
1 minute read
Punca Pencemaran Bunyi
by Muhd Syahmee
PENCEMARAN BUNYI
Pada masa kini, terdapat banyak pencemaran alam telah berlaku di sekitar kita, salah satu pencemaran alam ialah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi ialah bunyi yang dihasilkan oleh mesin, haiwan atau manusia yang menganggu aktiviti atau keseimbangan dan keselesaan kehidupan manusia dan haiwan.
Advertisement
Kebanyakan pencemaran bunyi berpunca dari luar rumah iaitu berpunca dari sistem pengangkutan, termasuk sistem pengangkutan, termasuk system pengangkutan, bunyi kenderaan, bunyi helicopter dan bunyi kereta api. Dalam proses pembangunan industri juga boleh menyebabkan pencemaran bunyi. Sebagai contoh,bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera dan aktiviti pembuatan. Sumber lain bagi punca pencemaran bunyi ialah di kawasan petempatan iaitu penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan dan lain-lain.
Di kawasan petempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi adalah proses pembinaan yang menanamkan cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah untuk membina bangunan-bangunan yang tinggi.Kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising yang tidak selesa didengar oleh orang-orang di kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca utama yang menyumbangkan kepada pencemaran bunyi. Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen dengan suara yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi.