Buletin JKKN 2016 - FREE

Page 26

Sudut Berita

TAKLIMAT PENGENALAN INTEGRITI DI JKKN KELANTAN DISAMBUT BAIK Pada 18 Februari 2016, satu sesi Taklimat Pengenalan Integriti oleh Puan Shanieda binti Mohd Shah, Pegawai Unit Integriti JKKN Ibupejabat telah diadakan di JKKN Kelantan. Dalam siri Taklimat Pengenalan Integriti Zon Timur, JKKN Kelantan merupakan destinasi terakhir selepas JKKN Pahang dan Terengganu. Sesi Taklimat ini telah dihadiri oleh Pengarah JKKN Kelantan, Tuan Hj Che Kasim bin Mahmud, dan semua pegawai/ kakitangan tetap serta Artis Budaya Kumpulan Kesenian JKKN Kelantan seramai 37 orang. Sesi taklimat dimulakan tepat jam 9.30 pagi dengan Ucapan Aluan oleh Pengarah JKKN Kelantan dan diikuti taklimat oleh Puan Shanieda binti Mohd Shah. Taklimat pengenalan ini telah dapat memberikan pencerahan mengenai fungsi Unit Integriti dan antara objektif penubuhan unit ini adalah sebagai satu usaha kawalan dalam bagi menguruskan integriti organisasi dan membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan/ etika organisasi di kalangan penjawat awam. Sesi taklimat ini mendapat maklumbalas yang sangat baik daripada para peserta dan telah berakhir pada jam 12.00 tengahari. Zubariah Abdullah JKKN Kelantan

26


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Buletin JKKN 2016 - FREE by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara - Issuu