Seksyen Pendedahan Ilmu & Teknik Memancing
SIAM SPOON TOMANIA
SABPOLO DOUBLE EYE JIG
Siam Spoon telah memperkenalkan baju Tomania berlengan panjang yang direka khas untuk pemancing memancing di bawah terik mentari. Material baju ini berkeupayaan kalis sinar ultra ungu, cepat kering dan sangat selesa dipakai. Terdapat dalam empat warna yang bersaiz M, L, XL dan XXL.
Jig Sabpolo Double Eye memiliki rekaan yang unik dengan mempunyai bentuk kepala ikan di atas dan bawahnya, tanpa bentuk ekor. Kedua-dua belah jig ini mempunyai mata 3D yang merah menyala, badannya berpelekat laser manakala perutnya pendarcahaya. Terdapat lima corak warna dengan saiz 20, 40, 60, 80, 100 dan 150 g.
Pengedar : MGFA (M) Sdn Bhd Tel : 07-861 9289 Faks : 07-863 2189
SLOW JIG DEEPLINER VB Jenama yang paling awal memperkenalkan teknik slow jigging ialah Deepliner dari Jepun yang kini produknya telah dibawa masuk oleh kedai pancing Sabre Tackle. Antara produk terbaiknya ialah jig VB yang mempunyai pergerakan ayunan yang unik semasa jatuhan dan menjadi kegilaan ikan besar di dasar. Kosmetiknya cukup cantik dengan lapisan cat tahan lasak. Terdapat dalam saiz 100 g dan 130 g.
Pengedar : VISION TACKLE Tel : 03-6274 4498 Faks : 03-6274 4413
RAPALA WAIST BAG Beg pinggang Rapala terbaru ini dibuat daripada material ringan dan tahan lasak. Ia mempunyai poket sisi berzip, tempat simpanan playar dan lain-lain. Bahagian dalamannya yang merah memudahkan anda mencari barang yang disimpan. Setiap pembelian diberi percuma kotak gewang Plano 3500 Stowaway.
Pengedar : RAPALA VMC Tel : 04-263 9800 Faks : 04-263 1800 Pengedar : SABRE TACKLE Tel : 02-6396 0982, 03-92214628 Faks : 02-6242 7101, 03-9221 4629
OFMER X-DEEP 75F NEW COLOUR Gewang selaman dalam X- Deep 75F amat popular dalam keluarga Ofmer kerana ia telah terbukti efektif menjerat sebarau, toman, siakap merah, kanai, siakap dan gerepoh. Gewang ini mampu menyelam sehingga 3.5 meter, bersifat terapung dan berat 11.5 g. Demi memenuhi permintaan ramai peminatnya, Ofmer telah menambah lapan corak warna lagi.
Pengedar : SEA TACKLE Tel : 03-7875 9888 Faks : 03-7874 6333
NORTH CRAFT AIR OGRE Air Ogre bukan gewang jenis gemerincing mahupun crankbait, tetapi rekaan istimewa daripada North Craft yang tidak berlidah. Gewang ini sesuai untuk memburu ikan yang sensitif dan culas dengan gewang yang berenang secara biasa. Titik penyambung tali pancing pada bahagian muncungnya membolehkan ia bergerak dalam sudut yang besar apabila dipersembahkan. Gewang bersaiz 7 cm dan 8.5 cm ini terdiri daripada model terapung (F), tenggelam (S) dan bersifat melilau (SLM).
Pengedar : RAPALA VMC Tel : 04-263 9800 Faks : 04-263 1800
SIRIP 61