Sudut Berita JKKN
PERSEMBAHAN BERKALA Kumpulan Kesenian JKKN atau lebih sinonim dengan peminat seni budaya JKKN Perak dengan melalui program Ipoh Cultural Showcase (ICS) telah berlangsung di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak pada 4 Mac 2016 (Jumaat). Program yang berlangsung selama sejam itu turut diisi dengan pengisian segmen Interaktif “Jom Belajar Tarian Dabus” dan persembahan tarian serta
Pengunjung turut berpeluang mengunjungi ruang Galeri Seni yang mempamerkan pakaian tradisional negeri Perak, permainan tradisional, alatan muzik , aksesori pakaian masyarakat Orang Asli dan sebagainya di premis JKKN Perak selain daripada menyaksikan persembahan kebudayaan dan kesenian.
nyanyian lagu-lagu rakyat seperti Tarian Selamat Datang ke Negeri Perak, Tarian Joget Lambak Kelin Kira, Sri Dabus, Cupak Hanyut, Joget Kereta Lembu dan Tarian Nego yang dilaksanakan sebagai hiburan dan tarikan pengunjung. Program tersebut turut dihadiri oleh mahasiswa siswi daripada Universiti Teknologi Mara (Cawangan Perak Kampus Tapah), Politeknik Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) dan Kolej Politek Mara, Ipoh.
Ipoh Cultural Showcase (ICS 2016), diadakan secara berkala di Kompleks, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak setiap hari Jumaat pada MINGGU PERTAMA & KE-TIGA, manakala MINGGU KEDUA & KEEMPAT akan diadakan di People’s Park (berdekatan dengan sungai Pekan Lama, Ipoh) dan masuk adalah PERCUMA. Nor Fairus Binti Alias JKKN Perak
ICS 2016 CURI HATI SISWA SISWI
12