
1 minute read
Logo TVET Negara: Konsep dan Maksud Warna
PENJENAMAAN TVET NEGARA

Advertisement
WARNA PUTIH Putih merupakan warna neutral yang melambangkan kesucian, ketulusan dan kejayaan yang tiada batas atau had. Adalah menjadi hasrat Negara untuk memperkasa TVET sebagai cabang kerjaya yang tiada terbatas dari sudut peluang kerjaya masa hadapan dan kemahiran hidup (life skills). Putih juga melambangkan kelestarian ilmu.
WARNA HITAM Hitam melambangkan kecerdasan, kejituan dan kekuatan. Membawa aspirasi negara maju, bakat TVET dibekalkan dengan ilmu serta kemahiran yang relevan dengan corak kerjaya masa depan.

WARNA PERIWINKLE
PENJENAMAAN TVET NEGARA
Periwinkle adalah gabungan warna biru dan ungu. Ianya melambangkan semangat perubahan atau transformasi. Dalam mendepani cabaran yang mendatang, TVET membawa misi dan harapan yang menjulang, khususnya sebagai wadah kemakmuran ekonomi Negara.
WARNA MERAH JAMBU Merah jambu melambangkan sifat ihsan, keikhlasan, kecanggihan dan cinta. Dinamisme TVET kini semakin luas dan mencakupi pelbagai bidang soft TVET dan hard TVET. Kemahiran holistik yang dibekalkan melalui program TVET mampu memberikan masa hadapan yang mampan kepada bakat TVET.
WARNA KUNING LEMON Kuning melambangkan kekuatan, dinamisme, kreativiti dan inovasi. Bidang TVET merupakan pemangkin kepada idea-idea baharu yang mampu membawa Malaysia ke persada antarabangsa. Kekuatan berasaskan ilmu dan inovasi menjadi nilai tambah yang dapat memberikan kekuatan dan aspirasi untuk Negara terus maju.
WARNA BIRU SENJA Biru melambangkan kecekapan kemahiran khususnya dalam bidang teknikal dan teknologi. Biru juga membawa konotasi profesionalisme yang tinggi serta kecekalan dan iltizam dalam ruang kerja dan tanggungjawab yang diberikan.