IKATAN

Page 2

Sambungan dari m/s 1... langit dan bumi mengutus dia kepada kita? Apakah yang Allah mahu kita dapat ataupun apa yang sewajarnya kita kejar daripada Ramadan? Kerana bulan murni ini akan pergi dan tiada jaminan kita berpeluang mendampinginya lagi. Taqwa. Demikian satu kalimah ringkas yang diajar Tuhan kepada kita sebagai destinasi untuk ditujui. Inilah inspirasi Ramadan yang sepatutnya dan selayaknya. Satu kembara memburu taqwa. Taqwa bukan omongan kosong.. malahan menuntut kepada bukti hidup dalam realiti. Persoalannya, bagaimana dan apa. Bagaimanakah hidup seorang yang bertaqwa? Apakah perubahan yang akan berlaku, bertitik-tolak daripada taqwa itu? Kehidupan kita sebagai hamba, sangat berkait dengan sejauh atau serapat mana hubungan kita dengan Allah. Teringat satu katakata dalam siri-siri pengajian yang panjang, ‘aku tahu hubungan aku baik

atau tidak dengan Allah, melihat kepada tindak balas keldaiku terhadapku’.

Sikap individu yang dekat dengan Allah, tidak akan sama dengan yang sebaliknya. Kerana sikap ini berupaya

menguba h orientasi kehidupan seorang hamba. Kalau dahulu, hidup berpandukan keseronokan, kini, keredaan Allah menjadi panduan. Jika sebelumnya, buta dengan agama sendiri, namun selepas Ramadan ini, tidak lagi. Senyampang pernah hati kita hitam, kerana maksiat, noda, dan dosa, justeru itu, sikap yang berubah menyebabkan kita rajin solat dan rindu kepada al Quran. Kerana Allah, adalah Rabb Al Muhaimin dan Rabb Al Ghaffar yang sama, sebelum, semasa, dan sesudah Ramadan. Perubahan sikap adalah satu tuntutan. Butiran air mata. Perlahan, butir-butir itu menitis membasahi pipi lantas turun ke bumi. Meski 1 Syawal juga menjadi saksi akan gugurnya air mata kita, namun sebabnya boleh jadi berbeza. Aidilfitri dunia Islam, tidak segamat yang kita sangkakan. Tidak semua nikmat serba baru. Tidak semua tempat menikmati keamanan. Tidak semua ahli keluarga turut serta. Ada yang sudah pulang dahulu menuju kekasih abadi kerana memperjuangkan akidah ini. Pernahkah kita terfikir, bagaimana sambutan 1 Syawal di negara-negara Islam yang sedang bergolak? Masih ada tanah-tanah umat ini yang terjajah. Menanti pembelaan dan bantuan.

1 Syawal tidak menjanjikan muncung senjata diturunkan. Sentiasa mereka dalam keadaan siap siaga dan bersedia. Gazza , Syria, dan lain-lain pemukiman umat Islam sentiasa kacau bilau dan tidak sentosa. Malah, kebejatan ini akan berterusan seandainya umat tidak kembali bersama. Tidak mahu memadukan tenaga dan menongkah arus pertempuran yang ada. Noktah ini yang sepatutnya kita genggam erat daripada Ramadan. Keutuhan hubungan dengan Pencipta, membawa kita ke puncak taqwa, melahirkan perubahan sikap, dan membuahkan amal bakti kepada Ilahi. Noktah ini akan melahirkan kesungguhan, jihad, dan ketamadunan. Sesuci Ramadhan. Sesuci itu juga, nilai persaudaraan kita sebenarnya. Aidilfitri datang dengan membawa seruan kembali kepada fitrah. Kembali kepada keadaan jiwa sebagaimana yang Tuhan itu mahukan. ٍ ‫َونَ ْف‬ ‫﴾ فَأَ ْ​ْلَ​َم َها فُ ُج َورَها َوتَ ْق َوىٰ َها‬٧﴿ ‫س َوَما َس َّوىٰ َها‬ ﴾١۰﴿ ‫اب َمن َد َّسٰى َها‬ َ ‫﴾ َوقَ ْد َخ‬٩﴿ ‫﴾ قَ ْد أَفْ لَ َح َمن َزَّكٰى َها‬٨﴿


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.