Buletin JKKN 2016 - FREE

Page 32

Sudut Mantan Pegawai/Pengelola Kebudayaan

Sulaiman bin Sarijan adalah antara individu yang membina kepakaran dan kerjayanya sebagai Pegawai Kebudayaan di dalam bidang permainan tradisional Melayu selain terlibat secara langsung didalam pengurusan dan pembangunan silat. Sebagai seorang aktivis didalam seni dan budaya, beliau juga berkecimpung secara aktif di dalam pementasan teater dan drama sekitar tahun 1980 an. Antaranya seperti Kota Bukit Keramat, Muzika Uda Dan Dara, Tsu FehSoďŹ a, Anak Tanjung, Titah, Di Kampong Di Kota, Kena Main, Sireh Bertepuk Pinang Menari, Anak Nazar Tujuh Keramat Megat Panji Alam, Keris Sang Puteri, Bangsawan Siti Zubaidah, Hikayat Qaziq, Randai Kaba Kasih Menanti dan banyak lagi.

Budaya Negara anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Semoga Manjan terus ceria dan berbahagia mengharungi kehidupan sebagai YB (Yang Bersara) ketika ini. Selamat Maju Jaya.

Beliau adalah merupakan Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan yang pertama apabila

Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan diwujudkan pada 1 Mac 1993 dan berkhidmat selama lima tahun di negeri tersebut sebelum dipindahkan ke Terengganu. Jawatan terakhirnya di dalam perkhidmatan kerajaan adalah sebagai Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu pada tahun 1999. Ketika ini, Sulaiman Sarijan amat aktif sebagai jurulatih teater dengan Sijil Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) Teater Tahap III. Pada tahun ini beliau sedang mengajar teater di Sekolah Menengah Methodist, Seremban, Negeri Sembilan, di bawah program Bimbingan Seni

32


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Buletin JKKN 2016 - FREE by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara - Issuu