1 minute read

Kenali Pakar Biodiversiti Anda

PROFESOR MADYA DR. JAMILAH BINTI MOHD SALIM@HALIM

Advertisement

POKOK BERUS BOTOL Pokok Gelam

Gelam atau nama saintifiknya Melaleuca cajuputi ialah tumbuhan yang boleh dijumpai di kawasan tanah lembap seperti tebing sungai atau kawasan di tepi laut. Gelam ialah tumbuhan yang tahan lasak. Ia boleh hidup di habitat kering (dryland) dan basah (wetland). Pokok gelam sangat unik kerana mempunyai kulit pokok yang mengelupas lantas ia dikenali sebagai pokok kayu kertas. Bunganya kecil dan memanjang menyebabkannya dipanggil "bottle brush plant" (pokok berus botol). Kulit pokok gelam digunakan untuk menutupi lubang-lubang di antara dinding kayu pada perahu tradisional bagi menghalang kemasukan air. Hutan gelam hanya boleh dijumpai di beberapa negeri di Malaysia seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Sabah, Negeri Sembilan dan Johor. Walau bagaimanapun, Terengganu mempunyai hutan gelam terbesar di Semenanjung Malaysia. Daripada segi sumber ekonomi, daun pokok gelam boleh menghasilkan minyak pati yang digunakan dalam minyak wangi. Bunga gelam menghasilkan nektar dan sesuai untuk aktiviti penternakan lebah madu. Ancaman hutan gelam yang utama ialah aktiviti tebus guna tanah yang mana hutan ini diteroka dan dijadikan sebagai kawasan pertanian atau pembangunan tanpa perancangan yang mampan.

This article is from: