Euforia

Page 187

Wacana Wanita dalam Seni Rupa Malaysia

berpandukan falsafah ‘kolaj digital’nya, kedua-dua karya memaparkan parodi terhadap eksploitasi wanita sebagai imej-imej budaya massa. Wanita, sebagai ‘patung mainan yang sudah diterapkan kod-kod tertentu,’ dikawal atur oleh penulis/pencipta ‘khazanah-khazanah mitologi’. Selain menjinjing kritik serupa, karya Ismail Hanya Dinda Sajalah Untuk Kanda (1988) memindahkan kesalahan gejala ‘tenungan’ maskulin daripada khalayak kepada wanita. Bagi beliau impian wanita sendiri untuk menjadi bahan tontonan spectacle yang mengakibatkan mereka dilayan sebagai objek fetisisme. Menerusi Magic Mirror on The Wall…Free Me From the Poison of Your Gaze (1995) Hasnul menyangkal tanggapan bahawa ‘tenungan’ lelaki muncul semata-mata kerana sikap sumbang-laku mereka. Menggunakan cermin sebagai metafor, beliau mensabitkannya dengan kehendak wanita membondongi nafsu untuk kelihatan ‘jelita.’ Dengan sengaja menawarkan susuk sebagai bahan tontonan spectacle, bagaimana mungkin wanita merayu agar dibebaskan daripada racun ‘tenungan’? Pada hakikatnya, igauan tidak terkawal wanita terhadap kecantikan diri semata-mata demi membangkit berahi lelaki menjadi penyebab kepada pembentukan spectacle erotika. Dalam Smiling Van Gogh Smiling Gauguin Hasnul tidak cuma melakar parodi ke atas konsep keaslian seni moden. Antara kemungkinan makna di sebalik kepelbagaian pembacaannya, ia cuba menyorot pandangan kritikal terhadap fahaman bahawa kewanitaan adalah masquerade: wanita adalah simulasi buat memuaskan naluri ghairah lelaki. Wanita-wanita narkisistik merupakan alat-alat ‘fesyen’ untuk menghiasi arena spectacle of the grotesque peneraju-peneraju kuasa (baca: lelaki). Disiarkan di dalam katalog pameran solo Shia Yih Yiing, wOm(b), 24 April - 23 Mei 2004, Galeri Petronas

187


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.