LaPANGAN 22

Page 1

LAPANGAN Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

KUKUH DI DALAM, MANTAP DI LUAR   

Pemantapan SAHABAT MRA Misi ARAKAN diteruskan Palestin agenda teras MRA

LAPANGAN 22-2012


KUKUH DI DALAM, MANTAP DI LUAR Kesibukan dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana dan musibah diluar negara sama sekali tidak menyebabkan MRA lupa kepada mereka yang memerlukan di dalam negara. Bantuan yang diberikan oleh MRA sentiasa konsisten dan terpandu. MRA mempunyai program-program dalam negara yang pelbagai dan berjalan secara konsisten sejak sekian lama, yang digerakkan oleh beberapa sub-komiti khusus untuk menangani persoalan tersebut. Antara program MRA yang konsisten sejak penubuhannya ialah Program Pembangunan Komuniti Orang Asli. MRA setakat hari ini telah membangunkan dua buah dewan komuniti Orang Asli serta beroperasi di beberapa buah perkampungan Orang Asli di Selangor, Perak, Kedah dan Pahang. MRA menumpukan kepada program pembangunan komuniti Orang Asli seperti pendidikan, pertanian, kemahiran, kesihatan dan sosial. MRA turut bekerjasama dengan pelbagai agensi dan organisasi dalam mendekati masyarakat Orang Asli ini. Tidak ada jalan pintas dalam pembangunan komuniti Orang Asli selain daripada memahami, berkongsi dan menjiwai cara dan gaya hidup serta pemikiran mereka. Setelah mengenali mereka barulah kita boleh merancang keperluan yang bersesuaian dengan kemampuan mereka dalam membangunkan komuniti mereka sendiri. MRA turut terlibat aktif membantu komuniti Orang Kurang Upaya. Satu komiti telah ditubuhkan diperingkat MRA bagi menyelaras dan memantau keperluan yang boleh disalurkan melalui MRA kepada ahli-ahli komuniti ini yang memerlukan bantuan. Beberapa program latihan dan aktiviti bersama komuniti ini telah berjaya dilaksanakan dengan komitmen yang tinggi dari setiap yang hadir. MRA memberikan tumpuan yang lebih kepada komuniti ini kerana kami percaya bahawa jika diberikan sokongan, bantuan dan tunjukajar, komuniti ini boleh berdikari dan dapat membantu ahli-ahlinya dalam kehidupan seharian, tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Banyak lagi program dalam negara yang digerakkan oleh MRA seperti Program berterusan di Rumah Warga Emas di Bagan Serai, Perak yang digerakkan oleh MRA Perak, juga program menyantuni saudara baru yang mendapat sokongan dari beberapa organisasi berkaitan. Tidak lupa juga program bantuan kepada pelarian berbangsa Rohingya dari Arakan yang menjadi mangsa sejak sekian lam. MRA turut terlibat dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dikawasan yang memerlukan, setakat ini MRA telah terlibat dalam semua banjir besar negara seperti banjir utara 2010, banjir selatan 2011 dan banjir pantai timur yang baru sahaja melanda. MRA tidak lupa kepada rakyat Malaysia yang terus menerus menyokong kami. Kami ingin kelihatan mantap di luar negara tetapi terus kukuh terpahat di hati rakyat sendiri.

PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

SETIAUSAHA AGUNG

Dr. Mohd Daud Sulaiman

PEN. SUA

Hj. Shirajuddin Sirat

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PENGEMBANGAN En. Mohd Rezaidi Ishak

PENGARAH PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum

PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ

PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim

PENGARAH EKSEKUTIF

En. Mohd Shahrulazilan Said

PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

KOORDINATOR ROHINGYA MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif

En. Johari Kan Abdullah


Maklumat Perhubungan MALAYSIAN RELIEF AGENCY No 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur MALAYSIA

INFO KORPORAT Yayasan Malaysian Relief Agency (PPAB 20/2010) merupakan sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri, Malaysia. Sejak dari penubuhannya pada 2009, MRA telah membantu melalui progam bantuan kecemasan ke negaranegara yang ditimpa musibah, bencana alam, bencana buatan manusia dan program pembangunan komuniti dialam dan diluar negara

VISI Menjadi sebuah badan bantuan kemanusiaan yang efektif dan efisien dalam membantu mereka yang memerlukan

MISI Memastikan pengurusan bantuan yang cekap dengan mengaplikasikan nilai-nilai murni seperti profesionalisme, komitmen, kerjasama, tidak mementingkan diri, penyayang.

Tel: 60 3 2697 2007 Faks: 60 3 2692 2002 Emel: admin@mra.my Sawang: www.mra.my Facebook: malaysianreliefagency Twitter: malaysianrelief Youtube: malaysianrelief

Maklumat Perbankan MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365 Bank: Maybank Islamic Berhad Swift Code: MBBEMMYKL A/K No: 3988591608 Bank: Public Islamic Bank

MOTO Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

Membangunkan dan melatih kemahiran dalam aspek kerja-kerja kemanusiaan termasuk kemahiran teknikal, jaringan perhubungan, pengenal pastian masalah, penyediaan kertas kerja projek dan pelaksanaan, pencarian dana serta pengurusan. LAPANGAN 22-2


SAHABAT TERAS UTAMA MRA Malaysian Relief Agency (MRA) sentiasa menghargai sukarelawan yang datang membantu dalam setiap program yang dianjurkannya. Sehubungan dengan itu di MRA, kami menggelar sukarelawan kami sebagai SAHABAT., mengambil semangat dan berkat Sahabat Nabi SAW yang sentiasa ikhlas, bekerja tanpa lelah, gigih dan sentiasa berada disisi baginda waima apa pun sikonnya (situasi dan kondisi). Semangat inilah yang kami hendak terapkan, semangat inilah yang kami cuba suburkan didalam MRA.

Sokongan dan dokongan SAHABAT MRA yang tiada batasan pada umur, agama, kerjaya dan taraf pendidikan selama ini telah membawa MRA ke satu kedudukan yang agak baik walaupun belum begitu selesa lagi. MRA telah menjadi satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia bantuan kemanusiaan dan juga dikenali sebagai tapak bagi seseorang untuk terlibat dengan kerja-kerja kesukarelaan. Kami sedar lagi akur pada beberapa kekurangan dalam interaksi bersama SAHABAT sebelum ini, oleh itu beberapa usaha penambahbaikkan dan pembaharuan sedang dilakukan dengan giat dan teratur bagi memastikan SAHABAT MRA terus mantap dan berperanan. Seorang pegawai khusus telah ditugaskan untuk menjaga hal ehwal SAHABAT bagi memastikan ianya berjalan dengan baik.

Mempunyai SAHABAT yang ramai sahaja tidak mencukupi, SAHABAT ini mestilah dilatih dan diberikan maklumat dan pengetahuan, didedahkan kepada kemahiran dan peluang agar mereka dapat menjadi pekerja bantuan kemanusiaan yang terlatih dan berpengetahuan. Selain daripada penggandaan kepada program latihan dan interaksi bersama SAHABAT, kami juga akan mem Justeru itu, MRA telah siap merangka rancangan bagi perkenalkan program “Jam Pembabitan” atau “Credit memperkasa dan menambah ilmu kepada SAHABAT- Hours” bagi SAHABAT yang terlibat dalam misi bantuan SAHABATnya. Pelbagai program latihan dan pro- MRA, selain dari menghargai kehadiran SAHABAT ianya gram-program susulan akan diatur bagi memastikan juga dapat dijadikan sebagai penanda aras pembabitan setiap SAHABAT dapat berfungsi dan berperanan SAHABAT dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang mengikut kemampuan dan kemahiran masing-masing. akan dicatat didalam sekeping kertas transkrip yang boleh digunakan untuk menyatakan apakah kerja-kerja bantuan Sebagai teras utama MRA, SAHABAT merupakan kemanusiaan yang telah beliau lakukan, berapa lama dan antara elemen penting dalam menentukan jatuh bila ianya dilakukan. bangunnya organisasi bantuan kemanusiaan yang masih muda ini. Kami amat menghargai dan berbangga dengan SAHABAT MRA seperti anda, terima kasih. LAPANGAN 22-3


Cik Fauziah Tahar menerangkan mengenai bantuan MRA kepada pengunjung booth.

MRA turut serta dalam Program Pengurusan Banjir Bersepadu JPS MRA telah terlibat dalam Program Pengurusan Banjir Bersepadu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang telah diadakan di Pejabat JPS Ampang. Dalam program ini, MRA telah membuka booth pameran dan berkongsi mengenai perlaksanaan bantuan yang telah MRA berikan semasa banjir melanda. Alhamdulillah, MRA telah berpengalaman terlibat didalam program bantuan banjir didalam dan diluar negara. Di luar negara, MRA telah terlibat dengan bantuan banjir di Pakistan dan Thailand. Projek bantuan banjir MRA di Pakistan, khususnya di negeri Khyber Pakhtun Khwa masih berjalan sehingga ke hari ini, kami telah membangunkan 80 buah rumah bagi mangsa banjir disana serta ber puluh-puluh pam air untuk kegunaan di kawasan tersebut. Dalam banjir Bangkok, Thailand pula, MRA ber operasi selama 4 bulan, tidak hanya tertumpu kepada bantuan makanan dan minuman, kami memberikan bantuan teknikal dan pembaikan untuk alatan elektrik yang terendam dalam air banjir tempohari.

Banner yang memaparkan logo setiap organisasi yang turut serta dalam program ini Di dalam negara, MRA turut terlibat dalam Banjir Utara, Banjir Selatan dan juga Banjir Pantai Timur. Kaedah dan pendekatan MRA yang tidak bertindih dengan agensi dan organisasi lain memberikan kelebihan untuk MRA bergerak semasa banjir melanda. Modus operandi MRA yang fleksibel membolehkan kami bekerja dengan segenap lapisan masyarakat dimana sahaja bencana berlaku, kami akan lakukan yang terbaik semampu kami. LAPANGAN 22-4


Orang kuat Beit Atfal Assomoud

Kassim Aina

Kassem Aina, merupakan seorang teman lama bagi kebanyakan kami di MRA, orang penting dibelakang projek-projek Beit Aftal Assomoud di kem-kem pelarian Palestin di Lebanon. Beliau bertanggungjawab membantu membina kehidupan dan memberikan kebajikan termasuk bantuan kemanusiaan di kem-kem tersebut. Beliau berada di Malaysia kerana menghadiri Program War-Affected Children anjuran Perdana Global Peace Foundation (PGPF).

Sewaktu Kerja Lapangan Antarabangsa MYCORPSMRA Lebanon awal tahun 2012 yang lalu, Sdr. Kassim Aina merupakan antara pakar rujuk MRA untuk projek pelarian Palestin di Lebanon.

Mesyuarat Pakar Mengenai Dasar Pengantarabangsaan Belia Malaysia Institut Penyelidikan Pem bangunan Belia Malaysia (PPBM) telah mengadakan sat u Mes yu a rat P akar mengenai das ar peng antarabangsaan belia Malaysia baru-baru ini. MRA telah dijemput untuk turut serta berkongsi peng alaman kami didalam meng uruskan petugas dan sukarelawan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Pakar-pakar Belia yang diketuai oleh Dr. Wasitah Mohd Yusof LAPANGAN 22-5

MRA telah diwakili oleh Sdr. Mohd Shahrulazilan Said, Pengarah Eksekutif MRA.


ISIS: Mindanao Framework Peace Agreement Isu Mindanao menjadi kembali popular apabila perjanjian damai termetrai diantara Kerajaan Filipina dan puak pemisah Mindanao. Perjanjian ini memberikan kelegaan kepada banyak pihak, terutamanya kepada negaranegara ASEAN yang mahukan rantau ini aman dan bebas daripada sebarang pertelingkahan dan keganasan. Malaysia sebagai orang tengah kepada proses perdamaian ini pastinya merasa gembira dengan pencapaian ini. Satu majlis penerangan mengenai proses damai di Mindanao telah dianjurkan oleh ISIS dan MRA telah menghantar dua orang wakil untuk turut serta, Tuan Haji Shirajuddin Sirat, Penolong Setiausaha Agung dan Sdr. Shahrul, Pengarah Eksekutif. MRA melihat dan memantau dengan penuh minat perjalanan pelan damai Mindanao ini serta sedang mengkaji segala kemungkinan untuk terlibat membantu di lapangan nanti.

Institute of Strategic & International Studies (ISIS) Malaysia

Latihan EHP dan PSC oleh Red R Malaysia Bagi memantapkan lagi tim bantuan kemanusian MRA, terutama apabila berlakunya kecemasan ataupun bencana, baik di dalam mahupun diluar Malaysia, beberapa skil dan kemahiran perlu dimiliki dan dikembangkan didalam MRA. Justeru, apabila kami menerima pe lawaan dari Red R Malaysia untuk turut serta dalam latihan asas bencana yang mereka kendalikan, MRA telah menghantar dua orang peserta untuk ikutserta iaitu Hj. Shirajuddin Sirat, Penolong Setiausaha Agung MRA dan Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengarah Operasi MRA.

Essential of Humanitarin Practice (EHP) / Personal Security & Communications (PSC)

Latihan ini turut disertai oleh beberapa buah NGO Kemanusiaan tempatan yang lain. Sekalung tahniah diucapkan kepada tim Red R Malaysia atas kejayaan latihan ini. LAPANGAN 22-6


MRA turut serta dalam International Day of Solidarity with The Palestinian People Majlis ini dianjurkan oleh Thailand’s Palestinian Support Club yang kelihatan begitu aktif didalam menyebarluaskan maklumat mengenai perjuangan Palestin disamping mendedahkan kepada masyarakat dunia mengenai kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh Israel kepada penduduk Palestin. Kesemua yang hadir bergambar bersama Duta-duta yang turut serta

Semoga penduduk Palestin terus bertahan dan bersabar atas ujian yang ditimpakan ini.

29 November setiap tahun telah diangkat menjadi Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Penduduk Palestin. MRA telah dijemput untuk turut serta dalam menyambut Hari Solidariti Antarabangsa ini di Bangkok, Thailand bersamasama dengan para aktivis gerakan pembebasan Palestin yang berpengkalan di Bangkok. Majlis sambutan Hari Solidariti ini mendapat sokongan dan dokongan dari beberapa buah Kedutaan termasuk dari Malaysia, Iran, Afrika Selatan dan Cuba.

Menyumbang sambil makan Burger Bakar Kaw Kaw Memiliki 7 buah outlet dan semakin berkembang, tidak syak lagi burger bakar merupakan trend burger terkini selepas burger tradisional dan burger kukus. Konsep makanan segera yang pantas, sedap dan menawarkan nilai kesihatan yang konsisten menjadikan burger ini sebagai pilihan raMakan burger dan anda telahpun menyumbang kepada pen- mai. duduk Palestin yang terkepung. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan MRA merasa bertuah kerana dapat berkerjasama dengan dan bersesuaian dengan burger yang ditawarkan, Burger Bakar Kaw Kaw yang menjual produk-produk cubalah kalau tak percaya. makanan berkonsepkan burger bakar. Ini baik untuk kesihatan terutamanya bagi mereka yang pentingkan gaya hidup sihat Ingatlah, dengan membeli burger pun anda boleh dan cergas. Makanan yang dibakar akan dapat mengurangkan membantu Palestin, belilah Burger Bakar Kaw penggunaan minyak, yang kebiasaannya mengandungi lemak Kaw hari ini. Lawat http://burgerbakar.com/ untuk maklumat lanjut. yang banyak LAPANGAN 22-7


Kursus Asas Sukarelawan

di Briged Bakti Kelantan MRA telah dijemput hadir bagi memberikan input dan perkongsian mengenai kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang telah dilakukan serta bagaimana semangat sukarelawan dapat dibentuk dan digilap. MRA diwakili oleh Sdr. M.Shahrulazilan selaku Pengarah Eksekutif MRA telah berkongsi mengenai aktiviti MRA yang telah dan sedang berjalan didalam dan diluar negara. Beliau turut berkongsi mengenai Risiko yang perlu di Pengerusi Briged Bakti Dato Dr Rusdi tanggung sebagai pekerja bantuan kemanusiaan. Abdul Raman turun padang bersama Beliau turut membincangkan secara ringkas anak buahnya tetapi padat mengenai bagaimana untuk memugarkan kembali semangat sukarelawan Briged Bakti Malaysia cawangan Kelantan telah men- yang semakin layu dan longlai di kalangan gadakan satu Kursus Asas Sukarelawan Remaja di Pan- remaja dan belia Malaysia. tai Sabak, Kelantan baru-baru. MRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kursus ini telah disertai oleh lebih 40 orang peserta Briged Bakti Malaysia diatas kepercayaan menyang terdiri dari ahli-ahli Briged yang datang dari gundang kami untuk berkongsi maklumat dan segenap ceruk Kelantan, sedikit pengalaman yang kami miliki.

Lawatan Kerja MRA ke TAPUZ,

Padang Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia Satu lawatan kerja yang diketuai sendiri oleh Dato Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden MRA dan Hj. Shirajuddin Sirat, Penolong Setiausaha Agung MRA telah berlepas ke TAPUZ, Padang Pariaman di Sumatera Barat, Indonesia -baru ini.

MRA membantu dari tahun 2009 hingga ke hari ini

Tujuan lawatan ini ialah untuk mem bincangkan masa depan projek TAPUZ yang telah memasuki tahun ke 3. MRA telah menaja pendidikan seramai 86 orang anak yatim di TAPUZ ini, sungguhpun berhadapan dengan kekangan dan hambatan dana yang terhad, kami berjaya juga membantu TAPUZ ini selama tempoh tersebut. LAPANGAN 22-8


MRA kongsi pengalaman bersama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) Para peserta yang terlibat dalam latihan bersama tenaga pengajar dan jurulatih

Pengarah Eksekutif MRA telah dijemput hadir untuk mengisi slot Persiapan Lapangan dan Asas Sukarelawan. MRA turut berkongsi pengalaman suka dan duka kami ketika bertugas di luar negara. Slot persiapan lapangan memberikan para peserta maklumat asas mengenai keperluan yang perlu disiap dan disediakan sebelum bertolak ke mana-mana misi ataupun operasi. MRA juga telah berkongsi mengenai kerja-kerja membabitkan bantuan kemanusiaan dilapangan termasuk aspek keselamatan, lojistik, pentadbiran, rundingan, zon konflik dan bencana.

YAYASAN SUKARELAWAN SISWA telah mengadakan satu kursus asas sukarelawan di Akademi Kementerian Pengajian Tinggi (AKEPT) di Nilai bagi menyiapkan bakal-bakal duta muda Malaysia ini ke lapangan. Antara negara destinasi yang telah dikenalpasti untuk penghantaran mereka ini ialah Vietnam dan Cambodia. Para peserta yang hadir mengikuti kursus selama 3 hari 2 malam ini datang dari seluruh IPTA Malaysia dan kebanyakkan dari mereka merupakan para pimpinan mahasiswa dari berbagai organisasi dan peringkat di universiti masing-masing

Diskusi dan soal jawab selepas sessi

Bersiaran lagi dalam Assalamualaikum Isu GAZA terus hangat diperkatakan, MRA turut diminta tampil oleh TV AL HIJRAH menerusi slot Assalamualaikum untuk berkongsi mengenai apakah tindakan yang telah diambil oleh MRA dalam serangan terbaru Israel ke atas Gaza.

Hj. Khairil Annuar Khalid dan Dr. Hyzan Yusof, mewakili MRA LAPANGAN 22-9

MRA telah diwakili oleh Dr. Hyzan Yusof, Pengarah Pemberdayaan Ekonomi MRA dan Hj. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistik MRA. Kedua-duanya berpengalaman beroperasi didalam Gaza dan mempunyai pengalaman berurusan dengan Palestin dalam banyak perkara.


MRA hadir pada pelancaran ASEAN COORDINATIONS CENTRE FOR HUMANITARIAN ASSISTANCE ON DISASTER MANAGEMENT (AHA CENTRE) ASEAN mengambil inisiatif dan langkah proaktif untuk menubuhkan Pusat Koordinasi Bantuan Kemanusiaan Bagi Pengurusan Bencana atau yang dikenali sebagai AHA CENTRE.

AHA CENTRE bakal bukti keprihatinan Malaysia terhadap ASEAN

Pusat ini bakal berfungsi sebagai bilik gerakan bantuan bencana ASEAN sekiranya berlaku bencana pada mana-mana negara ASEAN. Pusat ini akan dipersi apkan dengan b aran gan makanan kecemasan dan peralatan yang diperlukan dalam fasa tersebut. Syabas dan tahniah atas pembukaan AHA CENTRE ini.

Usrah perubatan bersama Dato Dr. Siddiq Fadhil Budaya menuntut ilmu sebagai salah satu ciri organisasi yang dinamik dan progresif terus dipertahankan. Tradisi ini bukanlah asing di MRA, malah ianya sentiasa subur dan menjadi salah satu ciri dan budaya MRA. Bertempat di rumah Timbalan Presiden MRA, Dr. Ishak Mas’ud, sekali lagi usrah perubatan berlangsung dengan dihadiri oleh staf Hospital Pakar Al Islam, ahli-ahli Biro Kesihatan dan Skuad Prihatin ABIM serta ahli-ahli Tim Perubatan MRA. Pengisian pada malam tersebut telah disampaikan oleh Naqib jemputan iaitu Dato’ Dr. Siddiq Fadhil yang mengupas isu kesukarelaan dan kerja -kerja membantu manusia yang sentiasa relevan dan amat diperlukan samada ketika manusia senang ataupun ketika mereka sukar dan susah.

Ustaz Siddiq Fadhil sedang menyampaikan tazkirahnya, serius topiknya tapi bersahaja penyampaiannya

Beliau turut mengajak setiap yang hadir agar meneladani Rasulullah SAW sebagai sumber ikutan dan idol dalam setiap aktiviti dan tindakan. LAPANGAN 22-10


Anak-anak Rohingya bersama penuntut UM yang hadir ke Sekolah Komuniti Rohingya MRA

PENUNTUT UM LAKUKAN KAJIAN

TERHADAP ETNIK ROHINGYA

Enam orang penuntut dari Univesiti Malaya telah menjalankan satu kajian latarbelakang mengenai etnik Rohingya, pembabitan mereka serta implikasi terhadap pembabitan mereka didalam sektor ekonomi dan sosial di Malaysia.

KAYUHAN AMAL UNTUK

PALESTIN

Penduduk Rinching Hilir melalui gerakerja yang diselaraskan oleh JK Masjid Rinching Hilir, Bangi menunjukkan semangat ukhuwah fillah yang tinggi dan sejati dengan menganjurkan satu program kayuhan amal bagi membantu penduduk Palestin yang tertindas disebelah pagi.

Berbagai kaedah dan cara boleh digunakan bagi membantu rakyat Palestin yang tertindas dan hidup dalam serba kekurangan gara-gara sekatan dan tekanan yang dikenakan oleh Israel. Tidak cukup dengan segala kesusahan yang telah ditimpakan, Israel telah pula memusnahkan segala fasiliti, kemudahan dan pemilikan awam yang dibina oleh penduduk Palestin. Media dunia yang berada dibawah dominasi Israel dan sekutunya mendiamkan perkara sebegini dari pengetahuan penduduk dunia. LAPANGAN 22-11

Disebelah malam 22 Disember 2012 pula, satu Forum Perdana mengenai isu Palestin dan Umat Islam Serantau pula diadakan bagi menambah kefahaman dan maklumat kepada orang ramai mengenai duduk perkara yang sebenar dalam kemelut ini. MRA mengucapkan tahniah kepada inisiatif kreatif begini yang secara tidak langsung menampakkan ketinggian akal budi dan akhlak penduduk di Rinching Hilir ini.


LATIHAN PSIKO TERAPI BERSAMA ANAK-ANAK DI PSIAKU AZWA Anak-anak istimewa di sini seringkali ditemani oleh ibu atau penjaga mereka. Berinteraksi dengan mereka memerlukan kesabaran, kesungguhan dan kreativiti. Setelah saling kenal mengenal, anda pasti gembira melihat telatah dan keletah mereka yang bersahaja dan penuh keikhlasan. Terima kasih juga kepada adik-adik sukarelawan MyCORPS yang sudi hadir menghulurkan tenaga dan masa mereka untuk sama-sama membantu MRA disini.

Ustaz Naim dalam satu sesi bersama para peserta

Presiden PKPIM turut mencuba bakat memasaknya

MUKHAYAM AR RIJAL PKPIM

Perang Tabuk berlaku diantara dua sungai, justeru itulah, pimpinan pusat PKPIM memilih untuk mengadakan mukhayam kali ini disatu kawasan yang Mengambil iktibar dari Peperangan Tabuk terletak diantara dua sungai di Hulu Langat bagi Perang Tabuk merupakan antara perang yang mahsyur menambah “feel� kepada latihan dan pengisian yang didalam sejarah Islam dan turut disertai oleh junjungan akan diberikan. besar Nabi Muhammad, Rasulullah SAW. MRA amat berbesar hati kerana dapat sama terlibat Satu peperangan yang amat berat sebelah dari jumlah dalam program berbentuk latihan dan perkaderan, ini perangkaan, kelengkapan dan persiagaan kaum Quraisy secara tidak langsung dapat memberikan peluang dibandingkan dengan apa yang dimiliki oleh umat kepada adik-adik peserta untuk mengenali dan memahami gerakerja dan aktiviti MRA. Islam. LAPANGAN 22-12


Perkongsian Gaza dari Sdr. Khairil di Masjid Al Muhtadin,

Damansara Damai, KL

MRA amat berbesar hati kerana telah diundang oleh JK Masjid Al Muhtadin, Damansara Damai bagi berkongsi perkhabaran mengenai apa yang sedang berlaku kepada penduduk Gaza juga sedikit tentang sejarah Palestin. Saudara Khairil turut menjelaskan secara panjang lebar mengenai sekatan barangan yang dikenakan keatas Palestin; iaitu Gaza dan Tebing Barat.

Bengkel Pengupayaan Media Sosial MRA Sebuah bengkel pengupayaan Media Sosial MRA telah diadakan bagi memahamkan semua jentera kerja MRA mengenai falsafah, kaedah aplikasi, fungsi dan ciri-cirimedia sosial tersebut. Bengkel ini telah diterajui perbincangannya oleh Sdr. Ashraff Abdul Rahman dan telah dihadiri oleh Jabatan Operasi, Jabatan Pentadbiran dan Sekretariat MRA. Melihat kepada potensi dan lingkungan pengaruh media sosial ini, kami berhasrat untuk mengadakan bengkel yang serupa kepada cawangan negeri dan rakan kongsi MRA yang lain

LAPANGAN 22-13


PENERUSAN MISI ARAKAN MRA meneruskan misi di bumi bergolak iaitu Misi Arakan dengan penghantaran Sdr. Ashraff Abdul Rahman yang akan mengetuai operasi MRA disana bagi memudahkan penghantaran bantuan dan perlaksanaan program MRA di lapangan. Tumpuan akan diberikan kepada bantuan berbentuk makanan dan minuman serta bantuan kesihatan, disamping itu MRA turut akan meninjau keperluan bagi perlindungan (shelter), pembekalan air bersih, pendidikan dan pembangunan komuniti. Beliau akan dibantu oleh Sdr. Shine @Aung Win Naing yang bertugas sebagai Koordinator Myanmar.

Sdr. Shahrul dan Sdr. Ashraff di Balai Perlepasan LCCT Meneruskan Misi Arakan MRA Semasa Sentral Sdn. Bhd. sekali lagi tampil menghulurkan sekeping cek berjumlah RM30,000 hasil kutipan daripada para pengunjung yang berada di Stesen Sentral Kuala Lumpur bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh para penduduk Palestin.

MRA akan membuka pejabat operasi di Rangoon bagi membolehkan kerja-kerja pentadbiran dan pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan, pantas dan mudah. MRA juga disamping itu akan melihat potensi-potensi lain yang boleh dimanfaatkan bagi membantu mangsa konflik membina hidup yang lebih sempurna di masa hadapan. Semoga misi ini menepati sasarannya dan berjalan dengan cemerlang.

TERIMA KASIH SEMASA SENTRAL

Sumbangan kepada Palestin ini disalurkan ke tabung MYGEF melalui MRA. Stesen Sentral Kuala Lumpur adalah dibawah kendalian syarikat Semasa Sentral Kuala Lumpur yang merupakan anak syarikat kepada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB). Sumbangan ini telah diserahkan kepada Dato Abdul Razak Kechik, Presiden MRA oleh En. Hussin Mohd Ali, Naib Presiden (Property) MRCB sendiri. LAPANGAN 22-14


KERATAN AKHBAR PROGRAM DEBAT DI MANDALAY

Aktiviti Debat diantara sekolah-sekolah Monastik seluruh Mandalay, Myanmar yang mendapat penajaan dari MRA telah diberikan liputan oleh akhbar dan media tempatan. Koordinator MRA di Myanmar telah ditemuramah oleh pihak akhbar mengenai perjalanan keseluruhan proram. Beliau menyatakan bahawa MRA berhasrat untuk membawa mesej toleransi dan persefahaman dikalangan masyrakat yang berbilang bangsa dan agama. MRA sebagai sebuah organisasi bantuan kemanusiaan turut mempromosikan dialog antara agama dan peradaban didalam aktivitinya.

TERIMA KASIH UMW TOYOTA MRA ingin merakamkan jutaan penghargaan diatas kepercayaan dan penghargaan yang telah diberikan oleh UMW TOYOTA kepada MRA. Sempena meraikan ulangtahun penubuhan ke 30 UMW TOYOTA di Malaysia, mereka telah menghadiahkan sebuah kenderaan pacuan empat roda, jenis Hilux kepada MRA. Pemberian ini adalah berdasarkan kepada prestasi dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh MRA dalam kerja-kerja bantuan yang telah dilakukan sebelum ini.

SUMBANGAN BEG DARI UNHCR Musim persekolahan menjelang lagi, anak-anak pelarian Rohingya di Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru turut tidak sabar menunggu sekolah dibuka. Seperti kebiasaan setiap tahun, UNHCR akan mengagih-agihkan beg sekolah kepada anak-anak pelarian Rohingya yang bakal memulakan pelajaran mereka dalam darjah satu. Sumbangan ini sedikit sebanyak menaikkan semangat mereka untuk menuntut ilmu dan menjadi manusia yang berguna suatu hari kelak. LAPANGAN 22-15


PERTEMUAN DENGAN WAKIL ICNA Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak bin Kechik diiringi oleh Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar telah mengadakan satu pertemuan dengan wakil ICNA yang berada dalam kunjungan rasmi ke Malaysia. Pertemuan ini adalah lanjutan daripada pertemuan MRA dengan wakil ICNA di Pakistan sebelum Qurban yang baru lalu. Selain daripada melaporkan aktiviti Qurban 1432, kami turut berkongsi mengenai gerakerja MRA dan keperluan di lapangan Arakan.

Dialog & Wacana Meja Bulat Halatuju Pendidikan Alternatif di Malaysia MRA telah sekali lagi dijemput untuk hadir dan berkongsi maklumat didalam sesi dialog dan wacana meja bulat mengenai pendidikan Alternatif di Malaysia. MRA telah diwakili oleh Sdr. Johari Kan Abdullah, Penyelia Sekolah Komuniti Rohingya di Cheras Baru. Beliau telah berkongsi mengenai pengalaman dan kaedah yang telah dan sedang kami gunakan didalam mendidik anak-anak Rohinga.

KUNJUNGAN DARI PENUNTUT MSU Sekumpulan penuntut dari jurusan Multimedia, Management Sciences University (MSU) telah berkunjung ke Sekretariat MRA bagi berbincang mengenai keperluan multimedia yang diperlukan oleh MRA. Kumpulan ini begitu bersemangat dan berhasrat untuk membantu menyediakan keperluan multimedia bagi menyiapkan MRA dengan perkakasan yang perlu didalam kempen-kempenya nanti. Kehadiran mereka telah disambut oleh Cik Fauziah Tahar yang turut menerangkan secara terperinci mengenai MRA. LAPANGAN 22-16


Dari Rembau pergi ke Mantin Tiba Seremban hilang dahaga Bertolong bantu untuk Palestin Lima badan gabung tenaga Wakil-wakil dari ABIM, PKPIM, GPM, MAPIM & MRA sedang berbincang mengenai kerjasama membantu Palestin melalui gabungan MYGEF


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.