Majalah Sirip Febuari 2013

Page 38

Pekan Walkabout Kena Buli

spesies ini digelar pembuli muara. Selesai bergambar, saya pula mengambil giliran. Balingan yang tidak putus-putus telah menghasilkan satu sambaran yang amat padu, tali mencurah-curah keluar walaupun drag telah diketatkan 70%. Sayangnya, saya pula yang melopong apabila ikan dapat lolos ke struktur dalam air.

Dalam satu kunjungan, saya dan Nazeri menumpukan balingan ke arah tiang konkrit jambatan tersebut. Balingan yang bertalutalu telah menghasilkan sambaran yang kuat. Dapat dilihat dengan jelas, tali pancingnya dilarikan ke arah tiang, namun kemenangan berpihak kepada sang ikan apabila berjaya membelitkan diri ke struktur tiang itu. Saya yang menjadi pemerhati hanya mampu menepuk dahi melihat gelagat Nazeri yang tidak biasa dengan kerenah pembuli muara ini.

Persediaan Rapi Selepas dikecewakan pada trip pertama, saya kembali lagi ke Sg. Tering ini. Kali ini saya disertai Razlan yang baru berjinak-jinak dengan dunia mengilat. Kekuatan tali kami tingkatkan daripada 10 paun kepada 15 dan 20 paun untuk menjamin tali tidak mudah putus apabila bergesel struktur yang menjadi sarang siakap putih dan siakap merah.

Saya menasihatkannya agar mengetatkan sistem tegangan dan tidak beri peluang kepada sang ikan lari ke reba. Kali ini, saya meminjamkan Nazeri gewang Nils Master selaman dalam untuk menggoda pembuli yang sentiasa menunggu mangsanya.

7. Gewang yang menyerupai + aksi belanak lebih laku di8. bedal pemangsa muara seperti Nils Master Invincible 8 cm ini.

Saya yang mengambil posisi di sebelah hulu jambatan sudah terkena renjatan si pembuli. Pembuli yang melarikan Nils Master Invincible 8 cm saya ini enggan mengalah, tetapi rezeki berpihak kepada saya apabila tertewasnya spesimen 600 gram.

Nazeri masih menumpukan struktur tiang jambatan. Dengan beberapa kali balingan, gewangnya direntap lagi. Perlawanan agak sengit dengan set ringan, akhirnya terdamparlah seekor siakap merah dianggarkan 400 gram. Walaupun kecil, tetapi kuasa perlawanannya amat mengagumkan. Layaklah

Razlan yang ‘terbakar’ dengan aksi saya tadi menggiatkan usaha dengan lebih gigih. Akhirnya berkerut juga muka Razlan apabila Nils Master Invincible 8 cm yang beliau lontar tanpa henti direntap kuat oleh siakap merah 500 gram. Puas betul hati dia. Kami juga menerima beberapa sambaran sang bulan, tetapi lompatan akrobatiknya berjaya memuntahkan gewang daripada terlekat pada struktur mulutnya yang keras. Cara terbaik untuk menewaskannya ialah menukarkan mata kail kepada yang lebih tajam dan rendahkan joran sewaktu berlawan bagi mengelakkan sang bulan melompat. Jadi, jika anda melalui daerah Pekan yang menjadi kampung halaman saya ini dan melewati jambatan yang merentangi banyak sungai di sini, berhentilah seketika untuk menduga penghuni yang bersembunyi di sebalik tiangnya. Jangan putus asa, balinglah gewang berulang kali merapat struktur tersebut. Kesabaran anda akan berbaloi apabila gewang akhirnya dicekup. Cuma jangan kecewa andai gewang anda lesap dilarikan penunggu tersebut. Itu memang dasar sifat sang pembuli muara Pekan ini! - SIRIP -

7

36 SIRIP

8


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.