NASIONAL
HARI ISNIN 11 OGOS 2014
7
Sekolah Ugama YSHHB adakan Majlis Khatam Al-Qur’an BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 Ogos. – Sekolah Ugama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Qur'an Bagi Tahun 1435 Hijriah / 2014 Masihi yang berlangsung di Dewan Sekolah berkenaan, di sini. Pada majlis tersebut seramai 65 orang murid Darjah VI terdiri daripada 39 murid lelaki dan 26 murid perempuan menyertai majlis berkenaan. Turut menyertai kumpulan pembaca Dikir Marhaban ialah cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Raqiib bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Ahli Lembaga Pengarah YSHHB, Awang Mohammad Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman.
Oleh : Aimi Sani Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman Antara peserta yang menyertai majlis khatam tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Nur’azeezah binti Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammad Al-Mokhtar. Turut hadir Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammad Al-Mokhtar bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz. Menurut Pemangku Guru Besar Sekolah Ugama YSHHB, Awang Azmerul bin Haji Haris, majlis tersebut merupakan sebahagian dari projek tahunan sekolah berkenaan di bawah kawalan Unit Ko-kurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang mana telah bermula sejak tahun 1985 dan telah berterusan sehingga kini. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan disusuli dengan bacaan surah-surah khatam bermula dari Surah Adh Dhuhaa hingga Surah Al-Lahab oleh para peserta khatam.
ANTARA peserta yang menyertai majlis khatam tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Nur’azeezah binti Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammad Al-Mokhtar.
TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA: 1. ‘Sambut Hari Raya Dengan Rasa Kesyukuran’. Tarikh Tutup 20 Ogos 2014. 2. ‘Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia memupuk perpaduan’. Tarikh Tutup 27 Ogos 2014. 3. ‘Trofi Hassanal Bolkiah tingkatkan perpaduan belia ASEAN'. Tarikh Tutup 03 September 2014. Terma dan Syarat: 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 tahun hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada:
Sidang Pengarang, Minda Pembaca, Unit Pelita Brunei, Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, Bandar Seri Begawan, BB 3510, Negara Brunei Darussalam atau melalui E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn 4. Sebanyak tiga penyertaan terbaik akan disiarkan dalam PELITA BRUNEI dan setiap seorang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak B$75.00.
Manakala bacaan takhtim dibacakan oleh murid-murid berserta guru-guru perempuan sekolah berkenaan dan doa khatam dibacakan oleh Awang Mas Mohammad Amirul Ashraf bin Haji Osman, salah seorang peserta khatam. Majlis diakhiri dengan merenjis haruman dan seterusnya penyampaian sijil khatam yang disempurnakan oleh tetamu kehormat dengan diiringi bacaan Dikir Marhaban oleh murid dan guru lelaki sekolah tersebut. Juga hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dari JPI,
CUCUNDA Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Raqiib bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim ketika berangkat ke Majlis Khatam Al-Qur'an Sekolah Ugama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) 1435 Hijriah / 2014 Masihi.
jemputan-jemputan khas berserta ibu bapa dan penjaga para peserta khatam yang diraikan. Antara tujuan utama projek
Berkenaan ialah bagi menggalakkan murid-murid agar sentiasa mendampingi Al-Qur'an melalui pembacaan dan penghayatan.
Masjid RPN Kampung Rataie terima wakaf kereta jenazah Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 Ogos. - Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rataie, Daerah Temburong kini memiliki sebuah kereta jenazah yang baru berupa sebuah van. Penyerahan wakaf bagi kereta jenazah tersebut telah diadakan di Bangunan Jabatan Hal Ehwal Masjid di ibu negara, di sini. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah beramairamai yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Mohd. Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar. Acara kemudian diteruskan dengan menandatangani borang penyerahan dan diteruskan dengan penyerahan kunci kereta jenazah dari pewakaf kepada Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Abd. Rajid bin Haji Mohd Salleh dan seterusnya menyerahkan kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong,
PEMANGKU Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Abd. Rajid bin Haji Mohd Salleh menerima penyerahan kunci kereta jenazah dari Dato Paduka Mohd. Yunos bin Haji Md. Hussien.
Awang Haji Kamarul Zaman bin Haji Kamis dan kemudian menyerahkannya kepada Ketua Imam Masjid RPN Kampung Rataie, Awang Haji Said Ahmad bin Haji Ali Aliamat. Setelah itu acara menabur bunga rampai dan diikuti dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Penguasa
Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat. Kereta jenazah tersebut adalah merupakan wakaf daripada Dato Paduka Mohd. Yunos bin Haji Md. Hussien dan isterinya, Datin Hajah Faridah binti Abdullah serta keluarga.
Pusat Ehsan terima sumbangan Kedutaan Besar Qatar Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim BENGKURONG, Khamis, 7 Ogos. Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam pagi tadi menerima sumbangan derma berupa 'Titl Table' dan 'Treatment Plinth' yang bernilai lebih BND6,000 dari Kedutaan Besar Qatar di negara ini. Sumbangan tersebut diserahkan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Qatar ke negara ini, Tuan Yang Terutama Saleh Mohammed Al-Nesef kepada Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin yang berlangsung di pusat berkenaan di sini. Dengan sumbangan tersebut ia amat berguna untuk kegunaan Unit Pemulihan Anggota (Physical Rehabilitation Unit) pusat berkenaan bagi membuat rawatan pemulihan anggota (Physiotherapy) kepada penuntut-penuntut berkeperluan khas. Pusat tersebut merupakan sebuah badan kebajikan bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan dengan
DUTA Besar Istimewa dan Mutlak Negara Qatar ke negara ini, Tuan Yang Terutama Saleh Mohammed Al-Nesef menyaksikan salah seorang pelajar di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam sejurus menyerahkan sumbangan berupa 'Titl Table' dan 'Treatment Plinth'.
menyediakan pembelajaran khas, latihan, pemedulian dan perkhidmatan pemulihan anggota badan kepada insan-insan istimewa (kurang upaya atau berkeperluan khas) di Negara Brunei Darussalam.
Pada masa ini seramai 150 orang penuntut istimewa berdaftar di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Bengkurong dan 50 lagi di Cawangan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kuala Belait.