Preliminary blueprint bm

Page 141

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Bab 6 Transformasi Kementerian

5. Kesesakan Persepsi: Sekolah dua sesi adalah sesak Realiti: Kesesakan dilihat di kedua-dua sekolah dua sesi dan satu sesi, meskipun lebih meluas di sekolah dua sesi. Kira-kira 26% sekolah dua sesi mempunyai secara purata saiz kelas yang lebih besar daripada 35 murid berbanding 8% di sekolah satu sesi. Bagaimana pun, tidak dinafikan bahawa kesesakan berlaku di sekolah bandar yang lebih popular. Pada masa depan, Kementerian akan memastikan kesesakan sekolah ditangani dengan menambah bilangan bilik darjah dan kemudahan lain mengikut kesesuaian.

Kementerian juga telah mengenal pasti langkah-langkah yang boleh menjimatkan kos sehingga 70% untuk naik taraf projek. Sebagai contoh, bangunan fizikal masa kini mempunyai saiz yang standard dan dibina daripada konkrit, tanpa mengambilkira lokasi sekolah. Dengan membenarkan pihak sekolah dikawasan pendalaman memilih saiz sekolah mengikut keperluan mereka dan menggunakan barangan alternatif yang lebih tahan seperti komposit fiber, Kementerian dapat menjimatkan sehingga 88% kos bagi pembinaan bangunan fizikal. Kementerian berusaha menggabungkan bahan bangunan hijau dalam meningkatkan produktiviti sumber dan kecekapan kos bagi kemudahan infrastruktur dalam jangka masa panjang. Usaha untuk memperbaiki proses pengurusan projek dan memperoleh penjimatan kos memerlukan kesepaduan pangkalan data sedia ada bagi menyediakan keperluan infrastruktur yang bersepadu dan tepat pada masanya. Kebolehpercayaan data tentang bilangan dan keadaan kemudahan akan ditambah baik dengan menggerakkan pihak PPD mengaudit laporan daripada setiap sekolah tentang keadaan kemudahan di sekolah tersebut. Kementerian akan memastikan tahap optimum penyelenggaraan peralatan sekolah dan kemudahan sedia ada dengan menyediakan peruntukan tahunan sekolah bagi tujuan tersebut. Peruntukan ini akan diagih kepada JPN, PPD dan setiap sekolah dengan lebih kuasa dan kebertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.

Gelombang 2 (2016-2020): Melengkapkan sekolah untuk menyokong kurikulum yang dipertingkat dan penyampaian pedagogi Pada penghujung 2015, semua sekolah telah mendapat sekurangkurangnya infrastruktur asas yang memenuhi standard seperti yang dijelaskan dalam Gelombang 1. Tumpuan seterusnya adalah untuk memastikan semua sekolah diberi kelengkapan bagi menyokong kurikulum yang telah dipertingkatkan dan penyampaian pedagogi yang dibincangkan dalam Bab 4. Ini termasuk kemudahan dan peralatan yang berkaitan untuk menyokong pembelajaran murid seperti makmal sains dan bengkel kemahiran hidup serta ruang untuk aktiviti pendidikan Islam. Kementerian juga akan memastikan kemudahan baru ini mesra alam. Satu bidang yang diberikan tumpuan di peringkat ini ialah pelaburan dalam kemudahan ICT. Ini adalah kritikal bukan sahaja untuk memastikan murid celik ICT tetapi juga menyokong inovasi masa depan dalam pedagogi. Perkara ini akan diperincikan selanjutnya di bahagian dasar ICT dalam pendidikan. Kementerian juga akan mengkaji secara terperinci perubahan sekolah dua sesi kepada sekolah satu sesi. Dalam senario ini, keutamaan selalunya diberikan kepada usaha mengehadkan pendaftaran murid dan menambah bilangan bilik darjah di sekolah yang sama. Hanya sekiranya langkah ini tidak berjaya, maka Kementerian akan membina bangunan baharu. Semasa Gelombang 2, Kementerian juga mengkaji semula keperluan infrastruktur untuk kolej matrikulasi. Objektifnya ialah untuk menyediakan persekitaran kolej yang sesuai untuk menyokong pembelajaran di peringkat lepas menengah.

6-20


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.