PERKONGSIAN ILMU
PENGGUNAAN APITAN KATA KERJA Apitan ialah unsur imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir pada awal dan akhir secara serentak. Apitan yang membentuk kata kerja dalam Bahasa Melayu ialah meN-…-kan, beR-…-kan, beR-…-an, di-…-kan, meN-…-I, di-…-I, memper-…-kan, memper-…-I, ke-…-an, diper-…-kan, diper-…-i Jenis kata kerja yang pertama ialah kata dasarnya boleh menerima awalan meN-, atau beRselain boleh juga menerima apitan meN-…-kan, di-…-kan, beR-…-an, atau beR-…-kan. Contoh:
Awalan meN- , beR - , di
Apitan meN-...-kan, di-...-kan beR-...-an, atau beR-...-kan
membaca
membacakan
diberi
diberikan
membeli
bersedih
membelikan bersedihan
Kata dasarnya hanya dapat menerima apitan men-…-kan, di-…-kan, atau ber-…-an, dan tidak dapat menerima awalan meN-, di-, atau ber- sahaja. Contohnya:
SALAH
BETUL
mengabaikan
menggabaikan
digambar
digambarkan
menggelar dihapus
berterbang bermaaf
menggelarkan dihapuskan
berterbangan bermaafan
(Rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga)