
5 minute read
Kesan Pencemaran Alam Sekitar
by Muhd Syahmee
2. KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Kesan Pencemaran Udara
Advertisement

Pencemaran udara kini telah menjadi semakin serius sehingga menyababkan berlakunya pemanasan global yang terjadi akibat pembakaran secara tebuka dan pelepasan asap kenderaan. Isu pemanasan global kerap kali diperdebatkan di peringkat dunia.Kita sering kalimelihat dan mendengar pelbagai berita mengenai isu pemanasan global dan kesanburuknya ke atas kehidupan manusia.Pemanasan global merupakan satu fenomenadi mana keadaan di permukaan bumi semakin bertambah panas.Hal ini terjadi kerana kandungan tinggi karbon dioksida dan kloroflorokarbon(CFC) yang tinggi diatmosfera. Bahan kimia CFC yang terkandung di dalam udara mampumenyebabkan lapisan bumi iaitu lapisan ozon semakin menipis. Hal ini menggalakkan penembusan sinaran matahari yang merbahaya seperti sinar UV.Kesannya manusia yang terdedah kepada cahaya ini boleh dijangkiti penyakit yangmerbahaya iaitu penyakit kanser kulit. Pemanasan global memberi impak kepadakehidupan manusia. Contohnya cuaca yang terlalu panas akan menjejaskantanaman dan mampu menyebabkan kematian haiwan ternakan. Hal ini telah menyebabkan kerugian yang amat besar kepada golongan petani dan peladang terutamanya. Pemanasan global juga boleh menyebabakan berlakunya bencana alam yang mampu meragut ratusan nyawa manusia. Contohnya, banjir besar yang sering melanda negara China dan dianggarkan beratus terkorban manakala beribulagi hilang tempat tinggal. Puncanya,apabila ais di kutub utara dan selatan semakin mencair maka paras air dunia mula meningkat lalu melimpahi dan mengelamkan pulau-pulau kecil. Sekiranya fenomena ini tidak dibendung maka tragedi 24disember 2004 akan berrulang kembali.


Selain itu, pencemaran udara juga dapat menyebabkan berlakunya jerebu.Hal ini kerana terdapat gas karbon monoksida, sulfur dioksida, dan nitrogen dioksida yang terlalu bnyak di uadara sehingga terjadinya jerebu. Oleh yang demikian jerebu ini amatlah berbahaya sehingga dapat memberi kesan kepada kesihatan manusia terutamanya golongan yang mempunyai penyakit asma,alahan,penyakit paru-paru,golongan ibu mengandung,golongan warga tua dan golongan kanakkanak.Selain itu, jerebu mampu menyekat kehidupan seharian manusia. Bagi mereka yang bekerja di luar bangunan, rutin harian kerja mereka akan terganggu. Ini menyebabkan mereka tidak dapatr menumpukan perhatian dan seterusnya menyebabkan produktiviti kerja mereka menurun. Bagi mereka yang gemar melakukan aktivi luar pula,keadaan cuaca yang berkabus dan udara yang kotor menyebabkan semua aktiviti mereka terpaksa dihentikan. Selain daripada itu hujan yang turun ketika jerebu boleh mendatangkan mudarat kepada manusia.Ini kerana air hujan tersebut telahpun bercampur dengan gas-gas yang membahaya dan terhasillah hujan asid .

KESAN PENCEMARA AIR
Kesan kepada kehidupan akuatik


Sisa toksik daripada industri yang dibuang menyebabkan sisa kimia berkumpul di laut dan sungai yang mengakibatka nilai Ph air berubah. Hal ini kerana sisa perindustrian sering mengandungi banyak sebatian toksik yang dapat menjejaskan kehidupan akautik dan makanannya. Yang paling nyata ialah racun serangga yang digunakan oleh para petani boleh menyebabkan kesan yang boleh membawa kepada kehilangan habitat kepada kehidupan akautik. Sebagai contohnya, perairan di Terengganu menyebabkan banyak kematian penyu ekoran daripada pembuangan sisa sisa domestik kedalam laut mennyebabkan penyu termakan sisa sisa itu.
Kesan kepada kesihatan manusia
Pencemaran air bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan akuatik malah ianya juga turut memberi kesan kepada kesihatan manusia.
Lantaran ini kerana kehidupan laut seperti ikan yang ada didalam laut merupakan sumber makanan kepada manusia. Oleh yang demikian, ini akan membawa mudarat kepada kesihatan manusia jika tidak diselesaikan contohnya seperti keracunan makanan dan pelbagai penyakit yang dapat membawa kepada maut

KESAN PENCEMARAN TANAH
P
encemaran tanah bermaksud perbuatan atau bencana semula jadi yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga kawasan tersebut telah bertukar warna,tidak subur atau berlakunya hakisan. Ia boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu dalam bentuk cecair atau pepejal. Kebanyakkan bahan pencemar ini adalah terdiri daripada organic dan kimia. Tahap pencemaran adalah serius apabila sesuatu kawasan tanah telah bertukar warna, tidak subur serta tumbuh tumbuhan dikawasan tersebut menjadi layu. Kebanyakkan tanah yang tercemar adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri. Sebagai contoh ialah perlombongan, penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat ke laut, pembuangan sampah sarap, sisa toksik dan kumbahan yang tidak terkawal.
Sampah sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang akan menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Haiwanhaiwan perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke tempat lain kedalam makanan. Hal ini akan, menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius sehingga boleh membawa maut.
Seterusnya, pencemaran tanah ini juga boleh menyebabkan terjadinya hakisan tanah. Hakisan tanah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di sekuruh dunia. Ia bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Antara aktiviti yang menyebabkan hakisan tanah adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila musim tengkujuh. Selain itu terdapat bnyak pembinaan rumah-rumah di tengah bukit yang akan menyebabkan tanah runtuh. Ekoran dengan itu pencemaran juga turut membunuh ekosistem di dalam tanah seperti cacing,


KESAN PENCEMARAN BUNYI
• Apabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung kesan-kesan kebisingan juga perlu dibincangkan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat. Kebisingan dikenal pasti meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kesan kebisingan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan biologikal dan psikologi serta kesan ke atas ekonomi. Kesan biologikal dan psikologi boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu gangguan komunikasi dan pendidikan, kesihatan dan habitaliti. Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah dari segi nilai harta benda.
• Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara langsung atau melalui telefon. Kebisingan juga boleh mengganggu ketenteraman mendengar radio, televisyen, waktu pembelajaran serta waktu rehat seseorang. Bunyi bising yang melampau juga boleh mengakibatkan kesan negatif kepada pendengaran.Kesan yang nyata adalah seperti pekak dan pengurangan keupayaan pendengaran. Rosen (dalam Mulholland, 1981) menyatakan bahawa bunyi bising boleh mengganggu pertumbuhan kanak-kanak misalnya kulit menjadi pucat,selaput lendir menjadi kering, usus kejang dan kerosakan buah pinggang.
• Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan terganggu, gangguan tidur dan pekerjaan. Bunyi bising selalu dikatakan sebagai suatu tekanan dalam kehidupan moden dan kemungkinan terjadinya sakit jiwa akibat bunyi bising. Walaupun bunyi bising mempengaruhi jiwa seseorang, tetapi amatlah sukar untuk kita meramalkan sifat dan tahap kesannya kerana setiap individu mempunyai sifat dan tahap penerimaan yang berbeza. Bunyi bising juga boleh memberi kesan kepada tahap kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan.Kerja-kerja yang memerlukan daya kreativiti, percakapan atau kerja-kerja rutin yang memerlukan kepantasan yang berterusan amat mudah dipengaruhi oleh bunyi bising dan seterusnya mengakibatkan terjadinya banyak kesilapan.


