Buletin JKKN 2016 - FREE

Page 17

Sudut Berita JKKN

PESTA KEBUDAYAAN DAN SUKAN

THAILAND - MALAYSIA 2016

Kelantan telah diraikan dengan persembahan Gendang Panjang Siam dan diiring oleh polis pelancong ke Narathiwat untuk turut menjayakan acara perlawanan Bola Sepak. Turut berlangsung dalam program tersebut adalah acara Sukan Rakyat seperti Lari Dalam Guni, Terompah Gajah dan Kucing Buta.

Pada 22 hingga 23 Januari 2016, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan telah dijemput bagi mengadakan persembahan kesenian oleh pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Kelantan bersama Kerajaan Thailand bagi memeriahkan Pesta Kebudayaan dan Sukan Thailand Malaysia yang bertempat di Narathiwat, Thailand dalam usaha menjalin kerjasama bagi mempromosikan ikon ikon pelancongan, kebudayaan dan kesenian Malaysia dan menarik minat para pelancong untuk datang dan merasai produk pelancongan sempena Tahun Melawat Kelantan 2016. Turut hadir ialah Gabenor Narathiwat, Pengarah Pelancongan dan Sukan Narathiwat, Thailand, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, juga Pengarah Tourism Malaysia Negeri Kelantan.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan turut mempersembahkan Wayang Kulit yang dimainkan oleh kumpulan CINDAYU manakala kumpulan persembahan kesenian Thailand mengetengahkan persembahan kesenian dan kebudayaan negara tersebut. Melalui program pesta kebudayaan seperti ini sedikit sebanyak dapat mengukuhkan talian persahabatan kedua-dua Negara dan menarik minat pelancongpelancong luar untuk datang ke Malaysia.

Ketibaan pihak petugas media, Persatuan Masyarakat Siam Negeri Kelantan serta penggiat seni budaya

Ma’roof bin Seman JKKN Kelantan.

17


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.