
4 minute read
Prinsip Pengurusan Anti Rasuah IWK
Prinsip pengurusan anti rasuah IWK adalah dasar yang dipegang oleh IWK dalam menentukan hala tuju pengurusan pelaksanaan OACP. IWK mengikut garis panduan pelaksanaan tatacara mencukupi bagi mencegah berlakunya salah laku integriti seperti berikut:
Pengurusan Tertinggi IWK bertanggungjawab dalam memastikan IWK:
Advertisement
Mengamalkan serta menghayati integriti dan nilai-nilai etika di tahap yang tertinggi Mematuhi sepenuhnya keperluan undang-undang dan peraturan berkaitan anti rasuah yang berkuatkuasa Menguruskan risiko rasuah organisasi secara berkesan
Berlandaskan Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti & Governans yang dikeluarkan oleh SPRM pada tahun 2019, setiap IGU perlu melaksanakan kesemua empat fungsi teras. Namun begitu, kaedah dan skala aktiviti dalam melaksanakan fungsi-fungsi ini adalah berbeza di setiap organisasi mengikut keperluan dan kesesuaian organisasi. IWK telah melaksanakan empat (4) fungsi teras tersebut mengikut carta berikut:

IGU melapor terus kepada (BIGC) berkenaan hal-hal integriti bagi menggalakkan keterbukaan dan ketelusan dalam pelaporan sebagaimana dikehendaki dalam garis panduan pengurusan IGU.
SEKSYEN PENGURUSAN ADUAN, PENGESANAN DAN PENGESAHAN
Seksyen ini bertanggungjawab dalam:
Pengurusan penerimaan maklumat/ aduan mengenai salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatalaku etika organisasi yang sistematik bagi memastikan tindakan ke atas setiap maklumat/aduan dan memastikan kecekapan sistem aduan dilaksanakan. Pengesanan dan pengesahan terhadap aduan-aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima dan seterusnya memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil oleh IGU.
SEKSYEN PENGUKUHAN INTEGRITI DAN GOVERNANS
Seksyen ini bertanggungjawab dalam:
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi dapat dicapai. Memastikan tadbir urus yang terbaik dalam usaha memperkukuhkan integriti pegawai dan kakitangan di organisasi serta menangani isu-isu berkaitan integriti terutamanya perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

PRINSIP 2: ANALISA RISIKO
Penilaian risiko rasuah dijadikan asas kepada usaha anti rasuah IWK. Sehubungan itu, IWK telah pun melaksanakan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) bersama SPRM. IWK akan: Melaksanakan penilaian risiko rasuah secara berkala dan apabila terdapat keperluan perubahan memberi keutamaan kepada risiko rasuah sama ada dalaman mahu pun luaran
PRINSIP 3: PELAKSANAAN LANGKAH KAWALAN
Beberapa langkah telah diambil untuk melaksanakan langkah kawalan di IWK. Ini termasuklah menyediakan Subseksyen Pengurusan Aduan, Pengesahan dan Pengesanan supaya tindakan yang sewajarnya dilakukan ke atas setiap aduan. Ia juga menguruskan aduan melalui lima saluran pengaduan dan merekodkan setiap aduan. IWK juga mempunyai Polisi Rujukan Kepada Pihak Berkuasa dan Polisi Pemberian Maklumat (Whistle-blowing Policy) untuk rujukan.
Polisi-polisi IWK dibina mengikut ketetapan yang disediakan dalam Corporate Integrity System Malaysia (CISM). Berikut adalah polisi–polisi dan garis panduan yang disediakan di IWK:
Selaras dengan usaha untuk memastikan inisiatif anti rasuah OACP dilaksanakan secara cekap dan sistematik, Jawatankuasa Pelan Anti Rasuah (JAR) IWK berfungsi sebagai medium tertinggi di peringkat IWK bagi membincangkan pelaksanaan dan pemantauan OACP IWK. IGU bertindak sebagai sekretariat penyelaras OACP yang berperanan memantau, menilai dan melapor pencapaian OACP. OACP ini dilaksanakan bersama SPRM.

PRINSIP 4: PEMANTAUAN, PENILAIAN DAN PENGUATKUASAAN SECARA SISTEMATIK
IWK akan mewujudkan langkah pelaksanaan inisiatif yang munasabah dan bersesuaian bagi menangani sebarang risiko rasuah yang berbangkit daripada kelemahan struktur tadbir urus, proses dan prosedur serta penguatkuasaan undangundang. Pemantauan dan penilaian secara sistematik dilaksanakan dengan memastikan:
mengemukakan pelaporan pelaksanaan inisiatif kepada Pengurusan
Tertinggi penilaian secara berkala bagi menilai prestasi, kecekapan dan keberkesanan program mengenal pasti penyelesaian terbaik bagi setiap permasalahan yang timbul
Hasil penilaian boleh dijadikan asas untuk memantapkan usaha-usaha kawalan risiko anti rasuah sedia ada di IWK.
Pelaporan berkala ke peringkat BIGC dilaksanakan setiap bulan. Pelaporan ini meliputi segala aktiviti IGU. IGU juga membuat laporan kepada badan kawal selia tersebut di bawah secara berkala: Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) ditubuhkan untuk mengawal selia, memantau dan menyelaras fungsi teras Unit Integriti di agensi. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang memastikan pengurusan berkenaan air dilaksanakan. Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Pelaksanaan Anti-Bribery Management System ISO37001 (ABMS) di IWK
IWK sedang melaksanakan Anti-Bribery Management System ISO37001 (ABMS). Skop pelaksanaan ABMS di IWK merangkumi dua peringkat yang terdiri daripada peringkat Ibu Pejabat dan Unit Operasi yang berperanan penting dalam menyokong pelaksanaan, pelaporan dan semakan SIRIM sebagai juruaudit luaran yang bertauliah. IGU membantu memastikan persefahaman bersama, pembentukan dasar yang mampan, komitmen terhadap perkongsian sumber dan pelaksanaan yang teratur. Secara keseluruhannya, kerangka pelaksanaan ABMS akan memudahkan pelaksanaan strategi dan inisiatif anti rasuah di setiap peringkat. Prestasi dan penilaian setiap peneraju akan dipantau dan dinilai secara berkala menggunakan
format pelaporan yang disediakan oleh IGU. Ringkasan pelaksanaan kerangka ABMS adalah seperti berikut:
1. PERINGKAT IBU PEJABAT DI MENARA IWK 2. DI PERINGKAT NEGERI BAHAGIAN DAN UNIT OPERASI
PRINSIP 5: LATIHAN DAN KAWALAN
IWK melaksanakan beberapa langkah untuk membudayakan integriti di kalangan pemegang taruh (stakeholders) organisasi. Antara langkah-langkah latihan yang dilaksanakan termasuklah:
Taklimat berterusan kepada kakitangan sedia ada setiap dua tahun sekali dan setiap kakitangan baru. Taklimat online disediakan dalam bentuk video. Hebahan kepada pihak pengurusan, kakitangan, pembekal melalui emel Penerbitan melalui website dan intranet melalui Shareportal. Integrity Pact dan Vendor Code of Conduct (VCOC) bagi semua pembekal.
Langkah-langkah kawalan dilaksanakan secara berkala dengan mengadakan pengauditan.