E-Folio STKI

Page 1

MPU 23052:

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

PRINSIP SYARIAH

DALAM RAWATAN SURGERY

DISEMAK OLEH :

USTAZAH AS NUURIEN NAJMA

BINTI AHMAD

DISEDIAKAN OLEH:

SITI NIASARA BT LIZHARLI NURJIEHAN BINTI ZAINUDDIN

NUR SYAKILLA BINTI ABD

RAHMAN

NAJIEHAH BINTI NORISHAM

IZZAH BADRINA BINTI

THAJUDDIN

AHLI KUMPULAN AHLI KUMPULAN

SITI NI SITI NI (3 (3

NURJIEHAN BINTI ZAINUDDIN NURJIEHAN BINTI ZAINUDDIN (33DFO22F1010) (33DFO22F1010)

IZZAH BADRINA BINTI THAJUDDIN IZZAH BADRINA BINTI THAJUDDIN ( (33DFO22F1074) 33DFO22F1074)

NUR SYAKILLA BINTI ABD RAHMAN NUR SYAKILLA BINTI ABD RAHMAN (33DFO22F1019) (33DFO22F1019)

NAJIEHAH BINTI NORISHAM NAJIEHAH BINTI NORISHAM (33DFO22F1007) (33DFO22F1007)

Penghargaan Objektif pengenalan isi dan huraian kesimpulan

ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirahim,,, Alhamdullilah, bersyukur kami kehadrat ilahi kerana dengan

limpahan rahmat dan limpah rahmat yang dikurniakan olehNya, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Sekalung penghargaan ingin kami ucapkan kepada Ustazah As

Nuurien Najma Binti Ahmad kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya.

Jutaan terima kasih juga ingin kami ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberikan sokongan moral dan galakan sepanjang proses menyiapkan E-FOLIO

Tidak lupa juga, ucapan penghargaan ini kami tujukan kepada

rakan-rakan sekerja yang turut memberi peringatan dan sebagai pemudahcara. Mereka saling bantu-membantu

dengan menjawab setiap kemusykilan umum yang ahli kumpulan utarakan.

Akhir kata, kami ucapkan terima kasih kepada semua yang

terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang

pembikinan E-FOLIO ini. Terima kasih setinggi langit. Kami amat menghargainya.

OBJEKTIF

A. Inspirasi dan panduan

Kod etika professional telah mengelaskan pelbagai tingkahlaku yang patut diamalkan dalam sesebuah organisasi atau jabatan tersebut. Kod ini juga boleh dianggap sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih teratur dan lebih baik.Dengan panduan dan peraturan amalan-amalan kerja,kod etika boleh memandu dan mengingatkan ahliahli professional mengenai keputusan yang perlu diambil dan tingkahlaku yang sepatutnya apabila berada di dalam sesuatu keadaan.

B.

Kod-kod etika digunakan khususnya oleh badan-badan professional sebagai asasuntuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang aduan diterima. Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu dalam sesebuah organisasi atau jabatan. Selain itu ia juga dapat mengelakkan penggunaan maklumat-maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri sendiri.

C. Memelihara Maruah Profesyen

Kod-kod etika memberi satu gambaran kepada semua pihak tentang imej positif setiap profesyen kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi. Etika merupakan satu panduan kepada professional untuk membina, meningkatdan mempertahankan integriti, kejujuran dan maruah profesyen masing-masing. Ini secara umumnya, setiap kod etika professional menjelaskan bahawa setiapahlinya perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untukmeningkatkan kesejahteraan

manusia seluruhnya, jujur kepada diri sendiri,majikan, masyarakat dan pelanggannya serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dari semasa kesemasa

Pencegahan Dan Disiplin

D. Memelihara Keharmonian

Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkansepenuhnya supayakepentingan semua pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkandaripada berlakunya pertembungan diantara kepentingan diri dan kepentinganumum. Ini akhirnya menyebabkan pelbagai konflik dan rasatidak puashatidikalangan pihak yang berkaitan. Setiap ahli professional dalam bidang masing-masingperlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya

Pengenalan

Di ambang arus pemodenan ini, pelbagai isu semasa dibincangkan tidak hanya daripada perspektif agama malah melangkaui pelbagai disiplin ilmu Persoalan-persoalan yang timbul di dunia tanpa sempadan ini sangat berkait rapat dengan ilmu pengetahuan, perkembangan teknologi serta hukum Islam semasa. Dunia perubatan dan pergigian juga tidak lari daripada arus kemajuan teknologi dan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa selaras dengan kemajuan dunia perubatan Namun, perubahan yang berlaku mestilah seiring dan menepati prinsip-prinsip syarak, terutama dengan perkembangan pesat dunia perubatan Islam moden yang menitikberatkan prinsip maqasid syariah dalam rawatan pesakit beragama Islam.

Pelbagai isu berkaitan kepakaran pergigian turut dibincangkan dari sudut fiqh seperti hukum rawatan sumbing, pendakap gigi, orthognatic, gigi palsu dan sebagainya. Dalam kajian ini, pengkaji akan memfokuskan kepada hukum rawatan sumbing sama ada dibenarkan oleh syara’ atau sebaliknya. Bagi mendapatkan hasil kajian, penyelidik menggunakan metod kualitatif dan induktif dengan meneliti pandangan-pandangan ulama’ menerusi kitab-kitab fiqh dan fatwa-fatwa semasa. Sepanjang penelitian penyelidik, kajian terhadap prinsip fiqh dalan perancangan rawatan pergigian tidak pernah diterokai. Namun terdapat beberapa penulisan mengenai klef dan perubatan secara umum tanpa menyentuh prinsip-prinsip fiqh seperti kajian Ayu A et al (2003) yang hanya membincangkan second-hand smoke dan kesannya terhadap kandungan bayi yang berisiko menghadapi masalah klef Kajian-kajian lain pula lebih menjurus kepada masalah klef daripada segi perubatan.

Ketiadaan satu model prinsip fiqh yang khusus bagi rawatan kecacatan klef menyukarkan doktor dan pesakit yang terlibat untuk mengetahui hukum-hukum rawatan yang berkaitan. Berpandukan permasalahan yang wujud dalam pembentukan model prinsip fiqh, maka kajian ini akan membincangkan pandangan hukum Islam terhadap isu pesakit yang memerlukan rawatan untuk keadaan sumbing (klef) di bahagian orofasial. Isu- isu yang akan dibincangkan adalah konsep dan jenis rawatan pergigian, keperluan dan darurat pembedahan, hukum bagi isu yang dibangkitkan, serta fatwa-fatwa semasa yang berkaitan dengan rawatan pesakit yang memerlukan rawatan kepakaran khas. Kajian ini juga akan menjustifikasikan pendapat yang terpilih berkaitan dengan hukum-hukum rawatan pesakit klef khasnya menurut prinsip-prinsip fiqh atau qawaid

fiqhiyyah

Prinsip Syariah Dalam Kaedah Pembedahan Akibat Kecacatan Atau Untuk

Menghilangkan

Keaiban Pada Tubuh

PENDAHULUAN:

Mengubah ciptaan Allah adalah suatu perkara yang dilarang di dalam beberapa nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Walaupun begitu, terdapat keadaan yang memerlukan manusia untuk melakukannya. Tetapi ianya boleh mengubah ciptaan Allah melalui rawatanrawatan moden hanya boleh dilakukan jika menepati kaedah-kaedah Sharac yang tertentu sahaja.

Jabir bin Abdullah r.a. telah berkata:

telah menghantar seorang doktor kepada Ubay bin Ka‘b lalu doktor itu memotong satu uratnya dan meletakkan besi panas padanya.

Berdasarkan kepada riwayat ini, perbuatan mengubah ciptaan Allah kerana sesuatu keperluan adalah diharuskan Keperluan yang terkandung dalam riwayat di atas, ialah bagi menyelamatkan nyawa dan menghilang penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh pesakit

PEMBEDAHAN MENURUT SYARAK

Pembedahan yang dilakukan dengan tanpa sebarang sebab adalah suatu yang haram kerana ia adalah sesuatu yang memudharatkan dan termasuk dalam mengubah ciptaan Allah. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, ia diharuskan untuk sesuatu keperluan. Berdasarkan kepada dalil-dalil dan kaedah-kaedah syarak, ulama telah merumuskan syarat-syarat dan garis panduan bagi memastikan sesuatu pembedahan itu diharuskan. Syarat-syarat dan garis panduan tersebut ialah seperti berikut:

1. Pembedahan itu mestilah merupakan pembedahan yang mempunyai tujuan yang diakui Syarak Ini kerana jiwa dan anggota badan manusia adalah milik Allah Ta‘ala. Justeru manusia tidak boleh melakukan sesuatupun kepada anggota-anggota badannya kecuali setelah memastikan perkara itu diakui oleh Syarak. Pembedahan bagi sesuatu keperluan untuk menghilangkan kemudharatan adalah diharuskan

ﻪﻴﻠﻋهاﻮﻛﻢﺛﺎﻗﺮﻋﻪﻨﻣﻊﻄﻘﻓﺎﺒﻴﺒﻃﺐﻌﻛﻦﺑﻲﺑأﱃإﻢﻠﺳوﻪﻴﻠﻋُﱠﷲﲆﺻِﱠﷲلﻮﺳرﺚﻌﺑ Maksudnya: Rasulullah
s.a.w.

2. Pesakit memerlukan pembedahan dijalankan . Keperluan yang dimaksudkan di sini dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

a. Dharurat iaitu sekiranya tidak dilakukan pembedahan, pesakit akan mati atau kehilangan anggota badannya.

b. Hajat (keperluan) iaitu sekiranya tidak dilakukan pembedahan, pesakit akan mendapat mudharat seperti menanggung kesakitan. Sekiranya dharurat dan keperluan ini hilang, walaupun di saat-saat akhir sebelum waktu pembedahan, hukum pembedahan kembali kepada hukum asal iaitu tidak boleh dilakukan.

3. Pesakit mengizinkan pembedahan itu. Sekiranya pesakit berkelayakan memberi izin, keizinannya mestilah dipastikan telah diberikan terlebih dahulu sebelum sesuatu pembedahan dilakukan ke atasnya. Sekiranya dia tidak berkelayakan memberi izin, keizinan mestilah diberikan oleh walinya. Sebarang pembedahan tidak boleh dilakukan secara paksa tanpa mendapat keizinan dari pesakit . Namun begitu, jika sesuatu pembedahan itu jika tidak dilakukan boleh menyebabkan pesakit mati, maka dalam keadaan sebegini doktor tidak perlu untuk menunggu keizinan pesakit atau walinya untuk melakukan pembedahan. Ini kerana dalam keadaan ini, jika pesakit enggan melakukan pembedahan sehingga menyebabkan nyawanya terancam, pesakit tersebut dikira telah berdosa .

Walaubagaimanapun, keharusan ini sangat bergantung kepada hasil pembedahan tersebut. Jika pembedahan tersebut dijangkakan boleh menyelamatkan nyawa pesakit maka diharuskan. Tetapi jika hasil pembedahan tersebut tidak dapat dipastikan atau pembedahan tersebut tidak dapat menyelamatkan nyawa pesakit maka ia tidak diharuskan.

4. Kumpulan pembedah mesti terdiri daripada doktor dan pembantu yang berkelayakan.

Kelayakan yang dimaksudkan adalah merangkumi dua aspek:

a. Mempunyai ilmu yang mendalam berkaitan dengan pembedahan yang akan dijalankan.

b. Mempunyai kemampuan untuk melaksanakan pembedahan cara yang betul .

SYARAT PEMBEDAHAN YANG

DIBOLEHKAN DALAM ISLAM

Pesakit memerlukan pembedahan dijalankan . Keperluan yang

dimaksudkan di sini dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

a. Darurat iaitu sekiranya tidak dilakukan pembedahan, pesakit akan mati atau kehilangan anggota badannya.

b. Hajat (keperluan) iaitu sekiranya tidak dilakukan pembedahan, pesakit akan mendapat mudharat seperti menanggung kesakitan. Sekiranya darurat dan keperluan ini hilang, walaupun di saat-saat akhir sebelum waktu pembedahan, hukum pembedahan kembali kepada hukum asal iaitu tidak boleh dilakukan.

JENIS PEMBEDAHAN

Pembedahan plastik merupakan pembedahan dengan tujuan untuk perubatan dan pemulihan yang dibenarkan.Contoh,pembedahan untuk mulut yang sumbing atau pembedahan untuk menampal kulit yang melecur.Pemakaian gigi palsu dan sebagainya dibenarkan untuk tujuan menutup kecacatan.Pembedahan ini juga bertujuan yang kecantikan seperti memancungkan hidung,membesarkan mata dan sebagainya.

KEBURUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK

Kerosakan Saraf atau Rasa Sakit: Dalam sesetengah kes, saraf mungkin rosak atau terputus semasa prosedur pembedahan. Hasilnya lebih jelas, bagaimanapun, jika ia adalah saraf muka.

Apabila saraf tersebut cedera, hasilnya boleh menjadi ketidakupayaan untuk membuat ekspresi muka atau meleleh mata (ptosis) atau mulut.

Jangkitan: Semua pembedahan membawa risiko jangkitan. Penjagaan luka yang betul dan mencuci tangan yang kerap dapat meminimumkan atau mencegah jangkitan.

Hematoma: Hematoma adalah kumpulan darah di luar saluran darah. Hematoma boleh berkembang selepas pembedahan; ini biasanya menyebabkan kawasan menjadi bengkak dan lebam dalam penampilan, dengan saku darah di bawah Dalam sesetengah kes, ini adalah kecil, tetapi hematoma boleh cukup besar untuk menyebabkan sakit dan bahkan menurunkan aliran darah melalui kawasan tersebut. Dalam kes hematoma yang besar, pakar bedah boleh memilih untuk mengeluarkan beberapa darah yang dikumpulkan dengan alat picagari atau kaedah lain yang serupa.

Nekrosis: Tisu kematian boleh disebabkan oleh pembedahan atau oleh masalah yang timbul selepas prosedur Dalam kebanyakan kes, nekrosis adalah kecil atau tidak sepenuhnya, dan penyembuhan luka normal membuang mana-mana tisu mati dari kawasan incision

Pendarahan: Seperti mana-mana prosedur pembedahan, pendarahan boleh dan akan berlaku.

Perdarahan menjadi isu apabila berlebihan, atau berterusan selepas luka itu perlu sembuh.

Pendarahan selepas pembedahan boleh menjadi tanda bahawa pesakit terlalu aktif terlalu lama selepas prosedur.

Kematian: Setiap pembedahan mempunyai risiko kematian . Walaupun risiko itu mungkin kurang daripada satu peratus, mungkin kematian berlaku semasa pembedahan yang paling kecil Dalam banyak kes, ini disebabkan reaksi terhadap anestesia

Seroma: Seroma mirip dengan hematoma: ia adalah koleksi cecair limfa di sekitar tapak kecederaan. Dalam seroma, cecair yang jelas membina dalam poket berhampiran tapak pembedahan. Jika sejumlah besar cecair berkumpul, pakar bedah boleh memilih untuk mengurangkan poket dengan mengeluarkan cecair dengan jarum suntikan. Serum adalah perkara biasa dengan prosedur kosmetik yang lebih invasif, seperti tuck perut.

PEMBEDAHAN KOSMETIK

Berdasarkan kepada dalil-dalil dan perbincangan di kalangan ulama mengenai pembedahan, kajian ini seterusnya akan membicarakan mengenai pembedahan kosmetik. Pembedahan kosmetik biasanya dilakukan pada zaman sekarang untuk beberapa tujuan berikut:

Untuk merawat kecacatan anggota badan yang terjadi sejak kelahiran atau disebabkan oleh penyakit atau sesuatu kemalangan

Pembedahan Kosmetik Untuk Merawat Kecacatan Anggota Badan

Pembedahan kosmetik yang bertujuan merawat kecacatan anggota badan yang terjadi sejak kelahiran atau disebabkan oleh penyakit atau sesuatu kemalangan adalah diharuskan . Contoh pembedahan ini seperti

pembedahan menghilangkan sumbing di mulut, jari tangan atau kaki yang melekat di antara satu sama lain, pembedahan kulit yang terbakar dan seumpamanya. Keharusan ini adalah kerana kecacatan ini mengandungi kemudharatan dari sudut fizikal dan mental pesakit. Pesakit yang mengalami kecacatan anggota samada merasa kesakitan disebabkan kecacatannya atau terhalang dari mendapat manfaat dari anggotanya yang cacat. Kesemua sebab ini merupakan alasan yang kuat bagi mengharuskan pembedahan sebegini.

Hukum-hukum melakukan pembedahan plastik:

Hukum melakukan pembedahan plastik terbahagi kepada 3:

Wajib – Untuk menutup luka, membaiki bekas luka parah atau tampal kesan kulit terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.

Harus – Menyempurna atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota. Haram – Mengubah ciptaan Allah dengan sengaja. Contohnya, lelaki

melakukan pembedahan plastik untuk menjadi seperti perempuan.

1. 2.
3.

Pembedahan untuk mulut yang sumbing atau pembedahan untuk menampal kulit yang melecur.Pemakaian gigi palsu dan sebagainya dibenarkan untuk tujuan menutup kecacatan.Pembedahan ini juga bertujuan yang kecantikan seperti memancungkan hidung,membesarkan mata dan sebagainya

Kecacatan sejak dari lahir seperti sumbing bibir dan langitan, hipospadi (alat kelamin melengkung), hemangioma (kelainan pembuluh darah pada kulit)

Kecacatan akibat kemalangan atau kecederaan yang teruk seperti kulit terbakar, patah dan retak tulang

Kecacatan disebabkan infeksi ataupun penyakit yang menyebabkan pesakit mengalami penderitaan yang teruk

Pembedahan Kraniofasial dan pembedahan maksilofasial, bagi menangani kelainan bentuk kepala dan muka (patah tulang muka akibat kecelakaan) daripada yang normal.

Pembedahan mikro (seperti traumatik amputasi jari yang memerlukan penyambungan pembuluh darah).

Transeksual

Kesan kebaikan pembedahan plastik:

Mengembalikan semula fungsi anggota badan.

Membina semula anggota yang cacat

Memberi kesempurnaan fizikal mangsa.

Menghilangkan keaiban

Memberi keyakinan diri kepada mangsa.

Membantu mangsa ke arah hidup yang lebih sempurna

1. 2 3. 4 5. 6

KESIMPULAN KESIMPULAN

Hasil perbincangan dalam masalah ini dapatlah disimpulkan bahawa pembedahan plastik yang bertujuan bagi pemulihan semula adalah diharuskan, manakala pembedahan plastik yang bertujuan semata-mata untuk mengubah kejadian asal bagi tujuan kecantikan adalah haram dan hukumnya berdosa. Jadi isu ini sebenarnya tidak memerlukan kepada kajian yang mendalam dari segi Fiqh untuk menyelesaikan masalah ini. Yang penting adalah dapat membezakan tujuan dilakukan pembedahan ini sama ada tujuannya untuk sia-sia atau kesejahteraan ataupun suatu perkara keperluan atau kemudaratan Islam adalah satu agama yang tidak ketinggalan dalam menangani isu-isu semasa. Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, al-Quran tetap menyediakan ayatayat yang bersifat global yang hanya menunggu sedikit usaha daripada kalangan cendiakawan Islam merumuskan hukum kontemporari daripada ayat-ayatnya.

TERIMA TERIMA KASIH KASIH

Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.