Siapa Pelanggan Kita?Mengenali Profil & Selera Pelanggan Muzium & Galeri Tuanku Fauziah,USM

Page 25

25

iii.

Pola Lawatan

Majoriti responden memperolehi maklumat tentang MGTF dari perkhabaran mulut (27.0% untuk kakitangan USM dan 38.0% untuk masyarakat umum) dan poster/kain rentang/edaran brosur (39.0% untuk kakitangan USM dan 12.0% untuk masyarakat umum). Responden kakitangan USM juga mendapat maklumat dari internet (17.0%), akhbar dan majalah (7.0%) manakala segelintir kecil masyarakat umum mendapat maklumat dari program-program ‘outreach’ (8.0%). Tidak ramai yang memperolehi maklumat dari ejen pelancongan, tv & radio (Rujuk Rajah 13 & 14). 79.0% responden masyarakat umum berkunjung menerusi rombongan sekolah/ institusi dan bersama keluarga (12.0%), manakala 32.0% responden kakitangan USM berkunjung seorang diri, 14.0% bersama keluarga dan 31.0% bersama rombongan sekolah/institusi. 19.0% responden kakitangan USM berkunjung bersama rombongan pelancongan, dibandingkan dengan hanya 1.0% responden masyarakat luar (Rujuk Rajah 15 & 16).


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.