negara-negara Eropah yang kebanyakannya adalah negara-negara bekas jajahan Kerajaan Turki Osmaniah dahulu. Setelah itu Imam Mahdi memerangi negara-negara di Eropah Timur itu lalu membebaskan penduduknya daripada hutang-hutang dan kesempitan hidup yang amat menggigit yang sedang mereka alami pada masa itu. Harta-harta rampasan perang yang diperoleh itu dibahagibahagikan kepada seluruh penduduknya sehingga mereka tidak lagi menanggung apa-apa hutang pun sepanjang hidup mereka selepas itu.
26. Nama Panglima/Khalifah Imam Mahdi di Eropah A. Kata Kaab al-Akhbar RH, “Setelah al-Mahdi (mendapat kuasa), ada (wakil) khalifah yang bernama al-Qahtani. Dia memerintah sepertimana yang diperbuat oleh al-Mahdi. Dialah yang akan menundukkan bandarbandar Romawi dan akan merampas ghanimah-ghanimahnya.� Kata-kata tabiin ini adalah umum dan dapat ditafsirkan dengan beberapa maksud. Namun di sini, yang dimaksudkan itu adalah seorang pemimpin dari kalangan bangsa Melayu juga, yang dilantik sebagai wakil khalifah di benua Eropah. Siapa orangnya itu? Jika berdasarkan nama yang diberi, iaitu Al-Qahtani, adalah merujuk kepada nama pusat pemerintahan Imam Mahdi di Malaysia. Maknanya, pemimpin perang Imam Mahdi ke Eropah itu adalah dari kalangan yang berbangsa Melayu. Dan pastilah pemimpin perang yang dilantik itu adalah orang yang benar-benar terpilih dari kalangan yang amat terpilih. Marilah kita berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha keras agar kita dimasukkan ke dalam golongan yang benar-benar terpilih itu. Mana tahu suatu masa nanti kita yang akan terpilih untuk merealisasikan kehendak hadis-hadis Nabi SAW dan ucapan para tabiin RH itu. Alangkah bertuahnya kita jika kita terpilih menjadi salah seorang anggota pasukan perangnya dan langkah pula bertuahnya juga jika diangkat sebagai pemimpin perang Imam Mahdi.
27. Siapa al-Qahtani itu? A. Kata Kaab al-Akhbar RH, “Makhzumi (dilantik) menjadi pemimpin, tetapi kemudian (dia) mengundur diri. Lalu ada susuk seorang manusia yang tangkas, berbadan tinggi dan berbahu lebar. Dia membunuh setiap orang yang berselisih jalan dengannya, sehinggalah dia sampai ke Baitulmaqdis lalu dia mati di sana (sebaik sahaja masuk). Dia ini amat zalim dan aniaya. Setelah itu ada seorang (pemimpin) yang berbuat baik, kemudian al-Qahtani menjadi pemimpin. Dia berakhlak seperti akhlak saudaranya, iaitu al-Mahdi.� Yang dimaksudkan di sini adalah pemimpin di suatu kawasan, iaitu sebagai wakil khalifah bagi Imam Mahdi. Orangnya tidak disebutkan dengan jelas, hanya disebutkan gelarnya iaitu AlMakhzumi. Pemimpin ini kemudian berundur kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, dan pengundurannya diterima oleh Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim. Pengundurannya itu menyebabkan berlaku sedikit kegemparan sehingga ada yang tidak dapat menerima pengunduran itu dan marah-marah, sambil memukul setiap orang yang ditemuinya. Perbuatannya ini menyebabkan Imam Mahdi marah kepadanya lalu tempat pemimpin yang berundur itu digantikan oleh seorang lelaki lain yang lebih adil dan baik (soleh). Selepas itu barulah Al-Qahtani menjadi pemimpin di tempat itu, sebagai wakil khalifah kepada Imam Mahdi. Al-Qahtani itu sebenarnya bukan adikberadik kepada Imam Mahdi seperti yang selalu difahami oleh kita berdasarkan istilah ikhwan yang digunakan. Maksudnya yang sebenar, Al-Qahtani itu adalah salah seorang anggota Ikhwan Imam Mahdi,