KONSEP AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK

Page 1

KOD & KURSUS : DUA2022 PENGURUSAN DALAM ISLAM TAJUK : KONSEP AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK NAMA PENSYARAH : PUAN FATIN IZATI BINTI MOHD TAHER NAMA AHLI

NO PENDAFTARAN

MUHAMAD AMIRUL BIN JUMADI

20DAT18F2005

MOHAMAD IQMAL HAKIM BIN

20DAT18F2001

JAFERY MOHD YUSRI BIN YUS

20DPM18F2023

MOHAMAD ASHRAF BIN ZAABA

20DPM18F2005

AMIRUL ASYRAAF BIN ISHAK

20DPM18F2009


KONSEP AKIDAH PENGERTIAN AKIDAH

 Akidah berasal daripada perkataan Arab iaitu “aqada” yang bererti mengikat atau menyimpul.  Menurut Hasan al-Banna, akidah ialah hal yang berhubung dengan kepercayaan dan keyakinan dalam hati yang akan mendorong hati dan jiwa berasa tenang, tidak bimbang dan bersih daripada prasangka.  Akidah mampu melahirkan keyakinan yang kuat dan teguh dalam menghayati seluruh aspek kehidupan dan amal ibadat kepada Zat Yang Maha Berkuasa.  Akidah merupakan pokok dan di atasnya berdiri syariah Islam sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberi buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhan-Nya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. (Surah Ibrahim: 24 – 25)


Ilmu akidah juga dikenali dengan nama-nama berikut : I.

Ilmu Tauhid - Ilmu yang membicarakan tentang ketauhidan dan keyakinan

tentang keesaan Allah SWT II. Ilmu Usuluddin - Ilmu yang membicarakan tentang perkara-perkara asas

dalam agama iaitu keimanan kepada Allah SWT III. Ilmu Makrifat - Ilmu yang membahaskan tentang sifat-sifat Allah SWT IV. Ilmu Kalam - Ilmu yang mengandung himpunan berbagai-bagai pendapat

tentang kalam Allah SWT


KEPENTINGAN MENGENALI AKIDAH  Dapat memantapkan keimanan dan keyakinan di dalam hati tentang kewujudan Allah SWT  Dapat mengenal ajaran akidah yang salah seperti contoh ‘kumpulan Black Metal’  Menjaga iman supaya dapat selamat di dunia dan akhirat  Menjaga akidah daripada deserapi oleh ajaran yang menyeleweng seperti ajaran-ajaran sesat  Dapat menolak fahaman sesat dan kembali kepada pegangan yang sebenar berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah  Dapat mengakui tentang kekuasaan Allah SWT yang menciptakan alam ini  Dapat membezakan akidah yang benar dan yang salah

CIRI-CIRI AKIDAH DALAM ISLAM BENAR - percaya tentang kewujudan, keEsaan dan keKuasaan Allah SWT - mengamalkan kepercayaan mengikut al-Quran dan as-Sunnah - menTauhidkan Allah SWT

SALAH - menafikan tentang keEsaan dan keKuasaan Allah SWT - mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah - melakukan perbuatan yang mensyirikkan Allah SWT


KONSEP SYARIAH PENGERTIAN SYARIAH

Manusia mempunyai peraturan hidup ataupun undang-undang. Di dalam Islam, peraturan hidup ini dinamakan syariah yang meliputi peraturan hidup individu, masyarakat dan negara. Malah, peraturan ini mencakupi semua bidang kehidupan manusia seperti upacara keagamaan, moral, keluarga, sosial, ekonomi, kewarganegaraan, sistem kehakiman, undang-undang perang serta perdamaian dan hubungan antarabangsa. Sekarang mari kita memahami istilah syariah secara lebih mendalam.  Dari segi etimologi, syariah bermaksud pandangan dan jalan yang lurus. Ia juga berkongsi kata dasar dengan perkataan syur’at al-ma’ yang bererti tempat keluar air yang digunakan untuk minuman. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

… untuk setiap umat antara kamu, Kami berikan kamu aturan, yakni syariah atau jalan yang terang … (Surah al-Maidah: 48)  Dari segi istilah, syariah secara umumnya bermaksud segala perintah yang diwahyukan oleh Allah SWT ke atas manusia dari segi akidah, amaliyyah dan akhlak.  Dalam pengertian yang khusus, syariah merujuk kepada perintah Allah SWT dari segi amaliyyah sahaja. Aspek amaliyyah merujuk kepada amalan dan aktiviti zahir manusia dan syariah tidak melibatkan aspek akidah kerana akidah merujuk kepada pegangan dan kepercayaan hati manusia, manakala akhlak pula lebih merujuk kepada urusan pembersihan hati dan jiwa manusia.


UNSUR SYARIAH 1. IBADAT - aspek yang mengatur hubungan manusia dengan Allah SWT - contohnya ; solat lima waktu sehari semalam

2. MUNAKAHAT - aspek yang mengatur hubungan urusan kekeluargaan - contohnya ; perkahwinan , penceraian , hak penjagaan anak

3. JINAYAT - aspek yang mengatur tentang kesalahan, jenayah hukuman dan kaedah perbicaraan - contohnya ; hukum hakam Islam


4. MUAMALAT - aspek yang mengatur aktiviti kehidupan manusia dan hubungan sesama manusia dan alam sekitar - contohnya ; aktiviti yang mengeratkan silaturahim

KEISTIMEWAAN SYARIAH  Syariah Islamiah adalah syariah Rabbani iaitu ciptaan Allah SWT., Tuhan Semesta Alam. 

Syariah Islam menekankan bukan sahaja kebahagiaan dan keselamatan di dunia tetapi yang lebih penting lagi ialah kehidupan di akhirat.

 Ia mengatur kehidupan manusia daripada yang paling kecil hingga paling besar bagi memelihara kesejahteraan manusia. 

Undang-undang syariah juga bersepadu kerana ia mempunyai prinsip-prinsip perundangan yang mengatur urusan keduniaan dan keagamaan, tanpa batasan perkauman, warna kulit dan sebagainya.

 Syariah Islam juga sangat sesuai dan selaras dengan fitrah dan naluri manusia yang suci dan bersih.


KONSEP AKHLAK PENGERTIAN AKHLAK

 Ilmu akhlak ialah ilmu yang membahaskan tentang tatanilai, hukum-hukum atau prinsip-prinsip tertentu bagi mengenal pasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan.  Akhlak Islam pula didefinisikan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Allah SWT.  Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (alkhuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bererti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah: “Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia”. (Al-Qalam:4)  Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia, membina insaniyyah, membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada terjebak dengan pengaruh- pengaruh sifat negatif.


KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM Kedudukan akhlak dalam Islam boleh dilihat dalam beberapa aspek seperti berikut:  Kedudukan Akhlak yang sangat penting sebagai salah satu daripada tunjang Islam itu sendiri.  Akhlak boleh dianggap sebagai buah, pegangan akidah yang sahih dan kuat disertai dengan penghayatan amaliyyah yang komited akan menghasilkan buah yang manis dan harum, dan begitu juga sebaliknya.  Akhlak juga berkait rapat dengan aspek kejiwaan dan dalaman manusia. Aspek dalaman merupakan asas bagi penilaian manusia di sisi Allah SWT.  Pengutusan rasullullah SAW adalah bertujuan untuk menyebarkan tentang kehidupan yang berakhlak pada generasi-generasi seterusnya.

AKHLAK YANG DITUNTUT DALAM ISLAM 1. . Akhlak dengan Allah SWT dan Rasul-Nya - menumpukan sepenuhnya ketakwaan, keimanan, kepatuhan dan keikhlasan kepada Allah SWT dalam segenap aktiviti kehidupan. - Tuntutan mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya merupakan tuntutan yang asasi yang banyak ditekankan oleh al-Quran dan al-Hadith. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan tidak diperintahkan mereka itu (segala manusia) melainkan untuk beribadat kepada Allah dengan penuh keikhlasan bagi-Nya. (Surah al-Bayyinah: 5)


- Akhlak dengan Allah juga menuntut kita sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT. - Mensyukuri nikmat Allah ialah dengan cara mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

2.

Akhlak dengan Diri Sendiri - menuntut manusia menunaikan hak-hak dan tuntutan dirinya seperti yang ditetapkan oleh Allah SWT sama ada melalui peraturan syariahnya atau peraturan tabi’i kejadiannya sendiri dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.

3.

Akhlak dengan Manusia Lain - menuntut seseorang individu agar mempunyai perasaan dan bertingkah laku sewajarnya terhadap manusia lain berdasarkan kedudukan mereka. - Dalam hal ini manusia lain terdiri daripada beberapa peringkat seperti berikut: I.

Ibu Bapa

II. Tanggungan III. Kaum Kerabat IV. Jiran Tetangga V. Masyarakat VI. Alam Seluruhnya


i.

Akhlak dengan Ibu Bapa - Firman Allah SWT yang bermaksud: ‌ dan Allah telah wajibkan agar kamu tidak beribadat melainkan kepada- Nya dan dengan kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik ‌ (Surah al-Isra’ : 23)

ii. Akhlak dengan Tanggungan - Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka. (Surah al-Tahrim: 6) - Sabda Rasulullah SAW : Perintahlah anakmu sembahyang ketika berumur tujuh tahun, rotankan ketika berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka. (HR. Ahmad, Abu Daud dan Hakim)


iii. Akhlak dengan Kaum Kerabat - Firman Allah SWT yang bermaksud: Bukanlah kebaikan itu bahawa kamu menghadapkan mukamu ke arah timur atau barat tetapi kebaikan itu ialah sesiapa yang beriman dengan Allah, dan hari akhirat dan malaikat dan kitab dan nabi-nabi dan memberikan harta kepada yang dikasihinya daripada kaum kerabatnya dan anak-anak yatim. (Surah al-Baqarah: 177)

iv. Akhlak dengan Jiran Tetangga - Sabda Rasulullah SAW : Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan jirannya. (HR.Abu Hurairah) Tidak (sempurna) iman seseorang yang tidur dalam kekenyangan sedangkan jirannya dalam kelaparan. (HR Tabrani)


v. Akhlak dengan Masyarakat - Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Kami jadikan daripada lelaki dan perempuan dan Kami ciptakan berpuak-puak dan berkabilah supaya kamu dapat saling mengenali. (Surah al-Hujurat: 13)

vi. Akhlak dengan Alam Seluruhnya - Alam seluruhnya juga adalah hamba Allah yang sentiasa beribadat kepada-Nya. - Firman Allah SWT bermaksud: dan tiada sesuatupun (daripada isi langit dan bumi) melainkan semuanya bertasbih dan memuji Allah akan tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka. (Surah al-Isra’: 44)


- semua isi kandungan langit dan bumi hendaklah diperlakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan ihsan tanpa mendatangkan kemusnahan dan kerosakan. - Rasulullah s.a.w. diutus oleh Allah SWT untuk membawa rahmat ke seluruh alam, bukan khusus untuk manusia sahaja. Firman Allah SWT bermaksud: ‌ dan tidak Kami utuskan kamu melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. (Surah al-Anbiya’: 107)


Bersifat mutlak dan menyeluruh

Keseimbangan

Bersih dalam perlaksanaan Bersifat sederhana dan seimbang Mencakupi suruhan dan larangan

Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan

KEPENTINGAN AKHLAK DALAM ISLAM DAN PERIBADI MUSLIM  Akhlak mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hirarki tamadun umat manusia.  Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam sIstem hidup manusia.  Ini kerana nilai manusia itu pada hakikatnya terletak pada akhlak dirinya.  Terdapat dua sifat akhlak yang ada pada manusia iaitu :

Sifat Mahmudah

Sifat Mazmumah

Sabar

Tergesa - gesa

Syukur

Dengki

Jujur

Riak

Pemaaf

Takkabur


Menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan

Ilmu Pengetahuan

Ibadah yang kuat dan ikhlas

Keazaman yang tinggi Bergaul dengan orang yang baik akhlak


RUMUSAN  Islam adalah agama yang tidak dicipta oleh manusia sebaliknya ia adalah ciptaan Allah SWT semata-mata.  Islam, iman dan ihsan adalah tiga perkara yang amat penting dalam memahami Islam dengan jelas dan secara ilmiah.  Islam didirikan atas tiga asas yang penting iaitu akidah, syariah dan akhlak. 

Asas-asas Islam dapat menggambarkan betapa indah Islam untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

 Syariah adalah penting kerana kaya dengan nilai-nilai kemanusian yang tinggi dan dapat membantu perjalanan hidup anda yang penuh pancaroba.  Sumber-sumber ajaran Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah adalah termasuk dalam wahyu.  Islam memberi ruang dan kebebasan kepada manusia untuk berijtihad.


RUJUKAN  https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/konsep-akidah/  https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/syariah/  https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/akhlak/  https://medium.com/prism-circle/chapter-6-konsep-akhlak-dalam-islam-20 2c04e7bb20


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.