8
RENCANA
HARI ISNIN 6 OKTOBER 2014
Muhammad cipta kejayaan di Rusia AWANG Muhammad pertandingan itu.
GAMBAR yang dikongsikan melalui WhatsApp sebaik sahaja Awang Muhammad bin Ali diumumkan juara Pertandingan Tilawah Al-Qur’an Antarabangsa Ke-15 di Moscow, Rusia.
Oleh : Norliah Md. Zain
K
EMERDUAN suara yang bergema di Moscow, Rusia oleh qari Negara Brunei Darussalam, Awang Muhammad bin Ali telah berjaya menjulang kejayaan cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa setelah menjuarai Pertandingan Tilawah Al-Qur’an Antarabangsa Ke-15 yang diadakan dari 18 hingga 20 September yang lalu. Walaupun hanya mampu meraih tempat kedua dengan markah 91.09 peratus semasa Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1435H / 2014M yang berlangsung pada 9 dan 10 April 2014, namun siapa sangka pemuda berusia 30 tahun ini mampu menjuarai pertandingan tilawah di peringkat antarabangsa. Dalam perasaan gembira, beliau turut rasa terharu kerana tidak menyangka akan mendapat kemenangan pada pertandingan kali ini memandangkan persaingan sengit daripada dua negara lain iaitu Turki dan Iran pada peringkat akhir. Beliau turut berterima kasih kepada pembimbing yang ditugaskan, Awang Haji Abdullah bin Lakim dan guru Al-Qur'an, Ustaz Haji Zainul Ariffin Redhuan Lubis kerana banyak memberi tunjuk ajar. Pertandingan di Moscow tersebut mempertandingkan dua kategori iaitu Kategori Tilawah dan Hafazan
yang disertai oleh 35 buah negara. Pertandingan berprestij ini mendapat sokongan kerajaan khususnya Kementerian Hal Ehwal Luar Persekutuan Rusia dan kerajaan Moscow. Pada tahun 2010, pertandingan ini telah disenaraikan ke dalam acara yang dianjurkan di bawah naungan UNESCO. Negara Brunei Darussalam menyertai pertandingan ini buat kali kedua di mana kali pertama negara diwakili oleh Awang Muhammad Hashim bin Haji Abdullah bagi Kategori Hafazan. PROFIL Lahir pada tanggal 16 Julai 1984, Awang Muhammad juga merupakan seorang ahli kumpulan nasyid Firqatunnida dan mempunyai sebuah album bertajuk 'Cahaya Rasulullah' yang diterbitkan pada tahun 2011. Beliau merupakan seorang Guru Ugama Terlatih di Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas Subok ketika ini melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Muda di bawah Skim Latihan Dalam Perkhidmatan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Sultan dalam Tahun 3. Beliau merupakan anak sulung kepada Awang Ali bin Hassan dan Noriah binti Haji Sidup dari lima orang adik-beradik. Adik-beradik beliau turut bergiat aktif dalam bidang Al-Qur'an. Beliau mempunyai dua orang cahaya mata
ALBUM kumpulan nasyid Firqatunnida yang disertai oleh Awang Muhammad.
lelaki iaitu Md. Aqwa Mu’azzham dan Md. Ziidan Taqiyya. Mengenai persekolahan, peringkat rendah beliau bersekolah di Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas Subok pada tahun 1990-1996. Kemudian beliau melanjutkan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam pada tahun 1997-2001. Kemudian pada tahun 2002 hingga 2005 beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Sultan (ketika itu Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan Sultan). Dalam negara, beliau telah mengikuti lebih 10 pertandingan membaca Al-Qur'an dan nasyid dalam pelbagai peringkat dan memenangi kebanyakan pertandingan tersebut. “Di peringkat antarabangsa khususnya di luar negara, ini merupakan kali yang keempat saya menyertai pertandingan tilawatil di mana pertandingan pada kali ini saya menjadi johan, sebelum ini di Jakarta dan Malaysia mendapat tempat ketiga dan di Iran sebagai penerima hadiah saguhati,” ujarnya. Menurutnya, isteri, kedua ibu bapa, sahabat-sahabat dan guru-guru merupakan orang yang banyak memberi galakan kepada beliau dalam bidang Al-Qur'an. SEKALUNG TAHNIAH Beberapa orang terdekat Awang Muhammad sempat ditemu bual oleh pewarta PELITA BRUNEI. Isteri beliau, Dayangku Norizzati binti Pengiran Haji Kasharan turut melahirkan rasa terharu apabila menerima pesanan ringkas melalui WhatsApp daripada suaminya ketika diumumkan menjuarai tilawah tersebut. Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana doa daripada seluruh keluarga di Brunei Darussalam akhirnya termakbul. Sementara itu, juara qari Pertandingan Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1435H / 2014M Awangku Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki yang kini berada di United Kingdom ketika dihubungi, melahirkan rasa syukur dan tahniah kepada Awang Muhammad. Semua ini kata Awangku Adibul Amin, adalah berkat daripada hasil
bin
Ali
ketika
memperdengarkan
bacaannya
pada
RAKAN Awang Muhammad, juara qari Pertandingan Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1435H / 2014M, Awangku Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki (kiri) turut mendoakan agar Awang Muhammad terus berjaya di dalam bidang Al-Qur'an.
AWANG Haji Mohd. Faiezal bin Haji Zainal dan Dayangku Norizzati binti Pengiran Haji Kasharan melahirkan rasa syukur atas kejayaan Awang Muhammad.
usaha kerajinan Awang Muhammad. Beliau turut melahirkan harapan agar Awang Muhammad terus belajar dan terus memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan dan anak-anak muda di Brunei. Sebagai rakan, Awangku Adibul Amin akan terus berdoa semoga dengan kejayaan ini akan membuatkan Awang Muhammad terus berjaya di dalam segala bidang terutamanya di dalam bidang Al-Quran. Dengan kejayaan ini juga tambahnya, mudah-mudahan ia akan terus mendorong anak-anak muda kitani akan terus mempelajari dan membaca Al-Qur'an dan mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia menjadikan Negara Brunei sebagai sebuah Negara Zikir dan mencapai Wawasan Negara 2035. Sementara itu, seorang ahli kumpulan Firqatunnida Awang Haji Mohd Faiezal bin Haji Zainal menjelaskan bahawa Awang Muhammad adalah seorang yang sangat rajin dalam menuntut ilmu Al-Qur'an sejak dari kecil lagi. Menurutnya, mereka samasama menubuhkan kumpulan Firqatunnida yang berobjektifkan menyebarkan dakwah melalui ajaran Al-Qur'an sebagaimana titah Kebawah DYMM untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir. Awang Haji Mohd Faiezal turut mendoakan agar Awang Muhammad terus berjaya pada masa akan datang. Pada kesempatan ini juga, Awang Muhammad turut berharap kepada qari dan qariah tanah air agar dapat
AWANG Muhammad ketika memperdengarkan bacaan pada Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1435H / 2014M.
memartabatkan Al-Qur'an ke tahap yang paling tinggi menerusi pelbagai bentuk bidang yang diceburi, khususnya bidang Al-Qur'an. Juga diharapkan para qari dan qariah tanah air akan terus maju jaya dan menjadikan Al-Qur'an sebagai suatu hobi, bukan untuk mencari nama, bukan untuk memenangi pertandingan semata-mata tetapi semata-mata kerana Allah Ta’ala dan sebagai dakwah. Dengan adanya kejayaan qari negara kita ini, mudah-mudahan hasrat negara untuk ingin melahirkan lebih ramai qari dan qariah yang cemerlang dan berpotensi serta berkemahiran tinggi dalam semua aspek pembacaan Al-Qur’an akan berjaya.