
1 minute read
Logo TVET Negara: Konsep dan Maksud

PENJENAMAAN TVET NEGARA
Advertisement
1
2
3
Reka bentuk logo TVET Negara dinamakan sebagai “TVET MEMPERKASA NEGARA” atau “TVET POWERING-UP THE NATION”. Logo ini direka berasaskan konsep kuasa tujahan dinamik sebuah enjin pesawat jet bersaluran tinggi. Konsep enjin pesawat kuasa tinggi ini diibaratkan sebagai punca kuasa tujahan yang diperlukan Negara bagi bergerak pantas menuju status negara maju yang diimpikan melalui kecemerlangan TVET.
Reka bentuk turbin kipas yang mempunyai pergerakan yang dinamik merupakan inspirasi utama bagi reka bentuk logo ini (Komponen 1). Lukisan tampak depan (front elevation) turbin kipas mewakili kuasa dan tenaga baharu TVET dalam memperkasakan Negara. Seterusnya, bilah kipas turbin (fin blades) melambangkan dinamisme ekosistem TVET negara yang terdiri daripada pelbagai Kementerian, agensi dan penyedia TVET yang bersatu bergerak ke arah mencapai misi dan visi TVET Negara.
Akronim TVET (Komponen 2) di tengah-tengah logo yang menggunakan muka taip moden dan futuristik melambangkan aspek keterhadapan TVET Negara selari dengan agenda Revolusi Perindustrian ke-4 (4IR).
Pemilihan warna bendera Malaysia menjadi inspirasi kepada skim warna logo ini. Namun, intensiti atau keamatan warna yang asal dipudarkan bagi melambangkan momentum kitaran kipas yang sentiasa berputar. Corak ini juga melambangkan kepelbagaian dan keunikan kursus dan program TVET yang tersedia - daripada kategori soft TVET ke hard TVET.
Perkataan MALAYSIA (Komponen 3) diperlihatkan dengan jelas dan yakin bagi melambangkan kesungguhan Kerajaan dalam memastikan TVET sentiasa mendapat perhatian yang diperlukan.