama Datin Paduka Magdalene Teo Chee Siong. Kebawah DYMM seterusnya berkenan berangkat melintasi Kawalan Statik yang dianggotai oleh 37 Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) Republik Rakyat China sebelum menaiki kenderaan khas menuju ke China World Hotel tempat persemayaman sepanjang keberangkatan baginda bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC 2014. Keberangkatan tiba baginda di tempat persemayaman dijunjung oleh Pengarah Urusan Hotel, Tuan Emil Leung serta para kakitangan hotel. Mengiringi keberangkatan baginda ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim. Keberangkatan baginda ke sidang berprestij ini bersama dengan Ketua-Ketua Ekonomi APEC dari 21 buah negara ekonomi, memberi peluang Kebawah DYMM bersama-sama Ketua-Ketua Ekonomi APEC yang lain bersemuka dalam satu sesi permuzakarahan
bagi mengeratkan dan memperkukuhkan hubungan, di samping membincangkan isu-isu semasa demi mencapai matlamat APEC yang sebenarnya. Tema Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC 2014 ialah ‘Membentuk Masa Depan Melalui Perkongsian Asia Pasifik’ (Shaping the Future through Asia-Pacific Partnership) yang akan memberikan tumpuan utama kepada memajukan integrasi ekonomi serantau; menggalakkan pembangunan inovatif, pembaharuan dan pertumbuhan ekonomi; dan mengukuhkan jalinan komprehensif dan pembangunan infrastruktur. Sebelum Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC, Mesyuarat Menteri-Menteri APEC Ke-26 (AMM) diadakan di sini dari 7 - 8 November dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Memuktamad APEC (CSOM) dari 5 - 6 November. Pada sidang tersebut, selain bertukar pandangan dengan para pemimpin lain berhubung isu yang berkaitan, para pemimpin juga akan meneroka idea-idea baharu dan inovatif untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam kalangan negara-negara APEC. Semasa Sidang APEC tersebut, para pemimpin dijangka akan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan-rakan sejawatnya pada sidang kemuncak tersebut bagi membincangkan isu-isu dua hala, serantau dan pelbagai hala yang mempunyai kepentingan bersama. Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC ialah sidang kemuncak tahunan yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Kerajaan Ekonomi 21 anggota Rim Pasifik, memainkan peranan penting dalam menggalakkan perdagangan dan pelaburan di rantau Asia Pasifik. Forum APEC itu dianggap sebagai satu daripada platform utama untuk membincangkan kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan serantau, pada masa sama mengukuhkan hubungan dua hala dalam
kalangan negara anggota. Ditubuhkan pada 1989, tiga matlamat utama APEC ialah membangun dan mengukuhkan sistem perdagangan pelbagai
hala; meningkatkan kesalingbergantungan dan kemakmuran negara-negara anggota; dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan.
Berangkat ke Istiadat Persandingan Tunku Mahkota Johor
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Ta’zim ketika doa selamat dibacakan pada Istiadat Persandingan Diraja Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dengan Cik Puan Khaleeda binti Bustamam yang berlangsung di Istana Besar Johor Bahru. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali. (Lagi berita dan gambar-gambar di muka 12 dan 13).
'JALIN PERKONGSIAN DEMI MASA DEPAN ASIA PASIFIK'