Bukan, yang lebih tepat ialah tempat dia dicipta – manusia ciptaan makmal pertama yang dipanggil neo-manusia. Di sebelahnya pula ialah Dr Aria – antara saintis yang melakukan kajian neomanusia dan menjaganya semenjak dia pertama kali melihat dunia. Dr Aria sahajalah manusia yang melayannya seperti seorang ibu, menyayanginya tanpa syarat dan melindunginya. Kenapa dia berada di sini? Adakah ini… mimpi?
IM Bu A ka N n Pu U bl nt ic uk at D ion iju al
Kepala Athena kemudian beralih kembali pada wanita yang
dipanggil Dr Aria itu. Mata Athena langsung tidak berkedip. Matanya tidak silap. Memang Dr Aria yang sedang duduk di sisinya.
‘Ini… ini pasti mimpi!’ Athena mendesah. Dia menampar
sebelah pipinya beberapa kali sambil memejamkan mata.
‘Dr Aria… Dr Aria dah…’ Athena membuka matanya semula,
namun Dr Aria masih lagi ada di situ. Dia masih berada di tempat yang sama.
‘…dah lama tiada.’
Athena melepas nafas berat. Telinganya bagai dapat mendengar
semula bunyi tembakan dan jeritan konco-konco Ezakiel. Athena
mengangkat kedua-dua tangannya lalu merenung telapak tangannya. Nafasnya memberat. Masih terasa hangat tangannya itu apabila merangkul jasad Dr Aria yang longlai. Tubuh Dr Aria basah dengan
darah setelah ditembak konco Ezakiel, menunggu masa sakarat mencabut nyawanya. Dr Aria terkorban semata-mata kerana mahu melindunginya. Dia pula gagal melindungi Dr Aria. Athena menatap kembali wajah Dr Aria. Ini pasti mimpi, dia yakin. Dada Athena menyesak melihat 18 | AMUKAN MANUSIA CIPTAAN: PROJEK ATHENA