Nov– DIS 2013
SINgapore health
kesihatan
M3
Membesar dengan penyakit asma
FotoS: Morveh Koh
Oleh kerana orang dewasa tidak akan pulih sepenuhnya daripada penyakit asma yang dihidapi pada zaman kanak-kanak, mereka perlu lebih berwaspada untuk mencegah serangan
Dengan bantuan Puan Zainah Mahmood, seorang jururawat menunjukkan rawatan penyelamatan yang akan dilakukan apabila kakitangan poliklinik mengesan pesakit yang menunjukkan tanda-tanda sesak nafas. Oleh AJ leOw
p
uaN ZaINah Mahmood telah menghidapi penyakit asma sejak kecil lagi , tetapi tidak mengalami serangan asma sepanjang zaman dewasanya. pada tahun 1992, penyakit asmanya mula berubah setelah beliau menjalani radioterapi untuk barah payudaranya pada usia 40 tahun. “paru-paru saya terjejas kerana saya telah menjalani radioterapi di bahagian dada. Sebelum itu, saya tidak mengalami serangan asma selama hampir 20 tahun,” kata pesara berumur 60 tahun itu. Kini, jika ada perubahan pada alam persekitaran, ia boleh mencetus serangan asmanya. Dalam satu lawatannya ke timur tengah baru-baru ini, beliau telah diserang asma semasa ribut pasir melanda secara tiba-tiba. “Ia bermula dengan batuk lalu tekak berasa sakit dan perit. Kemudian saya mula berdehit,” kata beliau. pengalaman beliau mengetengahkan fakta yang kurang diketahui: penghidap asma harus sentiasa berjaga-jaga walaupun mereka mungkin kelihatan seperti telah pulih daripada penyakitnya apabila mereka meningkat dewasa. “Sebaik sahaja anda menghidapi penyakit asma, anda cenderung untuk mempunyainya sepanjang hidup anda,” kata Dr tan Ngiap Chuan, pengarah penyelidikan, poliklinik Singhealth. “gen anda tidak boleh berubah. apabila kanak-kanak berpenyakit asma meningkat usia, saluran pernafasan mereka menjadi lebih besar dan mereka juga akan kurang menghadapi gejala-gejala asma. tetapi, jika mereka terdedah kepada pencetus, penyakit asma mereka boleh kembali lagi.” penyakit asma boleh menjejas saluran pernafasan yang menghantar oksigen ke seluruh tubuh. Keradangan akan menyebabkan saluran udara di dalam paru-paru menjadi sempit dan berlendir, lalu menyebabkan saluran udara menjadi lebih tersumbat. akibatnya, pesakit itu akan menghadapi sesak nafas. penyempitan yang
berlaku di saluran pernafasan juga akan mengakibatkan dehitan. Kanak-kanak akan lebih terdedah, disebabkan saluran pernafasan mereka yang lebih kecil. hanya penyempitan yang sedikit pada saluran pernafasan kanakkanak akan menyebabkan tidak keselesaan. Manakala, orang dewasa akan mengalami penyempitan yang agak banyak sebelum mereka mengalami serangan yang teruk. Kanak-kanak yang menghidapi penyakit asma harus diperiksa oleh seorang doktor dari masa ke semasa, setiap tiga hingga enam bulan, walaupun mereka tidak menjalani sebarang rawatan secara tetap. Satu cara untuk mengesahkan penyakit asma adalah melalui ujian fungsi
paru-paru, dimana pesakit menghembus ke dalam mesin spirometer, yang membenarkan kakitangan perubatan untuk mengukur aliran udara dari dalam paru-paru. gejala-gejala lain termasuk hidung yang sensitif atau ekzema, satu keadaan kulit yang kering. Kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar kanak-kanak dengan ekzema turut menghidapi penyakit asma. Sesetengah pesakit turut mengalami mata yang berair dan gatal. penyakit ini mungkin ada unsur keturunan. Misalnya, ibu puan Zainah turut menghidapi penyakit asma.
“Jika seseorang mengalami serangan asma, dia akan berasa sesak nafas dan kurang sihat. Itulah, sebabnya mengapa kami ingin memulakan rawatan secepat mungkin untuk melegakan gejala-gejala yang sedang dialami pesakit,” kata Dr tan. “Sekurang-kurangnya, 70 peratus daripada pesakit kami dirawat dalam masa 15 minit.” Sebaik sahaja tanda-tanda serangan asma kelihatan reda, doktor akan memeriksa semula keadaan pesakit dan mengajar mereka mengenai penjagaan diri termasuk memberikan pelan ranBagaimana poliklinik cangan tindakan asma (lihat di bawah). mengendalikan asma Di bawah perancangan puan Zainah Jururawat-jururawat yang berpangka- bersama doktornya, dia perlu menyelan berdekatan pintu masuk poliklinik suaikan dos ubat penyedutnya dalam Singhealth akan memerhatikan pesakit satu tempoh yang singkat untuk menceyang menunjukkan tanda-tanda kes- gah serangan asma. Dia juga dinasihatesakan nafas. Mereka akan memer- kan supaya membawa alat penyedut iksa riwayat kesihatan pesakit dan jika pelega bersamanya. lazimnya, beliau pesakit mempunyai sejarah penyakit hanya mengambil ubat penyedut penceasma, pesakit itu akan dibawa segera gah setiap hari, apabila sihat. apake bilik rawatan, dimana jururawat bila berasa kurang sihat, beliau tahu yang dilatih khas akan memulakan bagaimana untuk meningkatkan dos rawatan penyelamatan. atau mengambil ubat steroid berdasarIni merupakan hasil program baru kan pelan. dimana para jururawat telah dilatih Jika gejala-gejala asmanya tidak reda untuk mendengar bunyi pernafasan di dalam beberapa hari, beliau diarahkan bahagian dada pesakit dan memulakan supaya berjumpa doktor dengan segera. rawatan dengan segera jika serangan “rancangan tindakan asma memberi asma telah dikesan secara klinikal. Ini saya kuasa untuk menjaga diri saya membenarkan mereka yang mengalami dengan lebih baik,” kata puan Zainah. serangan asma yang kritikal untuk diberikan bantuan dengan cepat kerana penyakit ini boleh berkemungkinan menganDr Tan Ngiap Chuan cam nyawa. turut perasan satu trend asma yang Sebelum program tersebut semakin meningkat dimulakan, para pesakit terpaksa berdi Singapura dan atur untuk berjumpa doktor sebelum beliau kini sedang rawatan diberikan. mengkaji sebabsebabnya.
Zon hijau
● tidak batuk ● tiada sesak dada ● tidak berdehit ● tiada sesak nafas ● tidak terbangun pada waktu malam pesakit baik dan boleh menjalankan aktiviti biasa hariannya. Bagaimanapun, sesetengah mungkin masih perlu untuk teruskan penggunaan ubat pengawal.
asma semakin meningkat
pelan tindakan asma
Ia menggunakan analogi lampu isyarat untuk menggambarkan betapa seriusnya gejala dan ubat yang mesti diambil pesakit di setiap tahap serangan asma, bermula dengan tahap hijau.
Zon kuning
● selsema ● Batuk berkahak ● nafas berdehit ● sesak nafas ● sesak dada ● terbangun pada waktu malam
pesakit harus mula menyesuaikan ubat sedutan menurut dos yang ditetapkan. Jika dia tidak berasa sedikit pulih setelah beberapa hari, dia harus berjumpa doktor.
Zon merah
● ubat-ubatan tidak membantu ● Pernafasan kuat dan cepat ● tidak boleh mengira dari satu hingga 10 dalam satu nafas ● asma menjadi semakin teruk dengan cepat ● tulang rusuk boleh dilihat apabila bernafas pesakit telah sampai ke tahap kecemasan. Dia mesti berjumpa doktor dengan segera. Jika perlu, hubungi ambulans di talian 995.
Sembilan poliklinik di bawah Kumpulan Singhealth merawat 2, 300 hing ga 2, 500 pesakit setiap bulan dan ia juga mengumpul data asma secara bulanan. trend asma didapati sedang meningkat di Singapura sejak beberapa tahun yang lalu dan “kami masih cuba untuk memahami mengapa ianya terjadi”, kata Dr tan. Mujurlah, hanya 9.3 peratus pesakit asma yang mengunjungi poliklinik memerlukan terapi penyelamatan, di mana pesakit diberikan ubat penyedut melalui alat istimewa yang dipang gil “spacer ”, iaitu membantu mereka menyedut ubat terus ke dalam paru-paru mereka.