1 minute read

Bidang-bidang Berisiko Jenayah Rasuah

Next Article
PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

BIDANG-BIDANG BERISIKO JENAYAH RASUAH

Pengurusan Perolehan

Advertisement

Pengurusan perolehan dalam FELDA merujuk kepada pembelian barangan, perkhidmatan dan kerja oleh FELDA. Oleh kerana perolehan awam melibatkan sejumlah besar dana, pengurusan FELDA perlu lebih cekap dan mengoptimumkan penggunaan dana agar tidak berlaku jenayah rasuah dan pelanggaran prosedur kewangan. Dalam tempoh penubuhan FELDA, terdapat banyak kes melibatkan kepincangan dalam pengurusan perolehan di mana melibatkan ketirisan wang kerajaan akibat perbuatan rasuah dan pelanggaran prosedur kewangan. Contohnya jenayah rasuah dan pecah amanah dalam pembelian aset seperti pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak dan pecah amanah dalam meluluskan bayaran kontrak penternakan sturgeon dan pemindahan teknologi milik FELDA tanpa kelulusan Lembaga Pengarah FELDA serta pelbagai bentuk jenayah rasuah dan pecah amanah jenayah melibatkan kepentingan perniagaan dan kewangan FELDA.

Pengurusan Pelaburan Dan Perniagaan

Tadbir urus korporat secara umum merujuk kepada sistem peraturan, tatacara kerja dan proses tentang bagaimana sesebuah organisasi korporat diteraju serta dikawal. FELDA terlibat dalam pengurusan perniagaan melalui anak-anak syarikat di mana FELDA adalah pemegang saham utama mengawal selia perjalanan anak-anak syarikat. Ada anak syarikat yang menghadapi masalah integriti dan tadbir urus seperti masalah lemah pengurusan kewangan, pelaburan yang merugikan akibat kelemahan tadbir urus dan masalah jenayah rasuah oleh pengurusan syarikat. Akibatnya terpalit kepada kewangan dan integriti FELDA. Ada syarikat milik FELDA mengalami kerugian akibat lemah tadbir urus dan bukannya prospek perniagaan yang tidak berdaya maju. Oleh itu, amalan tadbir urus korporat dan pengurusan yang baik adalah amat penting bagi FELDA mencapai prestasi yang tinggi. Tadbir urus korporat yang berasaskan ketelusan dan akauntabiliti begitu penting untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan peneroka serta mengukuhkan kedudukan FELDA.

Campurtangan Politik

Kertas Putih yang dibentangkan oleh kerajaan di Perlimen oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada 10 April 2019 jelas memperlihatkan bagaimana campurtangan politik dalam pengurusan FELDA adalah salah satu punca menyebabkan FELDA mengalami kerugian dalam aspek pelaburan dan pengurusan kewangan menjadi pincang. Tugas pengerusi, ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi FELDA untuk memastikan jentera FELDA berjalan mengikut landasan yang ditetapkan di samping memperkukuhkan integriti dan tadbir urus terbaik demi menjaga kesejahteraan para peneroka. Mereka tidak wajar terlibat terlibat dengan jenayah rasuah dan pelanggaran tatatertib.

This article is from: