23 Formula Urus Masa

Page 1

Mini Ebok ini adalah percuma. Anda boleh menggunakannya untuk apa-apa tujuan pun selagi benda tersebut tidak membawa masalah kepada pihak saya. Sebarkan sejauh mungkin. Cuma apa yang saya harapkan adalah anda memberi kredit ke atas informasi yang telah dikongsi kepada laman web ini. www.drinspirasi.com

www.drinspirasi.com


“Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.� 103:1-3

Masa merupakan komoditi yang penting pada kita. Masa yang ada pada setiap orang adalah sebanyak tempoh 24 jam. Tiada yang lebih tiada yang kurang. Namun begitu, masih ada orang yang merungut kerana mengatakan tidak cukup masa. Disini saya ingin berkongsi dengan anda 23 tips dan formula mengenai pengurusan masa. Mungkin sebahagiannya anda telah ketahui, tetapi tidak salah mengingatnya bukan? Bagi yang tidak, jadikan ini sebagai ilmu baru untuk diserap. Tips dan panduan ini bukanlah sesuatu yang kompleks untuk diamalkan, ianya ringkas dan murah. Ayuh kita mulakan.

www.drinspirasi.com

2


1. Kenalpasti beberapa aktiviti yang mencuri masa anda Ini dapat dilakukan dengan mengira masa yang anda peruntukkan untuk membuka email, membaca email, melayari internet, dan berborak telefon, berSMS. Selepas anda tahu berapa lama masa yang digunakan untuk aktiviti ini, selidik perkara tersebut adakah ianya bermanfaat. Saya percaya masa anda peruntukkan untuk aktiviti ini juga akan berkurangan. Tetapi jika anda seorang IM iaitu Internet Marketer tidak mengapa. Sememangnya internet merupakan salah satu punca pendapatan anda. Kes ini untuk orang yang suka menghabiskan masa mereka di internet saja-saja. ( Perkara ini juga pernah berlaku pada saya. Hampir 2-3 jam masa saya digunakan untuk melayari internet. Bayangkan jika anda dapat menjimatkan 1 jam daripada masa tersebut. Banyak dapat dilakukan. )

2. Mula meletakkan beberapa matlamat harian dan jangan baca berita Walaupun matlamat kecil, letakkannya juga. Contohnya memperuntukkan masa yang singkat sahaja untuk membaca email, membasuh baju , memasak air ataupun membaca surat khabar. Sekadar tambahan, ramai motivator berkata bahawa akhbar hari ini terlalu banyak mengandungi perkara negatif,. Bunuh, rogol, perang bagaikan perkara biasa. Jadi mereka kurang membacanya sebab tidak mahu perkara tersebut mempengaruhi minda mereka. Jadi tips yang dapat diambil adalah jangan membaca berita. Wah, ekstrem sungguh tips ini! “ Tetapi Saiful bagaimana saya hendak tahu apa yang terjadi di sekeliling. Nanti dikatakan katak di bawah tempurung pula.�

www.drinspirasi.com

3


Jangan risau, anda pasti mempunyai kawan yang busybody atau Facebook untuk berkongsikan cerita terkini kepada anda. Serahkan tanggungjawab tersebut kepada mereka.

3. Mula merancang jadual pengurusan masa anda Mula membuat jadual pengurusan anda. Dengan demikian anda akan tahu ke mana masa itu diperuntukkan. Mula melakukan dengan membuat jadual ringkas dan diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Contohnya seperti atas meja makan, ataupun di hadapan peti sejuk. Jadual adalah seperti jadual waktu belajar kita semasa kecil. Ingat lagi? Dulu masa belajar, kita mempunyai jadual waktu untuk setiap waktu pelajaran. Konsep yang sama boleh diaplikasikan terhadap aktiviti yang menjadi rutin dalam hidup anda. � Jika anda tidak merancang, sebenarnya anda merancang untuk gagal.�

4. Kenalpasti alat pengurusan masa yang berkesan pada anda Setiap orang mempunyai alat pengurusan berbeza yang berkesan pada mereka. Mungkin komputer, Smart Phone, ataupun diari anda sendiri. Setiap orang tidak sama dan mempunyai selera yang berbeza. Mungkin Smart Phone sesuai dengan anda jika anda seorang yang berkemampuan. Tetapi bagi saya, saya lebih suka menulis dalam diari mengenai aktiviti yang akan dilakukan. Agak tradisional sikit tetapi fleksibel. Anda boleh padam atau potong sahaja jika ingin mengubahnya. Guna sahaja buku hutang 555, murah lagipun.

www.drinspirasi.com

4


Kuasa 5 Minit Guna kuasa 5 minit untuk membantu anda. Contohnya seperti ingin mula membaca buku pelajaran? Tetapi di dalam diri terasa begitu malas untuk membuatnya. Apatah lagi ingin mengambil langkah pertama. Terasa begitu berat sekali.Hehehe..

Caranya adalah dengan mengatakan kepada diri bahawa anda hanya akan melakukan perkara itu selama 5 minit sahaja. Anda memberitahu diri bahawa anda akan memberi usaha terbaik yang boleh dalam masa 5 minit itu. Kemudian lakukannya. Saya percaya selepas 5 minit itu berlalu, anda pasti berasa sayang untuk berhenti kerana ketika itu momentum membaca sudah pun ada. Dan apa lagi, terus sahaja membaca, sehingga perasaan malas itu datang selepas sesuatu tempoh. Berdasarkan hukum Newton fizik, sesuatu yang bergerak akan kekal bergerak melainkan terdapat daya luar yang dikenakan kepadanya. Momentum anda akan terus bergerak melainkan ada sesuatu ‘daya’ lain yang menolaknya. Tips ini bukan saya yang cipta, sememangnya telah banyak dikongsi oleh ahli motivasi. Psikologi 5 minit.

www.drinspirasi.com

5


5. Gunakan PERINGATAN Gunakan Hp anda atau melakukannya pada kalendar online anda tarikh atau perkara penting yang perlu dilakukan. Ini mengelak anda daripada terlupa tarikh penting tersebut. Serahkan tugas mengingat kepada mereka.

6. Luangkan sedikit masa untuk melihat senarai perkara yang perlu dilakukan anda pada setiap pagi Untuk mengamal teknik ini, terlebih dahulu senaraikan perkara yang akan dilakukan sebelum itu. Seeloknya pada malam sebelumnya atau jika tiada masa anda boleh melakukannya

pada

awal

pagi

keesokkannya.

Kemudian

mula

meletakkan

kepentingannya mengikut turutan. Kemudian, mula melakukan perkara tersebut. Jadikan ini tabiat anda setiap hari. Tetapi sebelum itu, pastikan anda telah menulis senarai tersebut. Dalam semua tips urus masa, ini Antara tips kesukaan saya. Lakukan selama 21 hari supaya ianya menjadi tabiat anda. “Mula-mula anda membentuk tabiat, lama-kelamaan tabiat membentuk anda.�

7. Jangan membuang masa menunggu Banyak masa terbuang disebabkan menunggu. Contohnya ketika menunggu bas, temujanji dengan doktor. Peruntukkan masa tersebut melakukan perkara lain. Kata orang sambil menyelam, minum air. Masa tersebut boleh digunakan untuk melakukan aktiviti mudah lain. Contohnya, anda boleh memikirkan penyelesaiaan untuk masalah anda. Atau anda boleh melakukan senarai tugasan perkara yang perlu dilakukan pada esok hari.

www.drinspirasi.com

6


Saudara kita Fadzli Yusof, yang merupakan seorang motivator berjaya pernah berkongsi tentang pengalamannya dalam bukunya bagaimana beliau mendapat idea mengenai perniagaan motivasinya,Resepi Kejayaan ketika menunggu isterinya. Ataupun boleh sahaja membawa buku ke mana-mana. Buku yang berkaitan industri atau pengurusan diri. Jadi bila anda ada masa yang terluang, anda boleh membacanya.

Memberikan Janjitemu Yang Salah Semua manusia mempunyai tabiat tertentu. Apabila berjanji untuk bertemu, ada yang kebiasaanya akan datang awal. Ada juga yang datang lambat dan kebiasaannya lambat itu yang digemari orang. Ada sekadar lambat 10 minit, tetapi ada yang lebih teruk daripada itu iaitu 2 jam. Lambat seolah-olah budaya kita.

Seperti yang sering diperli, “Eh lambat ko datang, dah setengah jam baru nampak muka.Janji kul 8malam.Ni dah pukul 8.30 malam baru datang. Haish ko ni.� “Alah baisalah, janji Melayu,� sambil membalas senyum.

www.drinspirasi.com

7


Pernahkah anda mengalami keadaan seperti ini? Anda berjanji dengan kawan, tetapi dia datang lambat daripada sepatutnya. Tentu geram dibuatnya. Lebih-lebih lagi apabila sampai dengan membuat muka tidak bersalah. Masa anda terbuang begitu sahaja. Bagaimana untuk mengatasi masalah dengan individu yang mempunyai sikap begini. Jawapannya adalah untuk memberi janjitemu waktu yang ‘salah’. ‘Salah’ di sini adalah memberi maksud memberikan waktu janjitemu lebih awal daripada sebenarnya. Mungkin 15minit atau 30 minit daripada waktu sebenar pertemuan. Ini berdasarkan tabiat waktu lewatnya. Contohnya, andaikan anda ingin bertemu dengan kawan anda pada pukul 8 malam. Seperti yang diketahui, kawan anda itu merupakan seorang yangs sering lambat. Berdasarkan pengalaman anda, dirinya selalu datang setengah jam lewat. Jadi, apa kata berikan padanya janjitemu waktu yang ‘salah’ kepadanya. Kata kepadanya anda akan berjumpa dengan pada ukul 7.30malam. Apabila anda membuat perkara ini, pastikan anda tidak memberitahu kepadanya bahawa janjitemu waktu itu adalah tidak benar sebenarnya. Jadi, anda dan dia dapat bertemu pada tepat pukul 8 malam. Petua ini boleh sahaja diaplikasikan kepada sesiapa sahaja dan bukan kepada pasangan bercinta ya!

8. Pecahkan tugasan utama anda kepada beberapa tugasan kecil Tugasan besar memerlukan banyak langkah dalam menyelesaikannya. Namun begitu, sebaliknya untuk

tugasan kecil. Tugasan kecil hanya memerlukan sedikit langkah

ataupun selangkah sahaja. Dengan memecahkan matlamat besar anda kepada beberapa matlamat kecil. Dengan membuat demikian anda dapat memudahkan tugasan utama anda. Selain itu, ia dapat meningkatkan motivasi anda kerana kepuasan menyiapkan tugasan kecil tersebut.

www.drinspirasi.com

8


Contohnya matlama untuk mengecat rumah. Anda boleh memecahkannya kepada langkah kecil. Contohnya anda memperuntukkan masa untuk setiap hujung minggu mengecat sebahagian kecil rumah. Perkara ini dilakukan dan diulang beberapa kali untuk beberapa minggu.

9. Kenalpasti dan guna teknik keutamaan ABC Tips lain yang berkesan adalah teknik keutamaan ABC. A adalah tugasan penting yang menyumbang ke arah matlamat jangka panjang anda. Manakala B pula adalah menyumbang ke arah matlamat anda tetapi kurang penting. Tugasan C merupakan tugasan biasa dan kurang penting. Ianya dilakukan apabila anda mempunyai masa. Terlebih dahulu kenalpasti tugasan anda dan berikan huruf kepadanya. Kemudian, mulakan melakukan tugasan A dahulu diikuti B dan jika mempunyai masa yang berlebihan lakukan tugasan C pula.

10. Menilai tugasan berdasarkan kepentingan dan tempohnya Sesuatu tugasan perlu dinilai daripada tempoh dan kepentingannya. Kenal pasti tempoh untuk melakukannya dan keutama tugasan tersebut. Kemudian beri sepenuh perhatian pada tugasan tersebut. Kadang-kala ada tugasan yang penting tetapi memerlukan masa yang panjang. Begitu sebaliknya. Jadi di sini anda mesti tahu dalam mengenal pasti tugasan yang perlu diberi keutamaan berdasarkan dua faktor ini.

www.drinspirasi.com

9


Tugasan yang Mana?

Apakah yang akan anda lakukan jika anda kini mempunyai dua tugasan yang sama penting? Tugasan A dan B mempunyai 2 keberatan yang berbeza tetapi kedua-duanya penting. Contohnya, anda berasa berat untuk melakukan perkara A dan lebih gemar melakukan perkara B kerana kelihatan mudah bagi anda. Perkara yang mana yang akan menjadi keutamaan anda? Contohnya saya ambil keadaan sebagai seorang pelajar. Seorang pelajar perlu menyiapkan 2 ‘assignment’. Kedua-dua assignment adalah penting baginya, tetapi salah satu agak berat dan kurang menyenangkan baginya. Walau bagaimanapun, pelajar tersebut terpaksa melakukannya. Assignment mana yang perlu dibuat terlebih dahulu? Setiap orang mempunyai pendapatnya tersendiri. Disini saya kongsi pendapat mereka.

www.drinspirasi.com

10


Lakukan perkara yang mudah dahulu Mulakan membuat tugasan yang mudah dan menyenangkan bagi anda. Tujuannya adalah untuk mengwujudkan momentum bagi diri anda. Bak kata analogi mudah, sebagai ‘senaman ringan’ sebelum anda melakukan sesuatu yang lebih sukar. Lakukan perkara yang sukar dahulu Menurut Brian Tracy, beliau mencadangkan untuk memulakan hari dengan tugasan yang sukar atau yang anda kurang gemar melakukannya. Hal ini kerana pada awal hari anda masih lagi bertenaga dan mempunyai daya fokus yang lebih tinggi. Selain itu, anda masih mampu berfikir dengan lebih baik. Anda sangat memerlukan kedua-dua itu,apabila melakukan tugasan yang sukar. Kemudiannya teruskan denagn aktiviti yang digemari anda. Walaupun anda mungkin sudah penat, tetapi memandangkan anda membuat sesuatu yang digemari anda, maka ‘momentum’ anda pada itu tetap kekal. Bagi saya? Pengalaman saya, saya mengikut tips yang dikongsikan oleh Brian Tracy. Saya akan memulakan tugasan yang kurang digemari saya terlebih dahulu dan kemudiannya barulah ke tugasan yang kedua. Tips pertama kurang sesuai dengan diri saya, kerana saya merasakan sedikit ‘ malas’ apabila ingin melakukan tugasan yang lebih berat selepas melakukan tugasan yang senang. Membuatkan momentum saya menurun. Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat dan tahap psikologi yang berbeza. Kenali kekuatan dan kelemahan diri anda untuk mendapa manfaat keseluruhan.

www.drinspirasi.com

11


11. Usir perasaan negatif Kadangkala melakukan sesuatu tugasan memerlukan komitmen. Oleh itu, jangan biarkan emosi negatif hadir. Emosi sedih dan stres hanya akan melambatkan perjalanan tugasan anda. Tetapi jika ianya hadir, luangkan sedikit masa untuk mengenalpasti sebabnya. Cari alternatif supaya anda dapat membaiki puncanya.

12. Dengar atau baca buku motivasi Luangkan masa anda untuk membaca buku-buku motivasi dan mendengar CD motivasi. Ini dapat memberi anda teknik dan tips baru tentang pengurusan masa. Selain itu, ia dapat meningkatka kemahiran anda. Seperti mana yang dikatakan oleh Stephen Covey, “Sharpen your saw.� Dengan meningkatkan kemahiran anda, sesuatu masalah akan dapat diselasaikan dengan lebih pantas berbanding keadaan sebelumnya.

13. Pastikan kehidupan anda tersusun Tips ini mudah sahaja. Beli perabot atau laci yang dapat digunakan untuk mengisi barang penting anda. Contohnya seperti peralata tulis atau fail-fail pejabat. Letakkan ia di tempat anda bekerja sama ada di rumah atau di pejabat. Kajian menunjukkan, insan yang tersusun adalah insan yang meluangkan waktu yang sedikit sahaja untuk mencari, dan lebih banyak masa kepada tugasan yang telah ditetapkan. Kehidupan yang tersusun menjimatkan masa anda mencari.

www.drinspirasi.com

12


14. Kenalpasti perkara yang kerap menganggu anda Contohnya, kawan anda yang gemar berSMS dengan anda ataupun yang selalu mengajak anda keluar. Jika berfaedah tidak mengapa, tetapi jika sebaliknya sila ambil perhatian serius. Cari jalan. Dengan membuat demikian anda dapat mengelakkannya daripada berlaku. Facebook antara perkara yang mengganggu. Jadi jangan membukanya pada siang hari. Cuba peruntukkan seakdar 15 minit untuk berFacebook.

15. Tetapkan matlamat anda setiap minggu Matlamat dan keutamaan berubah setiap waktu. Apa yang penting pada hari ini, tidak semestinya penting pada hari esok. Jadi anda mesti peka dann sanggup mengubah matlamat anda berdasarkan perubahan ini. Nilaikan perkara yang penting dan beri tumpuan pada perkara tersebut.

16. Belajar untuk berkata TIDAK Kadang-kala akan ada sedikit gangguan ketika anda memberi fokus pada kerja anda. Jadi apa yang penting adalah berkata ‘tidak’ kepada perkara yang menganggu anda. Seperti kawan anda mengajak untuk pergi meonton wayang tetapi anda mempunyai tugasan yang perlu disiapkan esok. Oleh itu, tolak ia dengan cara yang terbaik. Jangan berkompromi sebab kelaknya anda juga akan rugi nanti.

www.drinspirasi.com

13


17. Mempunyai matlamat jangka panjang Benda ini wajib. Bukan untuk pengurusan masa tetapi untuk kebahagiaan dan kepuasan hidup. Denga adanya matlamat jangka panjang, ia dapat memastikan anda membentuk matlamat kecil anda. Seterusnya, pecahkam matlamat anda kepada matlamat yang lebih kecil supaya mudah diuruskan. Jika anda mempunyai kerja yang perlu dilakukan pada keesokaan hari, salah satu tips yang berkesan adalah tidur awal. Tidur awal membolehkan anda bangun awal pada kesokkan hari. Ini membolehkan kerja yang ingin dilakukan itu dapat dilakukan dengan lebih awal lagi. Tidur awal dan bangun awal untuk melakukan kerja adalah merupakan salah satu prinsip kejayaan. Banyak kerja dapat dilakukan jika anda bangun awal. Lebih-lebih lagi masa produktiviti manusia kebanyakkan berada dalam likungan ini.Percaya atau tidak,cuba lihat dan banding berapa banyak kerja yang anda dapat lakukan pada waktu pagi, tengahari dan malam. Didapati banyak kerja dapat dilakukan pada waktu pagi berbanding waktu yang lain. Jadi, tidurlah awal. Setkan jam anda dan bersedialah untuk hari yang baru. Selangkah ke arah dalam merealisasikan impian anda.

18. Jangan bertangguh Jika anda melihat sesuatu yang perlu dilakukan, lakukan perkara tersebut sekarang. Jangan berlengah. Berlengah hanya akan membuatkan perkara tersebut tidak diselesaikan dan bertambah banyak pada masa kan datang. Teruskan melakukan pada waktu tersebut dan jangan berhenti panjang untuk mengekalkan momentumnya. Seperti kata hukum Newton, “ Sesuatu benda akan kekal bergerak atau pegun selagi tiada daya dikenakan terhadapnya.�

www.drinspirasi.com

14


Di dalam buku 168 hours , penulis telah berkongsi tentang kisah seorang perempuan yang berjaya mengurus masanya.

Dia bukan sekadar mengurus masa bersama

keluarganya, tetapi mengurus syarikat yang bernilai jutaan ringgit. Apabila dikenalkan kepada Obama, Si pakcik Presiden Amerika Syarikat, Mr Obama itu sunggu terkejut. " Awak tidak tidur ke?" Persoalannya di sini, apakah rahsia si perempuan ini? Adakah dia tidak tidur dan terpaksa mengorban masa tidurnya? Apa pendapat anda?

Jawapnnya adalah, tidak. Dia tidur tetapi apa yang membezakannya dengan orang lain adalah dari sudut perspektif apabila melihat masa. Menurut penulis buku 168 hours, perspektif inilah yang membuatkan si nenek ini mampu mengurus masanya dengan begitu baik. Yap, perspektif jawapnnya untuk pengurusan masa. Bagi si nenek ini, masa begitu penting. Ops, bukan bermakna saya mengatakan kita tidak menghargai masa, tetapi apa yang dimaksudkan saya adalah dari sudut perspektif yang lain. Si nenek ini menghargai setiap minit yang ada. Ketika kita mungkin sedang berfikir sama ada untuk mandi atau tidak, si nenek ini terus mandi. Ketika itu kita telahpun membuang masa hampir 5-10 minit.

www.drinspirasi.com

15


Ketika mungkin kita berfikir sama ada untuk pergi bercuti atau tidak pada minggu ini, si nenek ini sudahpun membuat keputusan. Pabila kita akhirnya membuat keputusan sama untuk bercuti, si nenek ini telahpun siap untuk bertolak. 6 -12 jam ke hadapan, ataupun mungkin 2-3 hari ke hadapan. Lantas perkara inilah yang menyebabkan si nenek ini lebih maju daripada kita.

19. Pastikan meja anda bersih Meja yang bersih dan kurang gangguan akan meningkatkan kesan produktiviti dalam kerja anda. Ia tidak menyerabutkan minda anda dan menyenangkan pemandangan.

20. Jangan bazirkan masa anda pada telefon Panggilan telefon merupakan penyumbang pembaziran masa yang utama kepada kebanyakkan orang. Panggilan telefon kadang-kala menyebabkan satu panggilan berlarutan kepada beberapa jam. Jadi cuba kurang waktu tersebut. Hanya melakukan panggilan telefon kepada perkara yang perlu sahaja. Dan letakkan batas untuk setiap panggilan tersebut. Beritahu orang yang anda telefon bahawa anda membuat panggilan tersebut untuk seketika sahaja. Mulatkan panggilan anda seperti, “ Minta maaf, saya hanya ada beberapa minit untuk bercakap…” atau berkata ”Panggilan ini ringkas sahaja. Untuk memberitahu…”

www.drinspirasi.com

16


21. Kenalpasti masa efektif anda. Setiap orang mempunyai waktu efektif yang berlainan. Ada pada awal pagi dan ada yang sebelah petang. Oleh itu rancang masa tugasan anda pada tempat yang sepatutnya. Lakukan tugasan yang memerlukan fokus yang tinggi pada waktu efektif anda, manakala waktu yang kuarang efektif digunakan untuk perkara yang tidak terlalu memerlukan komitmen seperti makan tengahari atau sarapan. Berdasarkan kajian, kita mempunyai 2 jam emas. 2 jam emas ini lebih efektif daripada 8 jam membuat kerja bersama tugasan lain seperti FB, SMS dan lain-lain. 2 jam emas ini boleh dicipta. Caranya adalah memberikan keseluruhan fokus anda pada satu tugasan dan tidak akan membuka FB, email dan gangguan lain.

22. Beri kepada diri anda hadiah Untuk setiap tugasan yang diselesaikan, beri hadiah kepada diri anda. Hadiahnya tidak perlulah terlalu mahal Bergantung pada bajet anda dan bentuk tugasan anda. Mungkin anda boleh menghadiahkan diri anda makan KFC untuk tugasan yang berjaya disiapkan ataupun menonton televisyen rancangan kesukaan anda.

23. Berhentilah untuk berehat Seorang lelaki duduk di stesen metro di Washington DC dan mula bermain biola, ia adalah sebuah pagi yang dingin pada bulan Januari. Dia bermain enam helai Bach selama kira-kira 45 minit. Pada waktu itu, keadaan sangat ribuk, dianggarkan seramai 1,100 orang telah melalui stesen tersebut, kebanyakan mereka dalam perjalanan ke tempat kerja. Tiga minit berlalu, dan seorang lelaki dalam umur pertengahan menyedari ada seorang pemuzik sedang bermain biola. Jadi, dia memperlahankan langkahnya, dan berhenti selama beberapa saat, dan kemudian bergegas untuk memenuhi jadual. www.drinspirasi.com

17


Beberapa minit kemudian, pemain biola tersebut menerima dolarnya yang pertama: seorang wanita telah melemparkan wang ke dalam bekas biola tanpa berhenti, dan terus berjalan. Beberapa minit kemudian, seseorang lelaki telah bersandar pada dinding untuk mendengarnya, kemudian lelaki itu melihat jam tangannya dan mula berjalan semula. Jelas sekali beliau telah terlambat untuk ke tempat kerja. Orang yang paling banyak memberikan perhatian, adalah budak lelaki yang berusia 3 tahun. Ibunya yang memegang beliau, tergesa-gesa, tetapi kanak-kanak itu telah berhenti untuk melihat tukang biola. Akhirnya, ibunya terpaksa menarik dengan keras, dan kanakkanak itu terus berjalan, tetapi memalingkan mukanya sepanjang masa untuk melihat pemain biola tersebut. Tindakan ini telah diulangi oleh beberapa kanak-kanak yang lain. Semua ibu bapa, tanpa pengecualian, memaksa anak mereka untuk bergerak. Dalam masa 45 minit muzik dimainkan, hanya 6 orang yang berhenti dan tinggal buat sementara waktu. Kira-kira 20 orang memberinya wang, tetapi terus berjalan seperti biasa. Wang yang berjaya dikumpul, $32. Setelah beliau selesai bermain, suasana menjadi sunyi semula, tiada siapa yang perasan. Tiada siapa yang bertepuk tangan dan tidak ada sebarang pengiktirafan. Tetapi, tiada siapa yang tahu, pemain biola itu ialah Joshua Bell, salah seorang pemuzik yang paling berbakat di dunia. Dia baru sahaja memainkan salah satu muzik yang paling rumit yang pernah ditulis, menggunakan biola yang bernilai $ 3.5 juta dolar. Dua hari sebelum bermain di stesyen keretapi bawah tanah tersebut. Tiket untuk konsert Joshua Bell di teater Boston yang berharga $100 sekeping telah habis dijual. Ini adalah cerita sebenar. Joshua Bell telah menyamar dan bermain di stesen metro anjuran Washington Post sebagai sebahagian daripada eksperimen sosial tentang persepsi, rasa, dan keutamaan orang.

www.drinspirasi.com

18


Salah satu kesimpulan yang didapati dari pengalaman ini. Jika kita tidak mempunyai masa untuk berhenti dan mendengar salah satu daripada pemuzik terbaik di dunia yang sedang bermain muzik terbaik yang pernah ditulis, kemungkinan, berapa banyakkah perkara-perkara hebat lain yang telah kita terlepas?

Kata-kata akhir Apa yang penting mengenai tips dan panduan ini adalah mengimplementasinya. Seperti kata bijak pandai, “Sesuatu ilmu tiada gunanya kecuali kita melakukannya.� Jadi disini sebanyak 23 idea yang telah dikongsi, diharap dapat membantu anda. Ilmu ini tidak bernilai

tanpa

ada

tindakan

dilakukannya.

Jadi,

mari

kita

bersama-sama

mengimplementasinya walaupun sekadar 1 idea. Ilmu bukan kuasa, ia tidak mengubah hidup anda. Tindaka terhadap ilmu itu yang akan membuat anda berBEZA dengan orang lain. Bertindak sekarang!

www.drinspirasi.com

19


Penulis Terima kasih kerana membaca ebook percuma ini. Diharapkan ianya dapat membantu dan bertindak sebagai rujukan dalam mengurus masa anda. Alhamdulillah, sejak saya berkecimpung dalam penulisan blog ini kira-kira 5 tahun yang lalu, blog saya mula diterima ramai. Kini ianya mempunyai beberapa pembaca setia. Walaupun tidalah sehebat otai-otai blogger yang lain, tetapi bagi saya ianya percapaian yang cukup membanggakan. Kepada anda yang baru sahaja melayari laman web www.drinspirasi.com terima kasih dan selamat datang saya ucapkan.

Siapa saya?

Insan biasa yang dikenali sebagai Saiful Izzuan. Gambar di atas adalah sekitar 4-5 tahun lepas. Sekarang ini tidak sehandsome dahulu. Hehe. Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang motivasi dan kewangan. Menulis beberapa buku dalam skop motivasi. Saya memperolehi ijazah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Sains Aktuari. Membangun laman web ini sebagai hobi supaya dapat menjadi medan tempat perkenalan dan laman interaksi dalam memberi inspirasi kepada orang ramai. Informasi yang dikongsi juga berharap dapat memberi sinar kepada kehidupan dalam menjadi insan yang berjaya iaitu insan biasa yang berusaha secara luar biasa. Semoga pembaca dapat input yang berguna daripada laman web ini. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Selamat membaca. www.drinspirasi.com www.drinspirasi.com

20


Antara tulisan lain saya,

Apa Bakat Saya?

Merupakan karya pertama saya dalam bentuk fizikal dan diterbitkan oleh PTS. Berceritakan tentang kepentingan bakat. Terhasil apabila melihat dan mencari rahsia apakah yang membezakan orang biasa dan orang yang luar biasa. Apakah yang membuatkan mereka berjaya walaupun industri yang diceburi tidak sama. Contohnya seperti Chef Wan, Dato Fadzilah Kamsah, Dato Lee Chong Wei, Dato Nicol David. Bagaimana mereka boleh menjadi sebegitu berjaya?

www.drinspirasi.com

21


Rahsianya adalah bakat. Tetapi bakat bukanlah segalanya. Terdapat 4 proses yang perlu dilalui sebelum menjadi orang yang berjaya. Salah satunya adalah mengenal pasti bakat tersebut terlebih dahulu. Dapatkannya untuk mengetahui apa itu bakat dan seterusnya menyelongkar bakat terpendam anda. Alhamdulillah buku ini telah terjual sebanyak 5000 di pasaran sejak tahun 2010 lagi.

Menjadi Lebih Bertuah

Buku ini pula diilham pada tahun 2011. Berkongsi mengenai tuah secara saintifik. Saya dapati sebenarnya tuah boleh dicipta. Serius, lalu saya kongsikan di dalam bentuk tulisan yang turut diterbtkan oleh PTS. Dalam buku ini diceritakan bagaimana proses mencipta tuah. Secara umumnya terdapat 4 faktor yang ada pada tuah yang mengundang tuah ke dalam diri mereka. Jika anda merasakan diri malang dan ingin mnegubah tuah anda, dapatkan buku ini. Alhamdulillah, buku ini telah terjual sebanyak 3000 unit.

www.drinspirasi.com

22


Personaliti Cinta

Personaliti Cinta pula merupakan projek saya dalam penulisan ebook. Mula dipasarkan oleh Shuth Network. Ebook ini berkongsi tentang bagaimana mengetahui personaliti pasangan kita. Saya dapati bahawa masalah utama kepada pengtengkaran antara suami isteri adalah disebabkan kegagalan untuk memahami personaliti masing-masing. Dengan mengetahuinya, ia dapat membuatkan keharmonian rumah tangga wujud. Apa yang membezakan ebook ini dengan buku cinta yang lain adalah ia membawa pembaca untuk memahami ‘perangai’ pasangan. Ianya berdasarkan kajian santifik yang terbukti. Bukan sekadar memberi tips yang belum tentu sesuai dengan perangai seseorang. Masih lagi terjual sehingga sini. Boleh klik link dibawah untuk dapatkannya. o

Klik Sini

www.drinspirasi.com

23


97 Tips Pembentangan Memikat

Ebook ini merupakan penulisan pertama saya secara rasmi. Ditulis sekitar tahun 2009. Ianya adalah tips yang telah membentuk saya sehingga hari ini dalam memberikan pembentangan. Ianya adalah pengalaman yang dilalui dalam memberikan pembentangan yang berkesan. Bermula daripada seorang yang penakut, kemudian mengambil personal coaching dengan paakr pemidato sehinggalah mampu membentang dengan baik. Boleh klik link di bawah jika berminat untuk mendapatkan 97 Tips Pembentangan Memikat. 

Klik Sini

www.drinspirasi.com

24


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.