Sejarah & Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah

Page 1

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

1


Copyright Š 2020 Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia Penerbit: Institut Sultan Iskandar (ISI) Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit. Disclaimer Segala maklumat dan perbincangan yang dibentangkan di dalam buku ini telah diperolehi dan dikembangkan daripada pelbagai sumber termasuk buku, laporan dan internet. Penulis dan penerbit telah berusaha memastikan segala informasi adalah tepat. Menjadi tanggung jawab pembaca untuk menggunakan penilaian professional, pengalaman dan ‘common sense’ semasa menggunakan informasi yang dibentangkan di dalam buku ini.

Diedarkan oleh: Universiti Teknologi Malaysia Laman web rasmi: utm.my Penyunting: Nurul Nadia binti Saiful Anuar Penyemak Pruf: Muhammad Jefry bin Sofian Mohd Haniff bin Mohamed Din Pereka bentuk: Nur Saidatul Anizah binti Sabtu Wan Ashrieyl Fakhirin bin Wan Azahari Penyusunan dan penerbitan: Nurulain Nadhirah binti Kamal Dicetak di Malaysia

Segala usaha telah dibuat bagi memastikan hak cipta diiktiraf dengan tepat. Sebarang kekurangan dan kesilapan maklumat adalah tidak disengajakan dan pihak yang berhak memaklumkan kepada penerbit dan penulis berhubung dengan perkara tersebut untuk penambahbaikan dalam edisi seterusnya. i | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


PENGHARGAAN Setinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang telah membuat kajian terdahulu dan membantu kami dalam menghasilkan monograf ini. ORGANISASI Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) Universiti Teknologi Malaysia PENYELIA Prof. Madya Dr. Raja Nafida binti Raja Shahminan Dr. Ahmad Saifuddin bin Abdullah PARA PELAJAR TAHUN DUA SARJANA MUDA SENI BINA, UTM SESI 2015/2016 Abdul Rahman bin Ali Mohamad Amir Azrizal bin Jumain Muhammad Azfar Hadri bin Safri Muhammad Fawaz Na’im bin Razali Muhammad Faizfitri bin Kamarudin Muhammad Na’im bin Mohd Faudzi Mohamad Mustaqim bin Mustafa Kamal Mohd Aizuddin bin Ramli Mohd Haniff bin Mohamed Din Ng An Qi Ng Suat Ying Muhammad Nur Adam bin Yuraselan Nurul Nadia binti Saiful Anuar Nurulain Nadhirah binti Kamal Nor Hasni binti Hassim Saidatul Syuhadah binti Rusman Suraj a/l A Veeran Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

ii


ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 2.0

1-3

Asal Usul Pengaruh Seni Bina Islam 4-7 dan Perkembangannya di Kuala Pilah

3.0

Ciri-ciri Seni Bina Masjid Vernakular di

Kuala Pilah

8-11

4.0

Masjid-masjid pilihan:

12-13

4.1

Masjid Kariah Kampung Tengah

14-37

4.2

Masjid Kariah Tuan Tulis Ismail

38-57

4.3

Masjid Kariah Kampung Parit

58-79

5.0 Epilog

80

6. Penghargaan

81

7.0 Rujukan

82

8.0

83

Sumber Rajah

iii | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

1


PENGENALAN NEGERI SEMBILAN merupakan gabungan sembilan buah negeri dan kini dianggotai oleh tujuh buah daerah iaitu Rembau,Tampin, Kuala Pilah, Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Jempol. Negeri Sembilan juga dikenali sebagai negeri adat kerana Adat Perpatih yang dibawa oleh imigran Minangkabau. Mereka merupakan kelompok awal yang meneroka tanah di negeri tersebut dan Adat Perpatih telah menjadi pegangan yang kukuh di kalangan masyarakatnya. Adat Perpatih merupakan adat warisan turun-temurun yang diamalkan di Negeri Sembilan. Secara dasarnya, pembahagian adat di Negeri Sembilan ini dapat dilihat melalui lokasi yang ditempatkan. Daerah seperti Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Tampin, Rembau dan Seremban adalah wilayah Adat Perpatih kerana daerahnya jauh daripada laut. Menurut hukum Adat Perpatih, harta pusaka mesti diwariskan kepada perempuan (Azima, 2009). Berbeza dengan masyarakat Melayu yang tinggal di

Rajah 1.1: Peta wilayah Negeri Sembilan (Sumber: Peta: Negeri Sembilan (n.d.)., 2020)

kawasan persisiran pantai kerana mereka adalah pengamal Adat Temenggung. Oleh itu, ini membuktikan bahawa Negeri Sembilan kaya dengan adat warisan dari turun-temurun sejak sekian lama. Dalam budaya masyarakat Melayu, Raja merupakan simbol perpaduan dan perlindungan kepada rakyat jelata dalam pemerintahannya. Tampuk pemerintahan kerajaan Negeri Sembilan diterajui oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sistem pemerintahan di Negeri sembilan dibentuk mengikut Adat perpatih. Pada abad ke-18, orang Minangkabau berhijrah dari Sumatera ke Negeri Sembilan bersama dengan saudara-mara masing-masing. Mereka hidup secara berkumpulan mengikut hubungan kekeluargaan. Perkataan Negeri Sembilan bermaksud ‘sembilan buah negeri’, tetapi telah di persetujui bahawa gelaran nama ini tidak pernah mengandungi sembilan buah daerah yang khas.

Rajah 1.2: Peta lokasi Kuala Pilah sebagai masjid pilihan (Sumber: Peta: Negeri Sembilan (n.d.)., 2020)

2 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Pada abad ke-15 hingga ke-16, Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri di bawah naungan Kerajaan Melayu Melaka sehinggalah berakhirnya pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Berakhirnya pemerintahan Sultan Mahmud Shah menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri penaklukan Portugis pada 24 Ogos 1511. Selain itu, Negeri Sembilan juga terkenal dengan beberapa daerah yang kaya dengan corak dan identiti yang tersendiri. Kuala Pilah merupakan salah satu daripada tujuh daerah yang terdapat di Negeri Sembilan dan ia merupakan daerah ketiga yang terbesar di Negeri Sembilan. Pada Febuari 1957, Majlis Daerah Kuala Pilah telah ditubuhkan. Kini, Majlis tersebut dikenali sebagai Majlis Bandaran Kuala Pilah (MBKP). Majlis Bandaran Kuala Pilah (MBKP) dikategorikan sebagai Majlis Bandar bersama-sama dengan bandar-bandar kecil yang lain seperti Rompin, Kampung Tengah, Tanjung Ipoh, Padang Lebar, Juasseh, Batu Kikir, Jelai, Dangi, dan Sri Menanti.

Rajah 1.3: Masjid Negeri, Negeri Sembilan (Sumber: Masjid negeri, 2016)

Identiti seni bina Malaysia mempunyai reka bentuk dan gaya unik yang dipengaruhi oleh budaya tempatan dan budaya asing dari luar. Wendy Khadijah Moore (2004) menyatakan bahawa seni bina di Malaysia berkembang mengikut pola pemikiran luar. Setelah pemerintahan penjajah di Tanah Melayu, kita dapat lihat beberapa perubahan pada bangunan. Ini menunjukkan pihak penjajah bersifat diplomasi terhadap budaya masyarakat Melayu islam. Kebanyakan daripada mereka akan menggunakan pemahaman sendiri daripada mengkaji lebih mendalam lagi tentang masyarakat Melayu Islam. Malah, seni bina awam seperti pejabat daerah, masjid dan sekolah mengalami beberapa perubahan dalam konteks pembinaan. Ini menunjukkan pengaruh luar masih digunakan dan sukar untuk dihapuskan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji integrasi seni bina Melayu dengan seni bina Islam dan nusantara yang menunjukkan bahawa agama Islam telah lama berasimilasi dalam kehidupan orang melayu di Negeri Sembilan.

Rajah 1.4: Kompleks Muzium Negeri (Sumber: Muzium: Kompleks Muzium Negeri, 2018)

Rajah 1.5: Masjid merah (Sumber: Masjid Merah: Mai Singgah, 2019)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

3


4 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


ASAL USUL PENGARUH SENI BINA ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI KUALA PILAH Sejarah Penubuhan Masjid di Malaysia Islam telah dibawa ke Tanah Melayu melalui pedagang-pedagang yang juga ulama agama pada abad ke-8 hingga ke-13. Perkembangan Islam pada abad ke-15 secara beransur-ansur di bawah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi yang dianuti oleh majoriti masyarakat Melayu. Masjid telah dibina di kawasan penempatan kecil oleh ulama agama dan penduduk tempatan untuk memenuhi keperluan mereka untuk menyebarkan dakwah Islam (Ahmad 1999; Nasir 1995). Kedatangan Islam pada ketika itu tidak membawa kepada pengenalan bentuk seni bina baru di rantau ini. Sebaliknya, unsur-unsur seni bina luar dan tempatan telah digunakan dan ditakrifkan semula untuk memenuhi kehendak dan keperluan beribadah dalam Islam. Masjid awal yang dibina terbahagi dua jenis yang meliputi pengaruh seni bina serantau dan tempapatan (Ismail, 2008). Sebagai contoh, bumbung masjid berbentuk piramid boleh di bandingkan dengan masjid lama di Indonesia dan boleh diklasifikasikan sebagai jenis serantau (Ahmad 1999; Nasir 1995). Manakala pengaruh tradisional diambil dari bentuk rumah Melayu yang menitikberatkan aspek iklim, topografi, alam sekitar dan penyesuaian sosiobudaya Melayu.

Rajah 2.1: Masjid Demak di Jawa Timur, Indonesia (Sumber: Soekmono, 1973)

Rajah 2.2: Masjid Kampung Laut, masjid traditional tertua di Malaysia. (Sumber: Nakula, 1982)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

5


Masjid Sebagai Masyarakat

Pusat

Perkumpulan

Pada awal abad ke-16 hingga abad ke-18, fungsi masjid dapat dilihat sebagai pusat aktiviti bagi masyarakat kampung di kawasan pedalaman. Selain menempatkan kawasan untuk aktivitiaktiviti keagamaan, masjid juga digunakan sebagai platform untuk aktiviti kemasyarakatan seperti tempat bermusyawwarah dan menyebarkan agama Islam (Mizan & Anuar, 2005). Perkataan ‘masjid’ pada ketika itu merujuk kepada sebuah bangunan kecil yang telah didirikan di setiap kawasan kampung untuk urusan keagamaan dan kemasyarakatan. Namun demikian, masjid pada awalnya tidak digunakan sebagai tempat untuk mendirikan solat Jumaat. Apabila bilangan rumah di kawasan kampung melebihi 40 buah rumah, masjid baharu akan didirikan. Masjid ini dapat menampung jumlah jemaah yang lebih ramai untuk mendirikan solat Jumaat. Masjid akan akan dijaga rapi dan dipantau oleh jawatan kuasa masjid kampung yang diketuai oleh ‘imam’ yang lebih arif dalam ilmu keagamaan.

Identiti Seni Bina Masjid di Malaysia Kedatangan Islam secara berperingkat ke Alam Melayu telah menunjukkan perubahan dari segi rekabentuk masjid dari pengaruh vernakular dan kolonial kepada struktur moden mengikut peredaran zaman. Pengaruh senibina luar yang dibawa masuk turut memberi impak terhadap perubahan rekabentuk masjid dari semasa ke semasa. Aspek perubahan rekabentuk masjid termasuk aspek skala, bahan binaan, ukiran kayu dan plaster rendering dan kemudahan tambahan (Ismail, 2008). Saiz masjid vernakular dari segi skala dan perkadaran kebiasaannya lebih kecil berbanding masjid kolonial dan moden. Dari aspek bahan binaan masjid, ukiran dan plaster rendering serta kemudahan tambahan pula, masjid vernakular dibina menggunakan kayu dengan ukiran halus pada kayu dengan bermotifkan bunga. Ukiran kayu banyak terdapat pada panel dinding, pintu, tingkap dan mimbar. Selain itu, rekabentuk masjid vernakular banyak terdapat di kawasankawasan kampung. Monograf ini akan menerangkan sedikit sebanyak ciri-ciri senibina tiga buah masjid khusus di kawasan kajian yang terpilih iaitu Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

6 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Konteks Kawasan Kajian : Kuala Pilah

Rajah 2.3: Pola pemidang yang bermotif bunga kuda laut (Sumber: Muzium Negara, 1974)

Rajah 2.4: Pola Pemidang (Sumber: MTIB, 1990)

Rajah 2.5: Bentuk geometri yang diguna di masjid, surau atau pusat Islam (Sumber: MTIB 1990)

Dalam konteks kawasan kajian di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, seni bina yang dibawa masuk ke kawan kajian tersebut mempunyai banyak persamaan dengan masjid-masjid MelayuNusantara. Kebanyakan masjid pada awalnya dibina khusus untuk aktiviti penyebaran dakwah dan telah menjalani proses pengubahsuaian dari semasa ke semasa untuk mengambilkira keselesaan pengguna, kepelbagaian kegunaan dan perkembangan teknologi binaan. Hal ini demikian kerana, pengubahsuaian membantu dalam usaha memulihara identiti asal dan jangka hayat masjid untuk bertahan dengan lebih lama. Namun demikian, beberapa faktor telah menjadi titik ukur dalam usaha pengubahsuaian agar identiti senibina masjid Melayu-Nusantara masih terpelihara. Faktor tersebut termasuk bentuk muka bumi , geografi, sosio-ekonomi dan sosio-budaya kawasan terlibat. Tidak lupa juga ciri-ciri senibina yang masih dikekalkan sehingga kini berdasarkan sejarah dari penduduk-penduduk awal kawasan kajian. Oleh itu, objektif monograf ini dihasilkan adalah untuk mengkaji sejarah dan warisan seni bina masjid di Kuala Pilah sebagai rujukan pembaca dalam memahami ciri-ciri masjid MelayuNusantara dan pada masa yang sama mengenali sejarah senibina Islam yang pernah bertapak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

7


8 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


CIRI-CIRI SENI BINA MASJID VERNAKULAR DI KUALA PILAH Setiap negeri di Malaysia mempunyai ciri-ciri seni bina yang tersendiri yang memberikan refleksi personaliti dan identiti di sesuatu kawasan tertentu. Kebanyakan masjid-masjid di Kuala Pilah menunjukkan bentuk Melayu Nusantara, di mana ia menggunakan ciri-ciri bumbung meru, dan mempunyai struktur yang berbentuk rebung pecah empat. (Nasir, 1995) Bumbung Meru Apabila disebut sahaja masjid di Kuala Pilah, Terdapat satu ciri seni bina masjid yang paling ketara dan menjadi lambang identiti oleh masyarakat setempat dalam konteks daerah tersebut adalah bumbung meru. Bumbung meru, ataupun dikenali sebagai atap tumpang tergolong dalam ciri-ciri bumbung tradisional yang kebiasaannya digunakan pada masjidmasjid vernakular yang dibina pada abad ke-20 terutamanya di Kuala Pilah. Secara amnya, bumbung meru mempunyai tiga lapis, dan setiap lapis mempunyai maksud yang tersendiri. Lapisan pertama dikenali sebagai syariat, kedua ialah makrifat dan lapisan yang teratas ialah hakikat. Asal usul bumbung meru ini adalah daripada seni bina Hindu dan Buddha. Menurut S. Vlatseas (1990), bumbung meru merupakan salah satu pengaruh daripada bentuk bumbung piramid yang terdapat pada bangunan Pagoda di Cina. Rajah 3.1: Lukisan isometrik Masjid Kariah Kg Parit (Sumber: Razali et. al., 2016)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

9


Tipologi Masjid Dalam pada itu, masjid-masjid Kariah di Kuala Pilah juga menunjukkan ciri-ciri tipologi yang lebih kurang sama, dari pintu masuk utama ke susunan ruangan solat utama dan mihrab, di mana setiap susunan ini memberikan maksud dan sebab yang tertentu. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi reka bentuk ruang dalaman sesebuah masjid tradisional adalah daripada segi estetika, sosiobudaya, kegunaan, persekitaran, simbolisme dan kepercayaan (Ahmad, 2015:13). Sebagai contoh, arah kiblat memainkan peranan utama dalam menentukan penyusunan setiap ruang dan reka bentuk masjid bagi memberi keselesaan ketika menunaikan solat.

Sering juga dilihat dalam masjid-masjid Melayu Nusantara terdapat mimbar, iaitu tempat imam membaca khutbah terletak di sebelah kanan mihrab. Terdapat 4 jenis bentuk mihrab, dan kebanyakan masjid tradisional di Malaysia menggunakan bentuk ruang segi empat.

Kini, banyak ruang tambahan telah dilakukan bagi memenuhi keperluan masyarakat semasa untuk keselesaan dan kemudahan masyarakat, seperti ruang pengurusan jenazah, tandas dan madrasah. Bukan itu sahaja, mihrab juga merupakan komponen yang penting dalam sesebuah masjid, di mana ruang ini sering digunakan oleh imam ketika memimpin solat berjemaah dan juga sebagai ruang menyimpan Al-Quran. Rajah 3.2: Lukisan plan Masjid Kariah Kg Tengah (Sumber: Ali et. al., 2016)

10 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Menara Pada awalnya, Bilal hanya melaungkan azan dari bumbung rumah yang tinggi berhampiran masjid. seni bina masjid tradisional di Malaysia tidak dilengkapi dengan menara, akan tetapi, setelah wujud pengaruh luar seperti pengaruh Cina dan India, masjid telah mula dilengkapi dengan menara. Binaan menara pula terasing dari binaan masjid. Seni Hias & Ukir Terdapat dua jenis seni hias yang digunakan dalam mengindahkan masjid, iaitu seni halus yang menghasilkan seni ukir dan seni khat. Kedua-dua jenis seni hias ini selalunya diukir pada kayu dengan menggunakan sistem tebukan. Antaranya ialah tebuk separuh dan tebuk timbul. Ukiran kayu yang sering dijadikan sebagai ruang pengudaraan ini kebanyakannya terdapat di bahagian kepala pintu, tingkap, dinding pemidang di antara dewan sembahyang dengan serambi, mimbar, pemidang serambi, cucuran atap setiap tingkat bumbung, mahkota atap dan tulang perabung.

Pola ukiran pula terdiri daripada pola bujang atau dikenali juga sebagai pola putu, pola bingkai (pemidang) dan pola lengkap. Motif pola bujang menampakkan gaya bebas, berdiri sendiri, tidak terikat, berkait dan bersambung-sambung. Ia banyak mengambil unsur kuntum bunga, putik buah, bulan, bintang, matahari dan unsur makhluk hidup. Pola bingkai atau pemidang pula menggunakan unsur-unsur sederhana. Ukirannya tidak banyak berbelit atau berlingkar dan mempunyai pemidang atau bingkai. Pola lengkap menggabungkan semua unsur dalam satu bentuk ukiran yang lengkap. Pola ini lebih menekankan unsur tumbuh-tumbuhan yang lengkap dengan batang, daun, bunga, sulur buah dan putik. Unsur-unsur pada ukiran kayu ini mengambil unsur makhluk hidup, unsur kosmos, kaligrafi dan tumbuh-tumbuhan. (Basri, 2002) Walau bagaimanapun, dalam persamaan terdapat juga perbezaan dan keunikannya yang tersendiri. Setiap masjid mempunyai latar belakang, pengaruh dan kisahnya yang tersendiri dalam membentuk identiti sesebuah masjid di Kuala Pilah.

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

11


12 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

13


Rajah 4.1: Masjid Kariah Kampung Tengah tahun 2015 (Sumber: Ali et. al., 2016) 14 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


MASJID KARIAH KAMPUNG TENGAH Masjid yang terletak di tepi Sungai Seri Menanti ini telah dibina pada tahun 1918 secara bergotong-royong yang telah diketuai oleh Raja Tachik bin Raja Yasin. Namun, pada tahun 1927 masjid ini telah dibina semula di tanah lot yang sama dan telah melalui beberapa fasa perubahan dari semasa ke semasa.

Rajah 4.2: Masjid Kariah pada tahun 1927 (Sumber: Ali et. al., 2016) Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

15


PROFIL MASJID LOKASI Kampung Tengah, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah Negeri Sembilan TAHUN SIAP DIBINA 1918

Rajah 4.3: Pelan lokasi masjid pada tahun 1997 (Sumber: Ali et. al., 2016)

TUKANG Raja Tachik bin Raja Yasin KELUASAN 95.13 sq. m. (1022.00 sq. ft) BILANGAN JEMAAH Anggaran 250 orang (terkini)

Rajah 4.4: Foto Raja Tachik bin Raja Yasin (Sumber: Ali et. al., 2016) 16 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Masjid ini terletak di kawasan kampung di mana ianya dikelilingi oleh rumah masyarakat kampung. Rumah di hadapan masjid merupakan rumah Puan Rauhah binti Yasin, tuan milik tanah masjid dahulu. Tanah masjid ini kemudian telah diwakafkan oleh Puan Rauhah binti Yasin pada tahun 1918.

Rajah 4.5: Tapak lama rumah Puan Rauhah binti Yasin yang terletak di hadapan masjid (Sumber: Ali et. al., 2016)

Sebelah kiri masjid merupakan rumah Dato Dahalan bin Haji Ilias yang menjadi tarikan ramai dengan keunikan dan kecantikan rumah beliau. Di sebelah kanan masjid pula terdapat sebuah rumah traditional milik Puan Sainah yang masih berdiri teguh tanpa penghuni.

Rajah 4.6: Tapak lama rumah Dato Dahalan bin Haji Ilias (Sumber: Ali et. al., 2016)

Rajah 4.7: Rumah lama Puan Sainah di sebelah Masjid (Sumber: Ali et. al., 2016) Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

17


Rajah 4.8: Pandangan kanan Masjid Kariah Kampung Tengah (Sumber: Ali et. al., 2016)

Rajah 4.9: Pandangan belakang Masjid Kariah Kampung Tengah (Sumber: Ali et. al., 2016)

18 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Rajah 4.10: Pandangan perspektif luaran masjid kajian (Sumber: Ali et. al., 2016)

Masjid ini telah mengalami beberapa fasa perubahan pada tahun 1918, 1927, 1960, 1997, 2004, 2005 dan 2016. Perubahan ini merangkumi penambahan keluasan lantai, kemudahan yang lain dan kerja baik pulih. Usaha yang dilakukan ialah untuk memastikan keselesaan para jemaah dan kegunaan penduduk kampung.

Rajah 4.11: Pelan lantai masjid pada tahun 1997 (Sumber: Ali et. al., 2016) Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

19


Reka bentuk Masjid Kariah Kampung Tengah berasaskan rekabentuk masjid Nusantara. Bumbung masjid menggunakan bumbung berbentuk meru dan berlapis sama seperti masjid yang lain, ruang utama masjid terdiri daripada mihrab, ruang solat utama, serambi dan tempat wuduk.

Rajah 4.12: Pandangan hadapan Masjid Kariah Kampung Tengah (Sumber: Ali et. al., 2016)

20 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

21


GARIS MASA PERUBAHAN MASJID

Pada tahun 1918, masjid dibina di tepi Sungai Seri Menanti secara gotong royong yang diketuai oleh Raja Tachik bin Raja Yasin. Ahli jemaah yang pergi menunaikan solat di masjid akan menaiki sampan di Sungai Seri Menanti. Lokasi masjid di tepi sungai untuk menyenangkan kerja mencuci dan mengambil wuduk. Pada masa ini, masjid ini bertiang dan diperbuat daripada kayu sepenuhnya.

1918

Rajah 4.14: Peta lokasi masjid pada tahun 1927 (Sumber: Ali et. al., 2016)

Pada tahun 1927, masjid dibina semula dan diubah kedududkannya di tengah lot dengan kaedah bergotong royong.

1927 Masjid yang baru dibina adalah diperbuat daripada gabungan kayu dan konkrit. Pintu masuk masjid kekal menghadap ke Sungai Seri Menanti.

Rajah 4.13: Peta lokasi masjid pada tahun 1918 (Sumber: Ali et. al., 2016)

Rajah 4.15: Pelan Lantai Masjid pada tahun 1927 (Sumber: Ali et. al., 2016) 22 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Pada tahun 1960, banjir yang berlaku telah mengakibatkan saiz Sungai Seri Menanti mengecil akibat daripada pemendapan tanah yang berlaku. Perigi pula mula dibina di hadapan masjid untuk menyenangkan proses pengambilan wuduk kerana lokasi sungai yang sudah berubah.

Pada tahun 1997, masjid membuat pengubahsuaian yang besar di mana keluasan lantai ruang solat utam masjid dibesarkan sehingga ke serambi lama. Masjid ini juga mempunyai sebuah Papan Penghargaan dan Carta Organisasi Pengubahsuaian Masjid tahun 1997 yang dibingkaikan sebagai penghargaan kepada ahli-ahli yang terlibat dalam pengubahsuaian. Saiz masjid dibesarkan di mana tiang kayu lama dibalut dan tiang baru dibuat daripada konkrit ditambah.

1960

1997

Rajah 4.16: Peta lokasi masjid yang menunjukkan pertukaran haluan sungai pada tahun 1960 (Sumber: Ali et. al., 2016)

Rajah 4.17: Papan carta organisasi pengubahsuaian masjid & penghargaan pada tahun 1997 (Sumber: Ali et. al., 2016)

23 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Pada tahun 2004, serambi baru yang diperbuat daripada konkrit dibina mengelilingi masjid. Selusur dan kekisi baru mengikuti corak yang lama, walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi saiz. Namun, percubaan untuk mengekalkan warisan seni bina masjid lama berjaya dilakukan dengan meniru corak dan elemen lama masjid. Tiang konkrit baru juga ditambah untuk menyokong serambi dan bumbung serambi yang baru. Ianya berbentuk bulat dan mengikuti corak tiang konkrit lama tetapi tiada alur pada badan tiang.

Rajah 4.19: Gambar menunjukkan perbandingan selusur dan kekisi lama (kiri) dengan yang baru (kanan) (Sumber: Ali et. al., 2016)

2004

Rajah 4.20: Gambar menunjukkan serambi baru yang ditambah (Sumber: Ali et. al., 2016) Rajah 4.18: Pelan Lantai Masjid pada tahun 1927 (Sumber: Ali et. al., 2016)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

24


Antara tahun 2005 sehingga ke tahun 2016, menara, stor, tandas, perpustakaan dan tempat wudhuk baru telah ditambah di sekeliling masjid. Selain itu, lantai jubin ditambah di sekitar masjid untuk memastikan keselesaan menunaikan solat sekiranya ruang ini digunakan. Bumbung baru yang menggunakan atap besi digunakan untuk menggantikan bumbung asbestos lama disebabkan oleh masalah kebocoran bumbung lama. Pagar dan dinding masjid juga dicat semula.

Rajah 4.21: Perpustakaan baru yang ditambah (Sumber: Ali et. al., 2016)

2005-2016 Seterusnya dinding masjid ditutup dengan panel kaca dan dinding di bahagian mihrab ditutup menggunakan perspek supaya penghawa dingin boleh dipasang didalam masjid.

Rajah 4.22: Gambar dinding kayu masjid ditutup dengan panel kaca (Sumber: Ali et. al., 2016)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

25


Masjid Kariah Kampung Tengah dibina daripada kayu dan konkrit. Kerangka dan elemen struktur masjid amat ringkas dan tiada penggabungan yang kompleks. Bahagian mihrab masjid pula diubahsuai kepada dinding konkrit yang disokong oleh tiang konkrit. Pembinaan masjid dibahagi kepada 4 bahagian, iaitu struktur utama, struktur sekunder, elemen binaan dan penggabungan.

4 soko guru yang terletak di tengah masjid dibuat daripada kayu penak. Tiada ukiran-ukiran atau corak pada soko guru, tetapi terdapat kumai di empat sudut tiang kayu. Soko guru ini dibina di atas batu alas sebagai penyokong tiang.

Soko guru merupakan tiang utama dalam masjid.

Rajah 4.23: Pelan lantai menunjukkan posisi Soko Guru dalam masjid (Sumber: Ali et. al., 2016)

26 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan

Rajah 4.24: Lukisan butiran Soko Guru (Sumber: Ali et. al., 2016)


Tiang kayu yang lain dibuat daripada kayu penak juga. Sama seperti soko guru, tiang kayu masjid tiada ukiran atau corak pada badan tiang, tetapi terdapatnya kumai pada empat sudut tiang.

Rajah 4.26: Lukisan butiran tiang kayu (Sumber: Ali et. al., 2016)

Rajah 4.25: Pelan lantai menunjukkan posisi tiang kayu yang lain (Sumber: Ali et. al., 2016)

Rajah 4.27: Lukisan butiran tiang kayu (Sumber: Ali et. al., 2016)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

27


Rajah 4.28: Lukisan isometrik Masjid Kariah Kampung Tengah (Sumber: Ali et. al., 2016) 28 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

29


Pembinaan kerangka bumbung menggunakan kayu jati sebagai kasau dan gulung-gulung. Kerangka bumbung dibina di atas rasuk dan tiang untuk menampung struktur bumbung. Kerangka bumbung yang lama telah diubah kepada kerangka bumbung yang baru dan masih mengekal reka bentuk bumbung yang asal.

Pembinaan dan penggabungan kayu di masjid menggunakan teknik tanggam iaitu tanggam memanjang dan tanggam pemidang. Tanggam memanjang digunakan untuk menyambung dua keping kayu untuk menjadikannya lebih panjang. Tanggam pemidang digunakan untuk sambungkan kayu pada hujung kayu dari tepi ke tepi.

Rajah 4.29: Pelan kerangka bumbung (Sumber: Ali et. al., 2016)

Rajah 4.30: Pelan kerangka bumbung menunjukkan posisi tanggam (Sumber: Ali et. al., 2016)

30 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Antara jenis tanggam yang digunakan dalam pembinaan masjid kajian ini ialah: 1. Tanggam Skaf

2. Tanggam Sambung Lekap

Tanggam skaf digunakan untuk memanjangkan kayu tutup tiang, gulung-gulung dan juga gelegar. Tanggam ini dijumpai di alang bumbung atas tiang konkrit di masjid.

Tanggam sambung lekap digunakan untuk memanjangkan kayu tutup tiang, gulung-gulung dan juga gelajar sama seperti tanggam skaf. Tanggam ini dijumpai di alang bumbung atas tiang konkrit di serambi baru masjid.

Rajah 4.31: Butiran dan gambar tanggam skaf pada rasuk masjid (Sumber: Ali et. al., 2016)

Rajah 4.32: Butiran dan gambar tanggam sambung lekap pada rasuk masjid (Sumber: Ali et. al., 2016)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

31


32 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Rajah 4.33: Lukisan keratan perspektif Masjid Kariah Kampung Tengah (Sumber: Ali et. al., 2016) Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

33


Mimbar merupakan elemen binaan untuk khatib membacakan khutbah sebelum menunaikan solat fardhu jumaat, hari raya aidilfitri dan aidiladha. Mimbar kebiasaannya mempunyai hasil seni ukiran yang indah. Kedudukan mimbar di masjid adalah di bahagian depan di ruang mihrab. Masjid Kariah Kampung Tengah telah mengubah mimbar lama kepada mimbar baru pada tahun 2000an. Punca pengubahan mimbar adalah kerana kayu mimbar lama telah berusia lebih 100 tahun dan kayunya telah reput. Mimbar baru dibeli daripada tukang Melaka dan tukangnya tidak dapat dikenal pasti. Mimbar baru berusia dalam lingkungan 10 tahun. Mimbar baru pula mempunyai ukiran motif flora.

Rajah 4.34: Mimbar baru masjid (Sumber: Ali et. al., 2016)

Rajah 4.35: Serpihan mimbar lama dikatakan telah berusia lebih 100 tahun (Sumber: Ali et. al., 2016)

Rajah 4.36: Serpihan mimbar lama dikatakan telah berusia lebih 100 tahun (Sumber: Ali et. al., 2016)

34 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Dinding kayu masjid dicat dengan warna kuning. Menurut pengerusi masjid, Dato’ Ibrahim Bin Jahaya, corak dinding kayu ini dirujuk daripada dari Masjid Negeri, Negeri Sembilan yang telah siap dibina pada tahun 1967. Corak dinding kayu tersebut berfungsi sebagai lubang cahaya dan pengudaraan agar ruang di dalam masjid sentiasa segar dan tidak panas.

Rajah 4.37: Lokasi dan perincian dinding kayu masjid (Sumber: Ali et. al., 2016)

Terdapat ukiran dinding batu di bahagian belakang masjid. Pada asalnya, ukiran dinding batu tersebut bersaiz kecil. Corak dinding batu tersebut telah ditukar corak dan saiznya menjadi lebih besar selepas pengubahsuaian dan pembesaran masjid. Ia juga berfungsi sebagai lubang pengudaraan dan pencahayaan kepada masjid.

Rajah 4.38: Lokasi dan perincian batu angin masjid (Sumber: Ali et. al., 2016)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

35


Terdapat hiasan kerangka gerbang besi di dalam masjid. Menurut pengerusi masjid, Dato’ Ibrahim Bin Jahaya, hiasan gerbang besi ini ditambah di ruang solat utama semasa masjid menjalani pengubahsuaian dan pembesaran. Terdapat dua jenis gerbang besi yang berbeza mengikut saiz terletak di antara tiang-tiang di dalam ruang solat utama masjid ini.

Rajah 4.39: Lokasi dan perincian gerbang besi masjid (Sumber: Ali et. al., 2016)

Kekisi Masjid Kariah Kampung Tengah diperbuat daripada bahan tembikar. Masjid ini mempunyai 186 kekisi pada tahun 1997. Menurut bendahari masjid, Hj Abdul Rashid Bin Hamzah, corak kekisi baru yang ditambah semasa pengubahsuaian dan pembesaran masjid menyerupai kekisi yang asal.

Rajah 4.40: Lokasi dan perincian kekisi masjid (Sumber: Ali et. al., 2016)

36 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Terdapat corak ringkas pada papan pemanis yang telah dipasang di bawah bumbung menggelilingi masjid kajian. Papan pemanis tersebut diperbuat daripada kayu dan dipasang pada bumbung baru semasa pengubahsuaian masjid. Terdapat dua jenis corak papan pemanis yang dipasang di bawah bumbung masjid. Papan pemanis berfungsi untuk mengelakkan air hujan tempias ke dalam masjid.

Rajah 4.41: Lokasi dan perincian papan pemanis (Sumber: Ali et. al., 2016)

Terdapat dua mahkota pada bumbung masjid kajian. Mahkota tersebut terletak di puncak bumbung utama masjid dan juga di atas bumbung ruang mihrab masjid. Mahkota masjid ini diperbuat daripada aluminium dan disokong oleh kayu yang dipasang di tengah mahkota. Mahkota Masjid Kariah Kampung Tengah tidak mempunyai sebarang ukiran.

Rajah 4.42: Lokasi dan perincian mahkota masjid (Sumber: Ali et. al., 2016)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

37


Rajah 4.43: Masjid Kariah Tuan Tulis tahun 2015 (Sumber: Safri et. al., 2016)

38 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


MASJID KARIAH TUAN TULIS ISMAIL Masjid Kariah Tuan Tulis Ismail terletak di Kg Kuala Talang, Tg Ipoh, Negeri Sembilan. Masjid ini dibina pada tahun 1914 dan siap pada tahun 1915. Tanah masjid ini diwakafkan oleh seorang wali Allah yang bernama Tuan Haji Ismail Bin Hussein yang turut dikenali sebagai Tuan Tulis. Masjid ini dibina bersama-sama dengan Tukang Kahar dan penduduk Kampung Kuala Talang. Selepas Tuan Tulis meninggal pada tahun 1922, makam Tuan Tulis pula dibina pada tahun 1930an oleh seorang tukang cina. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Pertama, Tuanku Muhammad Ibnu Tuanku Antah, mentitahkan supaya dibina makam Tuan Tulis bagi memperingati jasa Tuan Tulis kepada baginda.

Rajah 4.44: Masjid Kariah Tuan Tulis Ismail, Kuala Pilah (Sumber: Safri et. al., 2016) Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

39


PROFIL MASJID LOKASI Kampung Kuala Talang Tg Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan TAHUN SIAP DIBINA 1915 TUKANG Tukang Kahar Bin Siak Bakhi KELUASAN 68.02 sq. m. (732.20 sq. ft) BILANGAN JEMAAH Anggaran 200 orang (terkini)

Tanah tapak masjid merupakan tanah Tuan Tulis dan diwakafkan untuk dijadikan masjid. Sumber kewangan yang diperolehi untuk membina masjid ini adalah sumbangan daripada penduduk kampung dan Tuan Tulis sendiri. Pada awal tahun 1915, pembinaan masjid ini masih belum mempunyai jawatankuasa yang tetap tetapi dikendalikan oleh iman pertama iaitu Ujang Bin Ibrahim dan imam kedua iaitu Lebai Hashim.

Rajah 4.45: Pelan lokasi Masjid Kariah Tuan Tulis Ismail (Sumber: Safri et. al., 2016)

Mereka dipilih oleh penduduk kampung kerana kealiman dan ketakwaan mereka kepada Allah s.w.t yang menjadikan mereka layak untuk dijadikan pemimpin di masjid ini. Walau bagaimanapun, Tuan Tulis yang merupakan Wali Allah, tidak dilantik menjadi imam di masjid tersebut kerana ketawadukan beliau dalam mengabadikan diri kepada Allah tidak mampu diikuti oleh penduduk kampung, tetapi tidak menjadi masalah sekiranya ada segelintir masyarakat ingin menjadikan Tuan Tulis sebagai imam dalam solat.

40 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Lokasi masjid ini dikelilingi dengan rumah-rumah penduduk Kg Kuala Talang. Masjid ini didirikan ditengah-tengah kawasan kampung kerana masjid dianggap sebagai pusat penyebaran ilmu. Menurut Puan Hajah Noraini Binti Suhor (ahli jawatankuasa masjid), kebanyakkan penduduk Kg Kuala Talang hanya berjalan kaki untuk ke masjid daripada menggunakan kenderaan.

15 meter di hadapan masjid merupakan jalan utama untuk ke Pekan Tg Ipoh dan juga jalan menuju ke arah kampung-kampung lain seperti Kampung Talang Tengah dan sebagainya. Bagi orientasi masjid pula, arah kiblat ditentukan berdasarkan kepada arah mata angin dan arah matahari naik dan tenggelam.

Rajah 4.46: Pandangan perspektif masjid (Sumber: Safri et. al., 2016)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

41


Rajah 4.47: Gaya tampak sisi reka bentuk masjid pada masa kini (Sumber: Safri et. al., 2016) 42 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

43


Rajah 4.48: Perspektif dalaman masjid pada masa kini (Sumber: Safri et. al., 2016) 44 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Rajah 4.49: Lukisan asal pelan lantai masjid (Sumber: Safri et. al., 2016)

Masjid Kariah Tuan Tulis Ismail dan Makam Tuan Tulis mengalami beberapa fasa perubahan dan penambahbaikan sepanjang 105 tahun usia pembinaan pada tahun 1915. Penambahbaikan kedua-dua bangunan ini bertujuan memberi keselesaan kepada para jemaah dalam melakukan ibadah kepada Allah.

Rajah 4.50: Penambahbaikan dewan makan yang dahulunya merupakan surau (Sumber: Safri et. al., 2016) Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

45


Rajah 4.51: Gaya asal tampak sisi masjid (Sumber: Safri et. al., 2016) 46 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Bumbung Masjid Kariah Tuan Tulis Ismail di bahagian Mimbar adalah pengaruh dari bumbung rumah panjang Negeri sembilan. Ini dapat dilihat pada vlentikkan bumbung mihrab dibahagian hadapan masjid.

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

47


GARIS MASA PERUBAHAN MASJID

Rajah 4.52: Peta lantai masjid pada tahun 1915 (Sumber: Safri et. al., 2016)

1915 Masjid ini mula dibina pada tahun 1914 dan siap pada tahun 1915. Pelan masjid ini ringkas dan menghadap kearah qiblat iaitu lebih kurang 75 darjah ke arah barat. Bangunan masjid ini mempunyai dua ruang utama iaitu ruang solat utama dan ruang mihrab. Ruang solat utama ini berbentuk segiempat sama manakala ruang mihrab pula berbentuk segiempat tepat. Pada fasa ini perletakkan mimbar adalah dibahagian hadapan kanan ruang Jemaah masjid.

48 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan

Rajah 4.53: Peta kedudukan masjid dan surau (Sumber: Safri et. al., 2016)

1930 Menurut Tuan Haji Idris Bin Jamin, pembinaan surau dibina pada tahun 1930an di dalam kawasan masjid. Surau tersebut dibina oleh Ujang Bin Ibrahim, Imam pertama Masjid Kariah Tuan Tulis Ismail pada tahun 1915. Surau ini dibina bertujuan untuk mengasingkan ruang makan dan ruang solat. Hal ini kerana untuk mengelakkan ruang solat dikotori dengan sisa makanan kerana jamuan makan kebiasaannya diadakan di surau.


Rajah 4.54: Penambahan serambi di bahagian kanan dan kiri (Sumber: Safri et. al., 2016)

Rajah 4.5: Penambahan masjid pada tahun 1990 (Sumber: Safri et. al., 2016)

1970

1990

Bagi fasa ketiga Masjid Kariah Tuan Tulis Ismail , pembinaan serambi dibahagian kiri dan kanan masjid dibina pada tahun 1970an. Kedua-kedua serambi ini berukuran 9.4m x 3.8m dan ketinggian serambi dari tanah berukuran 0.05m.

Ketinggian lantai masjid dan serambi diturunkan mengikut aras tanah, di samping pembinaan baharu bagi ruang solat wanita, kolah dan tandas bagi lelaki dan wanita. Penurunan lantai ini menyebabkan berlaku perubahan dari segi kedudukan mimbar.

Mengikut sumber daripada Encik Loqman Bin Talib (setiausaha Masjid Kariah Tuan Tulis Ismail ), pembinaan serambi ini bertujuan untuk dijadikan sebagai tempat pengajian agama. Seterusnya, penukaran atap bumbung daripada zink kepada atap asbestos.

Selain itu ketinggian tingkap turut direndahkan dan diterbalikkan supaya kekisi tingkap selari dengan papan cantik. Ketinggian tingkap direndahkan mengikut ketinggian dan keselesaan manusia untuk membuka tingkap.

49 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Rajah 4.56: Penambahan bilik imam dan setor (Sumber: Safri et. al., 2016)

Rajah 4.57: Penambahan ruang masjid pada tahun 2015 (Sumber: Safri et. al., 2016)

2007

2015

Pembinaan baharu, iaitu bilik imam dan setor. Bilik imam dibina bersebelahan dengan ruang mihrab. Asalnya dinding di ruang mihrab adalah daripada papan kayu jenis penak kemudian menjadi dinding jenis batu. Pembinaan bilik ini menyebabkan tiang asal masjid di bahagian kiri mihrab berubah.

Menurut Tuan Haji Abdul Aziz Bin Abu Bakar, tandas dan kolah bagi lelaki dan wanita yang terletak di bahagian belakang ruang solat wanita dirobohkan. Kemudian di bina ruang koridor berukuran 9.4meter x 4meter. Ruang tersebut berfungsi sebagai ruang makan dan ruang beristirehat.

Seterusnya, pembinaan bilik setor bersebelahan dengan ruang solat wanita. Pada tahun tersebut juga, surau yang dibina pada tahun 1930an dirobohkan dan tapak tersebut dijadikan dewan makan pada masa kini.

Seterusnya, tandas dan ruang wuduk bagi lelaki dan wanita dibina di belakang masjid. Kolah hanya dibina pada ruang wuduk lelaki. Tandas wanita disatukan dengan ruang wuduk wanita dan ruang tersebut tertutup.

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

50


GARIS MASA PERUBAHAN MAKAM

Awning didirikan disebelah kiri dan kanan makam. Menurut Tuan Haji Abdul Aziz bin Abu Bakar (Imam kedua Masjid Kariah Tuan Tulis Ismail) ia didirikan untuk mengelakkan air hujan daripada terkena dinding dan pintu makam yang boleh menyebabkan struktur pintunya reput.

1930 Bangunan makam ini mempunyai dua ruang iaitu ruang legar dan ruang kubur Tuan Tulis. Terdapat dinding pemisah yang mempunyai bukaan ditengahnya. Makam Tuan Tulis dilihat mempunyai empat pintu, tetapi jika diteliti secara dekat pintu yang nyata adalah pintu di kiri dan kanan ruang legar. Pintu yang terdapat di ruang makam Tuan Tulis merupakan dinding batu yang diukir seperti pintu.

1960

2015 Pintu disebelah kanan ruang legar ditukar kepada pintu jenis kaca. Pintu ditukar kerana pintu sebelumnya sudah rosak dan uzur. Pada fasa ini juga, pembukaan diantara ruang legar dan ruang kubur Tuan Tulis dipagar serta dikunci. Hal demikian kerana berlaku perbuatan khurafat dan syirik dalam kalangan masyarakat kampung dan juga luar.

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

51


Masjid ini memiliki komponen atap dengan pola dasar segi tiga dan disusun secara bertahap. Bentuk tersebut dikenali sebagai atap bersusun tumpang. Jumlah susunan atap terdiri daripada tiga tahap dan tahap terakhir di sokong oleh Tiang Seri.

Rajah 4.58: Gaya asal tampak hadapan masjid (Sumber: Safri et. al., 2016)

Rajah 4.59: Gaya asal tampak belakang masjid (Sumber: Safri et. al., 2016)

Rajah 4.60: Gaya asal tampak hadapan makan (Sumber: Safri et. al., 2016)

52 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Rajah 4.61: Lukisan asal pelan bumbung masjid (Sumber: Safri et. al., 2016)

Kerangka bumbung utama adalah di bahagian ruang solat utama yang berbentuk bumbung meru yang mempunyai tiga lapisan tingkat. Menurut Hj. Idris, lapisan tiga tingkat tersebut membawa maksud tiga ilmu yang penting dalam Islam iaitu Usuludin, Feqah dan Tasawwuf.

Terdiri daripada empat batang tiang seri, empat tiang gantung dan satu tunjuk langit menyokong struktur kerangka bumbung utama bumbung meru tersebut.

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

53


Tiang Seri Empat tiang asas masjid yang dibina adalah daripada jenis kayu Penak. Tiang seri di Masjid Kariah Tuan Tulis Ismail tidak mempunyai ukiran seperti masjid kajian kes di Masjid Lama Kampung Parit Istana yang mempuyai ukiran bercirikan pola pemidang, sebaliknya Tiang Seri di Masjid Kariah Tuan Tulis Ismail ini diketam terlebih dahulu sehingga permukaannya menjadi licin. Rajah 4.63: Butiran tiang seri (Sumber: Safri et. al., 2016)

Tiang Sokongan Terdapat 16 tiang sokongan tersebut sebagai tiang yang menyokong beban lantai dan bumbung di ruang mihrab dan ruang solat utama.

Rajah 4.62: Tiang utama yang dipanggil tiang seri (Sumber: Safri et. al., 2016)

Masjid tersebut menpunyai beberapa tiang jenis tiang kayu tempatan yang diperbuat daripada kayu ponak iaitu 4 batang tiang seri (soko guru) berukuran 8�x 8�. Pada bahagian tengah tiang, bentuknya adalah berbentuk hexagon (lapan bucu) sehingga ke penghujungnya disambung dengan tunjuk langit.

54 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan

Rajah 4.64: Butiran tiang sokongan (Sumber: Safri et. al., 2016)


Tiang Gantung dan Buah Buton Terdapat 5 tiang gantung di masjid ini, dan kelima- lima tiang gantung ini mempunyai buah buton yang berbeza motif. Keunikkan tiang ini adalah setiap penghujungnya terdapat buah buton yang menghiasi pandangan dalam masjid.

Tiang pada bahagian tengah merupakan tiang tunjuk langit yang mencapai sehingga ke mahkota bumbung masjid. Antara fungsi tiang gantung adalah untuk menggantung lampu gasolin selain daripada menjadi hiasan dalaman masjid.

Rajah 4.66: Lukisan butiran dan kedudukan Buah Buton (Sumber: Safri et. al., 2016) Rajah 4.65: Perspektif dalaman masjid menunjukan Tiang Gantung dan Buah Buton (Sumber: Safri et. al., 2016)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

55


Tunjuk Langit

Mimbar

Menurut Ahmad (2015), nama tunjuk langit diberikan oleh masyarakat Melayu dan ia sentiasa mengarah ke langit. Ia juga membawa maksud yang simbolik sebagaimana unsur ‘pinnacle’ atau tunjuk langit yang terdapat pada seni bina Gothik dan difahamkan bersifat menegak keatas atau mengarah ke langit, sebagai simbol tuhan itu berada ‘diatas’ di langit tinggi dalam budaya Kristian. Unsur tunjuk langit dalam budaya Melayu sentiasa mengingatkan bangsa Melayu akan kewujudan Tuhan. Tunjuk langit adalah sebagai simbol mewakili seisi dalam masjid iaitu sebesar dan secantik mana pun masjid yang di bina dengan keindahan kayu ukirannya, ia tetap menunjuk ke langit bagi memperlihatkan sifat kecil diri, berdisplin, dan tunduk patuh kepada kuasa yang lebih besar iaitu Allah yang Maha Esa.

Mimbar Masjid Kariah Tuan Tulis Ismail mempunyai ukiran motif bunga yang ringkas dan ornamennya adalah dalam repitisi. Jenis motif yang digunakan pada bahagian papan cantik ialah lisplang gigi baling. Dinding mimbar pula menggunakan motif jala–jala. Atap mimbar pula dalam bentuk piramid dan dihujungnya menjunjung keatas dengan mahkotanya bermotifkan alam. Bentuk yang dilihat dari atas mahkota mimbar ini berbentuk motif bintang– bintang. Lantai mimbar ditinggikan daripada lantai ruang solat. Tangga mimbar ditambah setelah lantai asal masjid ini diturunkan.

Rajah 4.67: Butiran Tunjuk Langit Masjid Tuan Tulis (Sumber: Safri et. al., 2016)

Rajah 4.68: Butiran Mimbar Masjid Tuan Tulis (Sumber: Safri et. al., 2016)

56 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Rajah 4.69: Lukisan isometrik masjid kajian (Sumber: Safri et. al., 2016)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

57


Rajah 4.70: Masjid Kariah Kampung Parit pada tahun 2015 (Sumber: Razali et. al., 2016) 58 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


MASJID KARIAH KAMPUNG PARIT Masjid Kariah Kampung Parit merupakan masjid yang tertua di daerah Kuala Pilah yang usianya hampir mencecah 111 tahun. Lebih dikenali dengan gelaran Masjid Ranjau Hantu oleh penduduk Kampung Parit kerana terdapat suatu kisah yang berlaku di kawasan masjid sebelum ianya dibina. Berdasarkan temubual bersama penduduk tempatan dan Dato’ Paduka Prof. Rosli, terdapat hantu yang tinggal di kawasan masjid ini dan telah mengganggu ketenteraman penduduk setempat. Oleh itu, kawasan masjid ini telah menjadi tempat pembuangan hantu. Beberapa penduduk tempatan telah cuba untuk menebang pokok-pokok di kawasan ini untuk mendirikan masjid, namun tidak berjaya. Akhirnya mereka berjaya mengusir hantu tersebut dengan pertolongan Tok Gaung yang berasal dari Raub, Pahang. Tok Gaung telah membuat satu perangkap yang diperbuat daripada kayu tajam, dipasang secara tegak ke atas yang di panggil ranjau. Hantu tersebut berjaya diperangkapkan ke dalam ranjau tersebut lalu diikat, dipasung dan dibuang ke Hulu Melang. Maka, dari situlah masjid kajian ini mendapat gelaran Ranjau Hantu.

Rajah 4.71: Masjid Ranjau Hantu (Masjid Kariah Kampung Parit), Kuala Pilah (Sumber: Razali et. al., 2016) Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

59


PROFIL MASJID LOKASI Kampung Parit, Kuala Pilah, Negeri Sembilan TAHUN SIAP DIBINA 1909 TUKANG Tukang Hashim dan tukang Mat Ismail. KELUASAN 68.02 sq. m. (732.20 sq. ft) BILANGAN JEMAAH

Rajah 4.72: Pelan lokasi Masjid Kariah Kampung Parit (Sumber: Razali et. al., 2016)

Anggaran 250 orang (terkini)

Pemilik tanah kawasan masjid pada asalnya dimiliki oleh empat orang penduduk setempat yang mempunyai talian persaudaraan. Mereka ialah Puan Zanodah Husin, Puan Zaiton Husin, Puan Kamariah Husin dan Zahawiyah Alwi. Selepas itu, mereka telah membuat keputusan untuk mewakafkan sedikit demi sedikit tanah milik mereka untuk pembinaan Masjid Kariah Kampung Parit. Kemudiannya pada tanggal 26 Mei 1916, tanah masjid tersebut telah diwartakan kepada Majlis Agama Islam.

Rajah 4.73: Zahawiyah Alwi, antara pemilik tapak kawasan masjid (Sumber: Razali et. al., 2016)

60 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Rajah 4.74: Pelan tapak masjid sebelum tahun 1977 (Sumber: Razali et. al., 2016)

Orientasi Masjid Kariah Kampung Parit ini berkedudukan menghadap ke arah kiblat. Kawasan tapak masjid ini terletak di kawasan tanah lapang dan bersebelahan dengan tanah rizab sungai yang dahulunya menjadi jalan pengangkutan utama kepada penduduk setempat. Di samping itu, Sungai Muar juga merupakan tempat para jemaah mengambil wudu’. Kawasan tanah rizab sungai pada dahulunya berbonggol–bonggol dan tidak rata disebabkan kenderaan berat seperti lori yang pernah melalui kawasan tersebut. Oleh itu, penduduk setempat telah menambak semula kawasan tersebut dengan tanah yang lain. Penambahbaikan jalan raya utama menjadikan kedudukan masjid ini strategik kepada para jemaah yang menggunakan jalan tersebut.

Rajah 4.75: Pandangan atas Masjid Kariah Kampung Parit (Sumber: Razali et. al., 2016) Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

61


Rajah 4.76: Lukisan asal pelan lantai masjid (Sumber: Razali et. al., 2016)

Pada zaman dahulu sebelum masjid kajian dibina, tapak kawasan kajian ini dipenuhi dengan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan, yang kemudiannya ditebang untuk membina Masjid Ranjau Hantu. Selain itu, penggunaan indoor plant memberikan suasana yang kondusif serta dapat menyegarkan sesuatu ruang di dalam masjid. Contohnya, pokok lidah buaya yang di tanam di dalam pasu kemudian disusun sepanjang bilik air serta beberapa ruang di kawasan masjid kajian.

Rajah 4.77: Lukisan asal pelan bumbung masjid (Sumber: Razali et. al., 2016)

Landskap yang menghiasi kawasan sekitar masjid ini memberikan teduhan kepada para Jemaah. Antara jenis pokok yang di tanam di kawasan kajian ialah pokok jenis doa atau lebih dikenali sebagai bucida monileti yang tumbuh merimbun dengan daunnya berbentuk kecil, bertingkat–tingkat, tahan cuaca panas serta mudah di jaga. Penanaman pokok renek jenis lain di sekitar kawasan masjid kajian memberikan panorama yang sangat cantik.

62 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Rajah 4.78: Pemilihan pokok Bucida Monileti memberikan suasana yang redup kepada kawasan Masjid Ranjau Hantu (Sumber: Razali et. al., 2016) Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

63


Gaya reka tampak hadapan masjid ranjau hantu adalah simentri yang mana ianya dapat dilihat dari tampak hadapan iaitu pintu masuk utama. Selain itu, kedudukan bumbung dan serambi masjid ini adalah dalam keadaan yang simetri.

Rajah 4.79: Gaya asal tampak hadapan masjid (Sumber: Razali et. al., 2016)

Gaya reka tampak belakang masjid ranjau hantu juga adalah simetri. Ditambah pula bumbung berbentuk piramid pada ruang mihrab yang menjadikan ruang tersebut sebagai pusat tumpuan apabila berada didalam masjid.

Rajah 4.80: Gaya asal tampak belakang masjid Sumber: Razali et. al., 2016)

64 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Rajah 4.81: Reka bentuk masjid pada masa kini (Sumber: Razali et. al., 2016)

Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1977, 1992, 2004 dan 2015. Sebelum ini, bilangan ahli jemaah adalah seramai 50 orang dan kini sudah mencapai seramai 250 orang. Menurut Pengerusi Masjid, Encik Mohd Taib Bin Saleh yang telah menjawat jawatan ahli jawatan kuasa masjid sejak tahun 1980, masjid kajian ini mengalami pembaharuan dan penambahan yang ketara pada tahun 90-an. Rajah 4.82: Pelan masjid kajian pada tahun 2016 (Sumber: Razali et. al., 2016) Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

65


Rajah 4.83: Gaya asal tampak sisi masjid (Sumber: Razali et. al., 2016) 66 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Tampak kanan dan kiri masjid ini mempunyai pandangan yang sama dimana ianya berulang seperti kedudukan tiang, serambi, serta bumbung. Lapisan bumbung yang atas disokong oleh 4 tiang kayu cengal serta mempunyai lekukan disetiap sisinya.

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

67


GARIS MASA PERUBAHAN MASJID

Masjid ini mula dibina secara bergotong -royong yang diketuai oleh beberapa tukang kayu. Keadaan masjid pada ketika itu diperbuat daripada kayu yang berlantaikan papan. Menurut tukang kayu, Zainuddin Ahmad, 60 tahun yang merupakan anak kepada Mat Ismail serta generasi yang kelima dalam pembinaan masjid kajian, Masjid Ranjau Hantu pernah diruntuhkan akibat berlakunya banjir besar dan kemudiannya dibina semula.

1909

1934 Masjid ini diruntuhkan semasa zaman pemerintahan British dimana pada ketika itu harga getah sedang menurun. Setelah itu, penduduk kampung bersepakat menyumbang dari segi kewangan supaya masjid itu dapat dibina semula. Tukang-tukang kayu juga menolong menyiapkan pembinaan masjid tersebut. Pada ketika itu, Sungai Muar yang terletak berdekatan dengan masjid digunakan sebagai tempat mengambil wuduk. Pelan asal masjid kajian adalah berbentuk simetri serta mempunyai 3 anak tangga di bahagian sisi, serta di pintu masuk masjid.

68 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Penambahan ruang baru iaitu serambi, bilik imam dan bilik akad nikah. Penambahan ruang serambi pada sisi kanan masjid berfungsi sebagai tempat mengaji. Selain itu, di bahagian depan ruang serambi masjid kajian telah diubahsuai menjadi bilik akad nikah yang berukuran 5m x 5m. Penambahan bilik imam pula terletak di bahagian sisi kiri bilik akad nikah untuk kegunaan imam menyimpan dokumen dan laporan tentang masjid kajian.

Rajah 4.85: Pembinaan Menara Masjid Ranjau Hantu (Sumber: Razali et. al., 2016)

1992

1977

Menerima penambahbaikan yang besar pada tahun 90-an iaitu pembinaan menara masjid (minaret) yang terdapat butiran menarik iaitu batu angin kerana ia diletakkan disekeliling menara, bilik imam dan kemudahan tandas lelaki serta tandas perempuan.

Rajah 4.84: Pertambahan serambi bagi menampung jumlah jemaah yang hadir pada satu masa (Sumber: Razali et. al., 2016)

Pada masa ini, penggunaan bahan jenis konkrit telah banyak digunakan dalam pembinaan.

69 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Masjid ini menerima penambahbaikan bumbung dimana atap genting itu ditukar kepada jenis ardex. Selain itu, penyediaan ruang mandi jenazah, stor, serta dapur memasak turut dibina bagi memenuhi keperluan penduduk setempat. Stor tempat penyimpanan barangan dibina dikawasan belakang masjid kajian. Juga terdapat dua dapur yang dibina dengan batu-bata mengadakan aktiviti gotong-royong.

2000

2004 Pejabat, bilik mesyuarat serta serambi telah dibina. Pejabat merupakan bilik pengerusi masjid yang menyimpan segala data masjid termasuk lukisan pengubahsuaian masjid. Manakala bilik mesyuarat pula adalah bilik yang dikhaskan untuk mengadakan mesyuarat.

Rajah 4.86: Keadaan Dapur Luar Yang Dibina Pada Tahun 2000 (Sumber: Razali et. al., 2016)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

70


Pembinaan dalam memperbesarkan kawasan masjid kajian ini seperti pembinaan kolah dan ruang bacaan. Menurut En. Mohd. Taib, pembinaan kolah adalah permintaan daripada penduduk setempat yang berfungsi sebagai tempat mengambil wuduk. Manakala, ruang bacaan berfungsi sebagai ruang membaca serta ruang santai.

2014

Rajah 4.88: Ruang tandas lelaki dan perempuan (Sumber: Razali et. al., 2016)

2015 Masjid kajian ini menerima penambaikan lagi pada tahun 2015 iaitu penambahbaikan tandas lelaki, tandas perempuan, serta pembaikan bumbung ardex kepada genting dan decking.

Rajah 4.87: Ruang Bilik Bacaan (Sumber: Razali et. al., 2016)

Tandas yang sebelum ini dibina pada tahun 1992 telah diperbesarkan dan menjadi tandas bagi lelaki, manakala tandas bagi Jemaah perempuan dibina baru bersebelahan dengan tempat wuduk Jemaah perempuan.

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

71


Masjid Ranjau Hantu ini mempunyai 57 batang tiang. Antara bahan tradisional yang digunakan dalam pembinaan masjid ini ialah kayu cengal dan kayu meranti yang amat kuat. Kayu cengal menjadi bahan utama dalam pembinaan masjid (4 tiang utama masjid kajian).

Rajah 4.90: Butiran dan isometrik tiang konkrit (Sumber: Razali et. al., 2016) Rajah 4.89: Butiran dan isometrik tiang utama (Sumber: Razali et. al., 2016)

Disebabkan penggunaan kayu menjadi bahan yang utama, masjid ini masih kukuh walaupun telah berusia lebih 100 tahun. Kayu dari jenis cengal yang di ambil sendiri oleh penduduk tempatan pada waktu dahulu di sekitar kawasan hutan berdekatan yang masih belum diterokai oleh manusia.Sebahagian lagi tiang ini menggunakan bahan dari konkrit. Masjid Ranjau Hantu mempunyai sistem kerangka alang yang berbeza berbanding dengan masjid yang lain iaitu menggunakan sistem apit yang merupakan satu keistimewaan pada kerangka bumbung masjid.

Rajah 4.91: Sistem Apit pada struktur bumbung (Sumber: Razali et. al., 2016)

72 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Kerangka bumbung yang bahagian atas di sokong oleh 4 tiang kayu jati yang mempunyai maksud tertentu. Penggunaan alang dan tiang mengikut garisan grid dapat mengukuhkan lagi pembinaan masjid yang berbentuk segi empat tepat atau piramid.

Rajah 4.92: Kerangka bumbung Masjid Ranjau Hantu yang dilihat dari pandangan isometrik (Sumber: Razali et. al., 2016)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

73


Antara jenis tanggam yang digunakan dalam pembinaan masjid kajian ini ialah: 1. Tanggam Bajang Tunggal

Tambahan lagi, saiz pahat yang akan digunakan hendaklah yang hampir dengan saiz lubang apabila menebuk lubang. Tanggam ini boleh dipasakkan dengan menembusi muka pemidang tegak dan putting untuk menguatkannya.

Tanggam bajang tunggal ini mempunyai satu pin pada hujung kayu yang pertama dan soket pada hujung kayu yang kedua. Ia merupakan tanggam siku yang paling kuat. Pin ini dibuat mengikut ekor punai. Curam pada tepi bajang biasanya dibuat mengikut kadar 1:6. Tanggam ini digunakan untuk pembinaan rangka kayu dan juga bagi tanggam pemidang.

2. Tanggam Pemidang Lubang Dan Putting Dalam pembinaan Masjid Kajian ini, penggunaan tanggam lubang dan putting digunakan untuk menyambung dua kayu yang besar yang memerlukan kekuatan seperti sambungan alang pendek pada kayu tumpu kasau. Kedua belah keping kayu yang akan disambungkan hendaklah sama tebal. Bahagian hujung pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak. Bahagian putting dikerat pada hujung pemidang lintang dan tebalnya ialah lebih kurang 1/3 daripada tebal kayu berkenaan. Lebar puting tidak sepatutnya melebihi 6 kali tebalnya. Lubang dibuatkan pada pemidang tegak mengikut saiz puting.

Rajah 4.93: Teknik tanggam lubang dan putting yang digunakan pada pembinaan dan penyambungan tebar layar (3) dan teknik tanggam pemidang dalam penyambungan tiang tergantung (4) (Sumber: Razali et. al., 2016)

74 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


3. Tanggam Sambung Lekap

4. Tanggam Kekang Penjuru

Tanggam sambung lekap merupakan tanggam yang mudah digunakan untuk menyambung dua batang kayu yang sama ukuran secara memanjang atau sambungan bersudut tepat. Ia sesuai digunakan untuk menyambung struktur yang tidak menangung beban yang berat. Pada hujung kedua-dua keping kayu dibuang separuh tebalnya dan dilekatkan sepanjang dua kali lebar kayu. Tanggam ini boleh dikukuhkan dengan bolt dan nat. Dalam pembinaan bangunan tradisional, ia banyak digunakan ntuk menyambung dua kayu yang pendek seperti alang, dan struktur sokongan dalam pembinaan bangunan.

Tanggam ini kadangkala digunakan sebagai ganti bagi tanggam lubang dan putting. Tanggam ini terdiri daripada dua bahagian pin dan cabang. Pin dan cabang ini dibuat dari 1/3 tebal kayu.

Rajah 4.95: Teknik tanggam kekang penjuru yang digunakan untuk menyambung alang bumbung dan tiang (Sumber: Razali et. al., 2016)

Rajah 4.94: Penggunaan tanggam lekap di bumbung anjung (Sumber: Razali et. al., 2016)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

75


Motif ukiran yang terdapat pada masjid kampung parit ialah pada tunjuk langit dan mahkota yang bermotifkan kelopak bunga teratai. Tunjuk langit adalah sebagai simbol mewakili seisi dalam masjid iaitu sebesar dan secantik mana pun masjid yang di bina dengan keindahan kayu ukirannya, ia tetap menunju ke langit bagi memperlihatkan sifat kecil diri, berdisplin, dan tunduk patuh kepada kuasa yang lebih besar iaitu Allah yang Maha Esa. Mahkota yang digunakan oleh masjid kajian ini bermotifkan flora iaitu kelopak bunga teratai yang diukir pada buah buton, di mana ia mempunyai ciri-ciri dan maksudnya yang tersendiri.

Rajah 4.96: Tunjuk Langit dan Mahkota Bumbung Masjid Kampung Parit, Kuala Pilah (Sumber: Razali et. al., 2016)

Menurut Nakula (Abdullan B. Mohamed), seluruh konsep ketuhanan dan kealaman orang Melayu diperlambangkan pada bunga teratai yang menjadi asas kepada segala lambang. Sekuntum bunga teratai mempunyai maksudnya yang dibahagi kepada dua, iaitu tangkainya yang melambangkan zat Tuhan dan kelopak teratai yang melambangkan makhluk. Bukan itu sahaja, bunga teratai membawa maksud kepada empat peringkat perjalanan menuju kepada Tuhan, iaitu tingkat Syariat, tingkat Tariqat, tingkat Haqiqat dan tingkat Ma’arifat. (Mohamed A. (1978). Bentuk-Bentuk Bangunan Masjid: Kunci Memahami Kebudayaan Melayu: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.) Rajah 4.97: Penjelasan untuk setiap maksud perjalanan menuju Tuhan yang dibahagikan kepada 4 peringkat. (Mohamed A. (1978). Bentuk-Bentuk Bangunan Masjid: Kunci Memahami Kebudayaan Melayu: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.) (Sumber: Razali et. al., 2016)

76 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Rajah 4.98: Kedudukan butiran seperti Mahkota Bumbung di Masjid Kampung Parit, Kuala Pilah (Sumber: Razali et. al., 2016)

Rajah 4.99: Tunjuk Langit dan Mahkota Bumbung Masjid Kampung Parit, Kuala Pilah (Sumber: Razali et. al., 2016)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

77


Dari segi pengudaraan pula, terdapat kekisi kayu disetiap sisi bumbung ditambah pula pintu yang membolehkan pengudaraan yang baik dapat memasuki masjid tersebut. Penggunaan bumbung meru bertingkat tiga juga turut membantu menyejukkan masjid ini. Selain itu, pengudaraan terjadi apabila adanya ruang udara pada kekisi kayu yang membolehkan sirkulasi udara didalam dan luar masjid yang dikenali sebagai proses ‘stack effect’.

Disebabkan iklim khaltulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun, faktor taburan hujan perlu diambil kira dalam pembinaan bangunan. Oleh itu, bumbung masjid ranjau hantu telah dibina condong bagi membolehkan air hujan mengalir. Binaan dari batu bata, kayu serta simen membantu jangka hayat masjid ini untuk bertahan dengan lebih lama.

Rajah 4.100: Keratan Masjid Ranjau Hantu Dalam Aliran Udara (Sumber: Razali et. al., 2016)

78 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Rajah 4.101: Lukisan isometrik masjid kajian (Sumber: Razali et. al., 2016)

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

79


EPILOG Epilog yang dapat disimpulkan dalam bab yang terakhir ini ialah tentang kupasan yang dibuat dalam proses-proses pendekatan metodologi yang dilaksanakan dalam seni bina pada setiap masjid yang terdapat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Diharap setiap kupasan yang dibuat sedikit sebanyak dapat memelihara atau menjaga warisan seni bina masjid di Kuala Pilah dan dapat merealisasikan cita-cita dalam memelihara khazanah bangsa untuk generasi akan datang. Selain itu, seni bina merupakan salah satu cara dalam menunjukkan dan memahami suatu budaya, etnik dan adat di sesuatu tempat, dan ianya juga sebagai satu tanda dan lambang sesuatu yang tersirat dan tersurat, termasuk seni bina masjid yang dibina sejak berabad lalu. Melalui kajian yang telah dibuat melalui ketiga-tiga masjid tersebut, kita dapat melihat perbezaan dari segi struktur pembinaan dan ukiran Seni bina masjid ini agak berbeza dengan masjid lama di Negeri Sembilan, hal ini kerana pembinaan Masjid Kariah Kampung Tengah pada tahun 1927 dipengaruhi oleh seni bina masjid Melaka dan mempunyai pengaruh senibina Nusantara terutamanya pada bentuk bumbung masjid. Ianya berbeza dengan seni bina pada Masjid Kariah Kamoung Parit di mana masjid ini menunjukkan seni bina yang banyak berasaskan pada maksud tersirat dan tersurat, seperti empat tiang yang memberi maksud empat sahabat Nabi

Muhammad S.A.W. yang merupakan tiang utama dalam masjid itu. Manakala, Masjid Tuan Tulis mengalami perubahan dan penambahbaikan yang sedikit sebanyak telah menghilangkan keunikkan masjid tersebut. Walaubagaimana keunikan setiap ukiran masih dikekalkan di dalam masjid. Pengekalan ukiran dan ciri-ciri seni bina tempatan adalah untuk mencerminkan identiti senibina dan warisan tersendiri. Dengan menjaga dan memelihara warisan seni bina tempatan, kita dapat membentuk satu budaya yang melambangkan identiti seni bina Melayu di mata dunia. Selain itu, penulisan buku ini juga dapat memberi gambaran kepada masyarakat bahawa seni bina Melayu dan seni bina Islam dapat menunjukkan bahawa agama Islam telah lama berasimilasi dalam kehidupan orang melayu di Negeri Sembilan. Sekiranya warisan ini tidak dijaga, dikhuatiri masjid yang unik dan bersejarah ini akan terus usang ditelan zaman dan seterusnya dilupakan begitu sahaja.

80 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses penghasilan buku ini.

Kumpulan Masjid Tuan Tulis Ismail Saidatul Syuhadah binti Rusman Muhammad Azfar Hadri bin Safri Muhammad Na’im bin Mohd Faudzi

ORGANISASI Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) Universiti Teknologi Malaysia

Mohamad Mustaqim bin Mustafa Kamal Nurulain Nadhirah binti Kamal

PENYELIA Prof. Madya Dr. Raja Nafida binti Raja Shahminan

Kumpulan Masjid Kg. Parit

Dr. Ahmad Saifuddin bin Abdullah

Muhammad Nur Adam bin Yuraselan

Prof. Dr. Syed Ahmad Iskandar bin Syed Ariffin

Nurul Nadia binti Saiful Anuar

Muhammad Fawwaz Na’im Bin Razali

Muhammad Faizfitri bin Kamarudin PARA PELAJAR TAHUN DUA SARJANA MUDA SENI BINA, UTM SESI 2015/2016

Mohamad Amir Azrizal bin Jumain Nor Hasni binti Hassim

Kumpulan Masjid Kg. Tengah Abdul Rahman bin Ali Mohd Aizuddin bin Ramli Ng An Qi Ng Suat Ying Suraj a/l A Veeran

Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

81


RUJUKAN 1. Abdul Manaf, A. (2009). Masalah dan Cabaran Tanah Adat Minang di Dunia Melayu Malaysia dan Indonesia. Malaysia Journal of Society and Space 5 Issue 1 (69-78) 2. Ahmad, A. A. (2015). Ruang dalaman masjid Melayu tradisional Semenanjung Malaysia (Doctoral dissertation, University of Malaya). 3. Ahmad, A.Ghafar (1999). The architectural Styles of Mosque in Malaysia: from vernacular to modern structures. Proceedings of the Symposium on Mosque Architecture: The Historic and Urban Developments of Mosque Architecture. 31 Jan -3 Feb. King Saud University, Riyadh, Saudi Arabia. Vol. 2, 1999, ms. 147163. 4. Ali, A. R., Ramli, M. A., Ng, A. Q., Ng. S. Y., Veeran, S. (2016). Masjid Kampung Tengah. Unpublished measured drawing studies. KALAM. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia 5. Basri, F. (2002, August). Seni Bina Masjid di Malaysia. Jurnal Tasawwur Islam, 5, 64-68. 6. Endut, E. (1993). PRINCIPLES AND THE APPLICATION or TRADITIONAL CONCEPTS. (November). Retrieved from http://etheses.whiterose.ac.uk/14839/1/389486_vol1.pdf 7. Ismail, A. S. (2008). The Influence of Islamic Political Ideology on the Design of State Mosques in West Malaysia (1957-2003). Faculty of Built Environment and Engineering, Doctor of(September), 480. 8. Moore, W. K. (2004), Malaysia A Pictorial History 1400 - 2004, Penerbit Archipelago Press, Edisi Didier Millet, Kuala Lumpur 9. Nasution, I. N. (2018). Studi Bentuk Masjid Salman-ITB Bandung STUDI BENTUK ARSITEKTUR MASJID SALMAN-ITB , BANDUNG. (June 2009), 0–14. 10. Nasir, A.H. (1984). Masjid-masjid di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing 11. Razali, M. F. N., Yuraselan, M. N. A., Saiful Anuar, N. N., Kamarudin, M. F., Jumain, M. A. A., Hassim, N. H. (2016). Masjid Kampung Parit. Unpublished measured drawing studies. KALAM. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia 12. Rasdi, T. (2010), Warisan Seni Bina Islam Tradisional Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka S. Vlatseas. (1990). A history of Malaysian architecture. Singapore: Longman. 13. Rusman, S. S., Safri, M. A., Mohd Faudzi, M. N., Mustafa Kamal, M. M., Kamal, N. N. (2016). Masjid Tuan Tulis Ismail. Unpublished measured drawing studies. KALAM. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia 14. Safri, M. A., Rusman, S. S., Mohd Faudzi, M. N., Mustafa Kamal, M. M., Kamal, N. N. (2016). Masjid Tuan Tulis Ismail. Unpublished measured drawing studies. KALAM. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia 15. Saberi, A., Endut, E. H., Ahmad, S. Sh., Motamedi, S., & Kariminia, S. (2015). Users’ Perceptions of Different Genders about Calligraphic Woodcarving Ornamentation in Malaysian Mosques. Architecture Research, 5(2), 52–60. https://doi.org/10.5923/j.arch.20150502.02 16. Sciences, M. (2019). 4th International Conference on Rebuilding Place BIOPHILIC DESIGN AND PLANTS APPLICATION IN. 1–11

82 | Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan


SUMBER RAJAH 1. Rajah 1.1: Peta: Negeri Sembilan (n.d.). (March 3, 2020) retrieved from https://www.iconspng.com/ image/94798/negeri-sembilan-new-electoral-map 2. Rajah 1.2: Peta: Negeri Sembilan (n.d.). (March 3, 2020) retrieved from https://www.iconspng.com/ image/94798/negeri-sembilan-new-electoral-map 3. Rajah 1.3: Masjid tertua di Negeri Sembilan. (May 28, 2016) retrieved April 16, 2020, from https://www. hmetro.com.my/node/140960 4. Rajah 1.4: Kompleks Muzium Negeri. (October 26, 2018,) retrieved April 16, 2020, from https://klezcar.com/ blog/tempat-menarik-di-negeri-sembilan-wajib-anda-lawati/kompleks-muzium-negeri/ 5. Rajah 1.5: Masjid merah: Mai Singgah. (May 28, 2019). 54 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan (2019): Jom Bercuti Ke Negeri Beradat. Retrieved April, 2020, from https://www.maisinggah.com/tempat-menarikdi-negeri-sembilan/ 6. Rajah 2.1: Budi, B. S. (2018). A Study on the History and Development of the Javanese Mosque Part 1: A Review of Theories on the Origin of the Javanese Mosque A Study on the History and Development of the Javanese Mosque Part 1: A Review of Theories on the Origin of the Javanese Mosq. (February). https://doi. org/10.3130/jaabe.3.189 7. Rajah 2.2: Nakula (1982). Senibina Islam: aplikasi di Malaysia.kertas kerja international conference on Islam and technology.UTM 8. Rajah 2.3: M.Negara (1974). Seni Ukiran Kayu Tradisional Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Yau Seng Press 9. Rajah 2.4: MTIB (1990). M.T.I. Board. Beauty in Traditional Use of Timber. Kuala Lumpur 10. Rajah 2.5: MTIB (1990). M.T.I. Board. Beauty in Traditional Use of Timber. Kuala Lumpur 11. Rajah 3.1: Razali, M. F. N., Yuraselan, M. N. A., Saiful Anuar, N. N., Kamarudin, M. F., Jumain, M. A. A., Hassim, N. H. (2016). Masjid Kampung Parit. Unpublished measured drawing studies. KALAM. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia 12. Rajah 3.2, Rajah 4.1 - Rajah 4.42 : Ali, A. R., Ramli, M. A., Ng, A. Q., Ng. S. Y., Veeran, S. (2016). Masjid Kampung Tengah. Unpublished measured drawing studies. KALAM. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia 13. Rajah 4.43 - Rajah 4.69 : Safri, M. A., Rusman, S. S., Mohd Faudzi, M. N., Mustafa Kamal, M. M., Kamal, N. N. (2016). Masjid Tuan Tulis Ismail. Unpublished measured drawing studies. KALAM. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia 14. Rajah 4.70 - Rajah 4.101 : Razali, M. F. N., Yuraselan, M. N. A., Saiful Anuar, N. N., Kamarudin, M. F., Jumain, M. A. A., Hassim, N. H. (2016). Masjid Kampung Parit. Unpublished measured drawing studies. KALAM. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia Sejarah dan Warisan Seni Bina Masjid di Kuala Pilah Negeri Sembilan |

83



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.