3 minute read

Kawal Selia Ke Atas Pegawai Bawahan

Next Article
Penutup

Penutup

KAWAL SELIA KE ATAS PEGAWAI BAWAHAN

Sebagai rumusan kepada Bab 6 ini, peranan ketua jabatan sama ada di peringkat jabatan, unit, wilayah dan rancangan amat penting dalam memerangi jenayah rasuah dan pelanggaran tatatertib. Adalah menjadi tanggungjawab untuk sentiasa memberi peringatan dan menguatkuasakan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya bagi mencegah perbuatan jenayah rasuah dan pelanggaran tatatertib. Persoalannya ramai kalangan ketua jabatan lemah atau gagal mengawal selia, memantau dan memastikan pegawai bawahan masing-masing mematuhi sistem dan prosedur kerja dan peraturan jabatan atau agensi yang berkuatkuasa serta tidak bertegas mengambil tindakan ke atas pegawai bermasalah.

Advertisement

Perlu dijelaskan bahawa mengikut Seksyen 4 (Tafsiran), Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 maksud Ketua Jabatan ertinya seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu jabatan, bahagian, unit atau cawangan sesuatu badan berkanun, dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga untuk menjalankan fungsi-fungsi seorang Ketua Jabatan bagi apa-apa tempoh masa;

Di dalam Seksyen 4, Akta tersebut juga memperjelaskan maksud Pegawai ertinya seseorang yang diambil bekerja secara tetap, sementara atau kontrak oleh sesuatu badan berkanun, dan dibayar emolumen oleh badan berkanun itu, dan termasuklah seseorang yang dipinjamkan ke mana-mana perbadanan subsidiari atau syarikat badan berkanun itu atau mana-mana badan berkanun yang lain atau mana-mana Kementerian, jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan atau mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan mana-mana negeri atau mana-mana syarikat yang dalamnya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri mempunyai kepentingan.

Tanggungjawab Ketua Jabatan

Mengikut Peraturan 21(1), Jadual Kedua, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 pula menyatakan “Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai-pegawai bawahannya dan untuk mengambil tindakan yang bersesuaian bagi apa-apa pelanggaran peruntukan”.

Manakala Peraturan 21(2), Jadual Kedua, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 bermaksud “Seseorang pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai-pegawai bawahannya, atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan telah cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib”.

Sehubungan dengan itu, Semua pegawai yang ditugaskan sebagai Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab di bawah Peraturan 21(2), Jadual Kedua Akta ini, mengawal selia dan pengawasan tatatertib pegawai bawahan masing-masing. Sekiranya pegawai itu disyaki melakukan jenayah rasuah dan pelanggaran tatatertib wajib secepat mungkin melaporkan kepada Unit Integriti FELDA.

Isu Ketidakhadiran Sering Gagal Dikawal Selia Ketua Jabatan

Salah satu tanggungjawab penting ketua jabatan yang sering dipandang remeh dan diabaikan ialah untuk memastikan pematuhan Surat Pekeliling Am Bilangan 11 Tahun 1981 berkaitan Sistem Penggunaan Perakam Waktu di pejabat masing-masing.

Di antara kesalahan dikenalpasti di atas kegagalan ketua jabatan ialah tiada penyeliaan dibuat ke atas petugas yang gagal mengetip atau merakam Kad Perakam Waktu masa datang atau balik kerja, tiada laporan bulanan disediakan, membiarkan petugas memegang kad perakam waktu, tidak memberi surat tunjuk sebab kepada petugas yang datang lewat atau tidak merakam kad perakam waktu lebih tiga kali sebulan, membiarkan kad perakam waktu tidak bertandatangan oleh pegawai atasan bagi kes kelewatan, tidak merakam kad perakam waktu atau meminta pegawai lain merakam kad perakam waktu dan tidak menukarkan kad perakam waktu kepada warna hijau atau merah setelah pegawai melakukan pelanggaran peraturan tersebut. Ketua Jabatan juga telah gagal melaporkan kepada Urus Setia Tatatertib, Unit Integriti FELDA bagi kes-kes ketidakhadiran atau kelewatan datang tugas berulang kali walaupun ketua Jabatan tidak berpuashati dengan penjelasan petugas berkenaan.

Sebagaimana peruntukan Peraturan 21(1)(2) Jadual kedua, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 dengan jelas meletakkan tugas dan tanggungjawab Ketua Jabatan dalam menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya.

Perlu diingatkan bahawa integriti seseorang ketua jabatan sudah pasti akan dipertikaikan dan diperlekehkan oleh pegawai bawahannya jika mereka tidak bertegas dan bersungguh-sungguh dalam mematuhi dan menguatkuasa peraturan itu. Sehubungan dengan itu, semua ketua jabatan perlu memandang serius bahawa mereka tidak boleh melepaskan diri dari tanggungjawab ini dan meletakkan tugas ini kepada pegawai bawahan tertentu sahaja untuk menjalankan tugas kawalan dalaman ini.

This article is from: