HANDS: Gift of a Generation

Page 70

Mohamed Hanapi bin Mohamed Lahir pada tahun 1945

Berkhidmat dalam pasukan polis selama 26 tahun secara bergilir di pelbagai divisyen dan balai. Bermula di divisyen Woodlands berdekatan kastam, kemudian bekerja di divisyen Orchard dan Tanglin. Bersara untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Saya memohon jawatan guru sementara di Sekolah Rendah Pulau Merlimau berdekatan Tanjong Kling. Setiap hari selama tiga bulan, saya terpaksa menaiki sebuah sampan pergi dan balik ke pulau tersebut untuk pergi mengajar di sekolah itu. Oleh kerana keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia saya tidak memenuhi syarat-syarat untuk mengajar, saya memilih menjadi pegawai polis. Saya menyertai pasukan polis pada tahun 1965. Saya dihantar ke berek Jalan Gurney di Kuala Lumpur dan menjalani latihan selama enam bulan di sana. Para pelatih datang dari seluruh negara, seperti Sarawak, Sabah, Singapura dan lain-lain negeri Malaysia. Terdapat pilihan untuk kami berkhidmat di lain-lain negara di Malaysia kerana Singapura merupakan sebahagian daripada Malaya pada ketika itu. Singapura berpisah daripada Malaysia betul-betul sewaktu saya sedang separuh jalan mengikuti latihan tersebut. Latihan-latihan yang kami jalani sangat susah dan kami sangka perpisahan tersebut bermakna kami dapat pulang ke rumah dan latihan telah pun berakhir. Kami sangat gembira! Kami pun melontarkan pakaian seragam dan but-but kami ke atas atap zink berek kami untuk meraikannya. Tetapi, kami diarahkan mengambil semula barang-barang kami dan meneruskan latihan. Ketika saya mula menjadi pegawai polis, saya harus memakai seluar pendek berwarna coklat dan baju kemeja berwarna kelabu. Jika kami menangani mayat reput, kami perlu mendapatkan kemeja baru, kerana baunya akan melekat. Saya juga harus mengelap butang perak pada kemeja saya dan memakai but serta setokin panjang paras lutut. Saya berasa agak bangga memakai pakaian seragam tersebut. Orang ramai hormat kepada seragam tersebut pada zaman itu. Sebagai seorang pegawai polis, saya menangani banyak perkara. Terdapat pertempuran samseng pada tahun 1970an dan kami

136 HANDS

akan meronda lorong-lorong dan mencari-cari parang-parang yang disembunyikan atau lain-lain senjata di bawah sarung guni atau pada pokok-pokok dan belukar. Saya juga pernah melihat banyak mayat. Pernah sekali saya melihat seorang mangsa pergaduhan yang lehernya hampir putus. Salah seorang pegawai yang lebih muda pengsan setelah melihatnya dan memerlukan khidmat ambulans. Dan pernah sekali, selepas makan tengah hari, dua rakan setugas yang lebih muda melihat pemandangan mayat yang mengerikan yang telah digilis di landasan berdekatan Rifle Range Road. Mereka memuntahkan semula semua yang dimakan tengah hari tersebut. Semasa saya berkhidmat di Divisyen Orchard Road pada tahun 1970an, banyak kecurian barang-barang peribadi dilaporkan. Oleh itu kami pun membentuk sebuah pasukan tugas khas di mana saya dikerahkan untuk mengenalpasti sindiket penyeluk saku tersebut. Saya berpasangan dengan rakan sejawat untuk mengekori mereka yang disyaki dan mereka akan ditangkap. Saya rasa saya ada bakat mengecam penyeluk saku rakyat Indonesia dan saya mengesyaki mereka menggunakan ilmu hitam ke atas mangsa mereka sebelum mengambil barang-barang mangsa. Rakyat Indonesia tersebut memakai tangkal di badan mereka dan mangsa mereka hanya akan tersedar bahawa barang-barang mereka telah dicuri apabila polis memberitahu mereka hal tersebut. Pencuri-pencuri ini akan didenda dan dihantar pulang ke Indonesia. Mereka yang telah didenda akan menukar nama mereka pada pasport mereka dan kembali semula ke Singapura untuk melalukan kecurian beberapa minggu kemudian. Saya rasa pasukan polis harus mewawancara dan melakukan tinjauan ke atas para pegawai yang akan bersara. Mereka pasti mempunyai pengalaman yang luas. Dan seperti dimaklumi, kami pegawai polis terdiri dari pelbagai bangsa dan kami semua bekerjasama dengan baik. Kami seronok semasa menjalankan tugas bersama-sama.

HANDS

137


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.