tanah-air, sumbangan dan penyertaan Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktivitas kepenulisan. Bukan saja hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai penggerak yang berani memberi inspirasi dan semangat kepada para penulis muda. Sejak tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang peng-azas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setia usaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965). Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktivitas lain. Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” juga adalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain. Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Modern, khususnya sajak dan drama, amat banyak diperbincangkan. Oleh karena itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera Melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di dalam atau luar negeri. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera Melayu. Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman dan situasi. Dalam bidang penulisan beliau terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama. Antara judul sajak yang sinonim dengan Usman Awang adalah:
Kekasih Kurang Ajar Pak Utih Suara Dari Pusara Dramanya yang terkenal ialah: Matinya Seorang Pahlawan Tamu Bukit Kenny Serunai Malam Malam Kemerdekaan Drama muzikalnya ialah “Uda dan Dara”. Hanya ada satu novel karya Usman Awang Yaitu “Tulang-tulang Berserakan” (terjemahan ke dalam bahasa Rusia oleh Alla Rozhanskaya dengan judul “Tam Gde Ikh Nastigka Pulya” - Di sana mereka kena peluru - Moscow, 1984) Hasil penulisan tentangnya :
beliau
dan
kajian
Enslaved souls : jiwa hamba : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009. Turunnya sebuah bendera : UA Enterprise, 2007. Key concepts in Usman Awang’s short stories : developing a critical tradition / Mohamad Mokhtar Hassan. : DBP, 2006. Kami yang terlibat : DBP, 2006. Seorang penyair, sebuah benua rusuh : biografi Usman Awang / Muhammad Haji Salleh: DBP, 2006 Tulang-tulang berserakan : UA Enterprise, 2006. Sasterawan negara Usman Awang / Zurinah Hassan.: DBP, 2006.
Gadis Kecil
Usman Awang dalam esei dan kritikan/ penyelenggara Halilah Haji Khalid : DBP, 2004
Ke Makam Bonda
Yang bernama cinta memuatkan puisi
Bunga Popi
halaman 63