Pelita Brunei - Rabu 13 Ogos 2014 - Edisi Khas

Page 15

KELUARAN KHAS

HARI RABU 13 OGOS 2014

15

Perkhidmatan Awam, jentera Kerajaan MEMILIKI perkhidmatan awam yang profesional adalah perkara kemestian bagi setiap negara. Ini kerana kerja-kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan pada perkhidmatan awam membawa kesan secara langsung pada kehidupan semua penduduk sesebuah negara. Oleh sebab itu, kalau pelaksanaan dan pengendalian tugas dan tanggungjawab perkhidmatan awam itu tidak teratur atau malar mengalami isu seperti rasuah, maka kualiti kehidupan pendudukpun akan terjejas. Ini kerana para penduduk berurus dengan pihak kerajaan melalui perkhidmatan awam.

sampai masanya untuk kita memantapkan sikap cekal dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita..” Titah sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah DYMM ke-54 tahun.

Oleh: Haniza Abdul Latif UMBER manusia merupakan aset yang paling berharga dan menjadi keperluan asas dalam pembangunan negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sering menekankan di dalam titah-titah baginda supaya sumber manusia di negara ini sentiasa maju dan berkualiti. Antara titah baginda ialah: “Perkhidmatan Awam tidak diragukan lagi adalah sangat penting untuk kelicinan pentadbiran kerajaan. Ia berfungsi untuk mengetahui sejauh mana keupayaan dan kualiti pentadbiran kerajaan. Hari Perkhidmatan Awam yang kita sambut ini adalah merupakan wadah untuk menilai atau mengesan kemajuan dan kekurangan di dalam Perkhidmatan Awam itu. Beta yakin, tuntutan ke atas Perkhidmatan Awam, sampai bila-bila pun tidak akan berkurangan, Lebih-lebih lagi dalam era pembangunan pesat seperti sekarang, tiada ruang untuk Perkhidmatan Awam itu tertinggal di belakang. Beta suka mengingatkan bahawa apa pun rancangan untuk memajukan Perkhidmatan Awam, sama ada ia dalam bentuk pelan strategik atau pelan pembaikan berterusan, maka kita adalah mustahak untuk memastikan bahawa perkara-perkara yang asasi dan utama tidak diabaikan.”- Titah Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-17 “Perkhidmatan Awam merupakan nadi dan jentera kerajaan yang berperanan antara lain untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan pemberian perkhidmatan kepada orang ramai perlulah efisien dan berkesan.” - Titah pada Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam Kali Ke-20. “Kerajaan Beta telahpun menetapkan suatu Wawasan Perkhidmatan Awam Abad ke-21 yang bertujuan antara lain bagi mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan serta pegawaipegawai dan kakitangan kerajaan. Wawasan ini dihasratkan akan dapat dihayati oleh sekalian anggota Perkhidmatan Awam bagi menjamin kejayaan masing-masing. Telah

S

HARI PERKHIDMATAN AWAM Hari Perkhidmatan Awam setiap 29 September merupakan acara istimewa yang menandakan penghargaan kerajaan pada sumbangan para kakitangan perkhidmatan awam di negara ini. Bagi mencapai kemajuan yang dikehendaki negara tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya ke arah pembangunan yang meluas dan menuju kejayaan selaras dengan pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh negara-negara yang sudah membangun dan sedang membangun. Perkhidmatan awam yang terus berkembang dalam menanai kemajuan mengikut peredaran zaman adalah pencapaian perkhidmatan yang dapat memajukan pentadbiran dan pengurusan yang terjalin di antara pihak kerajaan dan orang ramai. Melangkaui perkembangan di dalam sesuatu perkhidmatan yang diselenggarakan oleh kakitangan yang berkhidmat perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi dan bersemangat demi negara. Seperti mana dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sempena Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-10 - “Di antara tandatanda PATRIOTISME itu ialah terus bekerjasama dengan kerajaan di dalam memelihara keamanan dan keelokan negara. Memelihara keelokan itu ialah seperti tidak memugut, tidak membuang sampah merata-rata dan bersedia mematuhi semua peraturan.” Hari Perkhidmatan Awan ini diadakan untuk memperingati termaktubnya Perlembagaan Bertulis Brunei Darussalam dan disambut dengan penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan. PERANAN PERKHIDMATAN AWAM Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam merupakan jentera penggerak pentadbiran negara ini dan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Selaras dengan itu, perkhidmatan awam perlu meneruskan peranan tradisinya sebagai pemelihara keamanan, penguatkuasa undang-undang, pengawal atur dan penyedia perkhidmatan. Walaubagaimanapun, peranan perkhidmatan awam itu sendiri perlu menjalani perubahan minda dan sikap dengan mengambil kira akan

SUASANA kerja di salah sebuah jabatan kerajaan.

tuntutan persekitaran yang semakin mencabar dan penuh daya saing. Dalam memainkan peranannya selaku pemudah cara, perkhidmatan awam hendaklah sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan kerajaan. Perkhidmatan awam sebagai pengembang maju dan pembawa pembaharuan perlu sentiasa mempunyai anggota berilmu, kreatif dan inovatif serta berkemahiran, berdaya fikir dan berdaya cipta dalam merancang sesuatu secara sistematik dan strategik. Dalam masa yang sama berupaya untuk memperkenalkan dan melaksanakan program dan kaedah-kaedah baru yang boleh membantu dalam memudahkan kerja peningkatan kualiti kerja serta menjimatkan penggunaan sumbersumber seperti kewangan dan tenaga manusia. Sebagai sebuah jentera kerajaan, perkhidmatan awam juga perlu memainkan peranan sebagai pemikir kepada kerajaan di mana cetusan ide-ide dan tindakan-tindakan yang membina dan positif sangat diperlukan dalam memantapkan lagi pentadbiran kerajaan. Dalam masa yang sama, penerapan nilai murni dan etika kerja positif serta penubuhan minda dan sikap perlu sentiasa dipertingkatkan bagi membolehkan perkhidmatan awam memberikan sumbangan bakti yang terbaik dan cemerlang kepada orang ramai dan negara. TEKAD PEMEDULIAN ORANG RAMAI Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) yang telah diperkenalkan dalam perkhidmatan awam pada tahun1995 merupakan satu kenyataan atau komitmen bertulis tentang piawaian perkhidmatan sesebuah jabatan, seperti jangka masa proses sesuatu permohonan dan sebagainya. Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) juga memainkan peranan yang penting didalam pembentukan TPOR. TPOR diharap akan menerbitkan rasa sentiasa peka, responsive dan proaktif terhadap kehendak orang ramai dan tuntutan persekitaran. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menekankan

supaya pegawai-pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam sentiasa member pemedulian kepada orang ramai. “Kerana disamping ingin melihat pemberian perkhidmatan kepada orang ramai di Negara ini supaya dilakukan dengan cekap dan berkesan serta penuh dengan sifat-sifat pemedulian dan bersopan santun oleh kakitangan kerajaan di dalam pentadbiran akan digunakan dengan optima.” Titah di Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran sempena Hari Ulang Tahun baginda yang ke-44 Tahun pada 15 Julai 1990. Pengauditan terhadap TPOR telahpun dimulakan pada tahun 2003. Usaha ini dihasratkan untuk mengetahui sejauh mana komitmen dan tahap perlaksanaan dan pencapaian TPOR di kementeriankementerian dan jabatan-jabatan mengikut garispandu yang telahpun diberikan. Pengauditan ini akan membantu sesebuah kementerian atau jabatan yang memerlukan bimbingan dalam melaksanakan TPOR dengan sebaiknya serta membantu mengenalpasti tindakantindakan pembaikan. Pengauditan dijalankan dalam tiga fasa iaitu: 1. Fasa pertama melibatkan jabatan-jabatan yang berhubung langsung dengan orang ramai; 2. Fasa kedua bagi jabatan-jabatan yang tidak berhubung langsung dengan orang ramai; dan 3. Fasa ketiga bagi keseluruhan kementerian dan jabatan. KUMPULAN KERJA CEMERLANG (KKC) Penubuhan Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) adalah salah satu cara bagi memperbaiki proses perkhidmatan dalam perkhidmatan awam. Ianya dihasratkan untuk memperkembangkan budaya maju yang mana adalah merupakan salah satu aspek penting dan perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi mewujudkan kecemerlangan pihak tersebut. Diantara faedah yang diperolehi dari KKC ialah: 1. Memupuk kerjasama di kalangan kakitangan menerusi

sama-sama membincangkan masalah. 2. Memberi kepuasan bekerja kerana terlibat didalam membuat keputusan. 3. Menambah dorongan untuk bekerja kerana rasa dihargai. 4. Memberi keyakinan mengenai kebolehan diri sendiri dengan diberi kesempatan untuk mengemukakan cadangan. INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM (IPA) Institut Perkhidmatan Awam (IPA) bertanggungjawab untuk melatih kakitangan awam dengan merangka dan melaksanakan program-program latihan pembangunan kemahiran pengetahuan dan kualiti kepimpinan kakitangan awam. SKIM DAN INSENTIF WARGA PERKHIDMATAN AWAM YANG DITAWARKAN Salah satu insentif yang ditawarkan bagi warga perkhidmatan awam ialah Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA) yang diperkenalkan pada tahun 1993. ncapaian perkhidmatan yang berkualiti. Sejak ianya diperkenalkan hingga sekarang, lebih kurang 90 projek telah dicalonkan dalam ACPA. S Program yang diadakan setiap dua tahun sekali ini bertujuan untuk membantu perkhidmatan awam mencapai objektif-objektif bagi rancangan-rancangan pembaharuan pentadbiran dengan lebih berkesan, di samping memberikan dorongan dan sebagai penggerak serta pengiktirafan rasmi kepada pegawai-pegawai dan kakitangan sama ada secara perseorangan ataupun berkumpulan dan berpasukan yang lebih memberikan sumbangan cemerlang untuk meningkatkan lagi prestasi, kualiti dan produktiviti organisasi masing-masing. Selain itu, ia juga menggalakkan persaingan yang sihat diantara pegawai-pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan awam ke arah memperbaiki dan mempertingkatkan lagi amalan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan mewujudkan kesedaran mengenai dengan prestasi, kualiti dan produktiviti di kalangan pegawai dan kakitangannya.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.