Industry Info
GALERI BARU SABRE TACKLE
S
abre Tackle (M) Sdn. Bhd. baru berpindah ke galeri yang lebih luas ruangnya di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Bahkan, ia terletak di aras bawah dengan parkir kereta yang lapang di depan premisnya. Menyelami susur galur premis pancing ternama ini, Sabre Tackle telah diasaskan oleh Mr. Poh Beng Seng, seorang pemancing yang pada mulanya bertugas sebagai pengarah serantau syarikat T&T Australia yang menyebabkan beliau kerap mengunjungi negara kangaroo itu. Tugasan beliau telah mendedahkan kepada pelbagai produk pancing berkualiti di sana. Lalu mengilhamkan beliau untuk membuka perniagaan. Pada tahun 1986, beliau telah mengambil langkah permulaan untuk merealisasikan impiannya, dengan mengimport produk
Industry Info
pancing berkualiti tinggi ke rantau ini. Sabre Strokers (S.E.A.) lalu ditubuhkan di Changi Road, Singapura. Pada tahun 1993, ia berpindah ke sebuah premis bagi memenuhi permintaan yang meningkat pantas dan juga memberi keselesaan kepada pelanggan. Sabre Strokers (S.E.A.) ketika itu di Beach Road, kemudian berpindah ke Arab Street, Singapura. Sabre Tackle (M) Sdn. Bhd. pula mula ditubuhkan pada tahun 2006 di Jalan Maharajarela, Kuala Lumpur atas permintaan ramai pelanggan yang terdiri daripada warga Malaysia. Antara jenama produk yang mempopularkan Sabre Tackle ialah gewang Halco dari Australia. Sabre Tackle menjadi pengedar utama Halco sejak 1998 di rantau ini. Sabre Tackle juga membawa masuk pelbagai jenama pancing berkualiti lain seperti Tackle House, TUF Line, Seaguar, Varivas, Owner dan Avet. Alamat baru Sabre Tackle (M) Sdn. Bhd. No. 84, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur Tel : 03-9221 4628
Faks : 03-9221 4629
Laman sesawang : www.sabrestrokers.com
RELEASE REELS SG
Kekili Buatan Amerika Syarikat Yang Teringan Dengan Ruang Kapasiti Tali Terluas
R
elease Reels, merupakan jenama Amerika Syarikat yang berbakat besar dalam penghasilan kekili berkualiti antarabangsa. Setiap produk Release Reels dibuat oleh teknologi mesin yang canggih dan berkejituan tinggi. Siri SG daripada Release Reels ini bermaksud ‘Small Game’ iaitu ideal untuk aktiviti pancingan ringan di laut, dengan berat yang ideal dalam kategorinya. Pemegangnya amat berkuasa dan dipakejkan bersama rekaan ergonomik untuk cengkaman padu. Ia turut dilancarkan oleh galas bebola seramik anti kakisan daripada Boca Bearing! Release Reels SG mempunyai spesifikasi penyimpanan tali yang mengagumkan iaitu mampu menggulung 38� ukuran tali bagi setiap kali karauan, dengan nisbah gear yang ideal iaitu 6 : 1. Paling mengujakan, gear Release Reels SG dilengkapi ciri anti kakisan yang secara automatik memberi kuasa torque dan kuasa pemutaran yang luar biasa. Release Reels SG turut dilengkapi sistem tegangan karbon yang mampu menanggung tekanan setinggi 30 paun. Ruang kapasiti tali yang besar dihasilkan daripada reka bentuk rangka jejambat, yang menawarkan ruang tambahan tali walaupun gelendong diisi penuh. Gelendongnya dapat memuatkan tali 50 paun sepanjang 475 ela, manakala tali tangsi 20 paun sepanjang 250 ela. Pengedar : TCE TACKLES (Tel : 04-484 4524)
SIRIP
53