Pelita Brunei - Isnin 11 Ogos 2014

Page 10

10

NASIONAL

HARI ISNIN 11 OGOS 2014

Tinjau latihan Hari Keputeraan Daerah Belait Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli KUALA BELAIT, Rabu, 6 Ogos. Sekitar 814 peserta dijangka terlibat dalam persembahan khas Majlis Ramah dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait. Peserta-peserta persembahan terdiri daripada penuntut-penuntut institusi teknikal, vokasional, sekolah-sekolah menengah dan rendah kerajaan dan bahagian pendidikan swasta serta sekolah Arab.

Majlis ramah mesra sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Ke-68 Tahun peringkat Daerah Belait. Latihan-latihan awal untuk mengemaskini persediaan bagi menjunjung keberangkatan Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli bagi Majlis Ramah dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait terus diadakan di Padang Bandaran, di sini. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan Sambutan bersama rombongan telah membuat tinjauan latihan persembahan tersebut.

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman bangga dengan penyertaan generasi baru yang terdiri dari murid sekolah rendah disesi latihan Majlis Ramah dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait.

PARA peserta persembahan khas Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait bergabung tenaga mempersembahkan kemuncak acara.

Tinjauan tersebut bagi meneliti dan mengemas kini persediaan-persediaan latihan yang diungkayahkan di setiap daerah khususnya bagi menjunjung keberangkatan baginda bercemar duli bagi majlis tersebut. Persembahan khas Daerah Belait pada tahun ini ‘Kekal Beraja Sejahtera Negara’ diolah dalam bentuk sajak, sketsa, lagu, koir dan tarian. Kemuncak acara pula mencerminkan suasana yang melambangkan kehidupan bernegara yang makmur, sejahtera dan dalam rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.

Turut hadir termasuk Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Belait, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman, pegawai-pegawai dari KHEDN dan Jabatan Daerah Belait serta ahli-ahli jawatankuasa kebangsaan, ahli-ahli jawatankuasa tertinggi Daerah Belait.

Latihan awal Majlis Bersama Rakyat Daerah Tutong Oleh : Aryentty Haji Ariffin Foto : Hernie Suliana Haji Othman

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin beramah mesra bersama penuntut-penuntut yang mengambil bahagian dalam acara persembahan padang.

TUTONG, Khamis, 7 Ogos. Persembahan Khas bertemakan ‘Raja Pemimpin Perpaduan Rakyat’ sempena Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong antara lain memaparkan sebuah sketsa kepimpinan raja yang merangkumi keugamaan, pendidikan, pembangunan, perekonomian, keselamatan serta kesejahteraan rakyat dan penduduk. Seramai 468 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, penuntut-penuntut sekolah, ahli-ahli badan bukan kerajaan, sukarelawan serta masyarakat di Daerah Tutong terlibat dalam Persembahan Khas yang berlangsung di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong. Sehubungan itu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia

PARA peserta persembahan padang dalam latihan awal terdiri daripada para penuntut sekolah rendah.

Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, yang juga selaku Pengerusi Berama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun hari ini meninjau latihan awal bagi persediaan Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong. Semasa lawatan tersebut, Yang Berhormat turut meninjau persediaanpersediaan hiasan padang dan dewan khas khusus untuk menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli Bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah itu nanti. Yang Berhormat juga berkesempatan berinteraksi dan beramah mesra dengan ahli-ahli jawatankuasa dan peserta-peserta Persembahan Khas. Hadir sama Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Pegawai Daerah Tutong, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Tutong serta pegawai-pegawai kanan KHEDN.

Operasi Bersepadu catat 42 kesalahan jalan raya BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 6 Ogos. - Operasi Bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei dan Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) di kedua-dua buah lokasi pagi tadi mencatatkan sebanyak 42 kesalahan. Hasil Operasi Sepadu yang dijalankan di kawasan Kuala Lurah memperolehi 12 buah kenderaan pendaftaran luar negara yang ditahan di atas kesalahan memasang pelekat sun-x, manakala di Sungai Tujoh sebanyak 23 buah kenderaan pendaftaran luar negara ditahan atas kesalahan memasang pelekat sun-x, tiga buah kenderaan di atas kesalahan plet kenderaan tidak mengikut peraturan, sebuah kenderaan di atas kesalahan tidak memasang bendera merah (kenderaan pick-up yang membawa barang yang melebihi saiz kenderaan) dan tiga buah kenderaan di atas kesalahan mengubahsuai kenderaan. Operasi di kawasan Kuala Lurah diketuai oleh Pemangku Pegawai Operasi Kanan (Acting Senior Operation Officer), Inspektor Pengiran Aminul Sarni bin Pengiran Sarpuddin, manakala operasi di kawasan Sungai Tujoh diketuai oleh Ketua Operasi dan Pentadbiran, JSKLL, Cawangan Daerah Belait, Inspektor Muhd. Fadillah bin Haji Ibrahim. Operasi Sepadu ini melibatkan seramai 35 anggota daripada JSKLL dan JPD. JSKLL akan berterusan menjalankan Operasi Sepadu dan Sekatan Jalan Raya bagi memastikan pengguna jalan raya patuh pada undang-undang jalan raya sambil mencegah dan mengurangkan kemalangan dan kerosakan harta benda yang mungkin akan terjadi disebabkan kecuaian pemandu kenderaan terutama sekali pada musim perayaan yang berlangsung pada masa ini.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 11 Ogos 2014 by Putera Katak Brunei - Issuu