Buletin JKKN 2016 - FREE

Page 24

Sudut Berita

Novriadi Bin Jamalus JKKN Perlis

Melayu DI CHEBILANG

Kampung Chebilang Satun, merupakan kawasan yang majoritinya mempunyai penduduk yang masih fasih berbahasa melayu iaitu loghat Perlis atau Kedah. Berdasarkan sejarah, Wilayah Satun merupakan kawasan di bawah jajahan Negeri Kedah dan dikenali sebagai nama Setul atau Setoi. Selepas Perjanjian

anjuran kali kedua di Negara tersebut, dalam usaha mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

Bangkok tahun 1909, British telah membahagikan kawasan dan menyerahkan Setul di bawah naungan jajahan Siam yang kininya Thailand. Kemudian, nama Setul telah ditukar kepada nama Satun mengikut loghat Siam. Wilayah Satun yang bersempadan dengan Perlis di utara Malaysia adalah bekas Mukim dalam negeri Kedah suatu masa dahulu. Keunikan Wilayah Satun adalah keaslian yang masih terpelihara dari arus pembangunan.

JKKN Perlis dan rombongan kenamaan Kerajaan Negeri Perlis untuk menyertai dan mempersembahkan tarian tradisional negeri di hadapan 2000 orang penonton, merupakan satu inisiatif dalam mengangkat martabat persembahan tarian-tarian tradisi Perlis seperti Layang Mas, Canggung, Terinai, Ayam Didik, Cik Lang, Inang Tua, Joget Kain Batik serta pertunjukan silat daripada Persatuan Seni Silat Gayong Negeri Perlis. Turut terlibat memeriahkan acara dalam persembahan kebudayaan ini adalah daripada Wilayah Songkhla dan Patani.

Undangan dan peluang yang diberikan oleh pihak Gabenor Wilayah Satun kepada Kumpulan Kesenian

30 Januari 2016, Kampung Chebilang Satun Thailand: Gabenor Wilayah Satun Thailand telah memanjangkan jemputan kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis bagi mengadakan persembahan khas kebudayaan

Novriadi Bin Jamalus JKKN Perlis

24


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.