Anis April 2010

Page 5

SKETSA RUMAH TANGGA

angat s g n a y a u Pet Tanpa . n a k u l r e dip a ubat. p n a t , g n wa

OLEH: HJ BAD

Penangkal Segala Penyakit Anda mahu terhapus segala dosa?

Aduh, sedapsedap tidur macam ni malasnya nak b bangun malam. sejukk n nak ambil wuduk lagi... malam esok lak aku try bangun solat tahajud‌

Anda mahu menjaj di orang bertakwa? Anda mahu berdiri sebaris bersama orangg-orangg soleh? Anda mahu berdiri sebaris bersama ahli ibadah?

Anda mahu mendekatkan diri dengan Allah? Anda mahu tercegah daripada maksiat?

Anda mahu masuk syurga dengan selamat? Ala, apebenda iklan ni Hj Bad? Semua cerita pasal akhirat saja. Tak best arr. Orang tengah sakit-sakit kepala pasal 1001 masalah dunia, dia asyik iklankan cerita akhirat pula. Tension arr. Orang tengah bengangbengang kepala hotak nak selesaikan masalah hutang dan keperluan hidup, dia iklan pasal agama pula. Orang tengah tension menghafal subjek nak exam tak lama lagi, dia asyik iklan pasal syurga neraka lak. Harrgh, lagi tension adalah... Okay, okay, kita tukar iklan lainlah pula.

Iklan

1

Petua menghilangkan dan membuang segala penyakit dari badan. Tanpa wang! Tanpa ubat! Dijamin berkesan! Tiada kesan sampingan! Pasti memuaskan! Jaminan wang tidak akan dikembalikan (sebab anda tak perlu mengeluarkan wang sesen pun!).

28 ::

anis :: A P R I L

2010

Anda seorang yang pelupa? Sukar mengingati apa yang dipelajari? Sukar menghafal? Dapatkan petua terhebat warisan sepanjang zaman. Terbukti berkesan!

Iklan

2

Whoa...ini barulah dinamakan iklan. Boleh menghilangkan segala penyakit termasuk penyakit pelupa. Inilah petua yang sangat-sangat kita perlukan. Tanpa wang tanpa ubat lak tuu! Macam mana caranya? Ikuti langkah-langkah berikut: 1. Buat temujanji sekitar pukul tiga pagi sehingga sebelum Subuh. (bior betul!!)

2. Bangun tidur, bersihkan badan dan ambil wuduk. 3. Lakukan solat malam seperti Tahajud, Witir, Tasbih dan sebagainya. 4. Berdoa, berzikir dan bermunajat kepada Allah sebanyak-banyaknya. 5. Istiqamah dalam melakukan solat-solat ini, insya-Allah, bukan saja penyakit dalam badan atau sifat pelupa, malah semua tujuh perkara yang saya sebutkan di baris atas sekali, insya-Allah akan tertunai. Amacam, hebatkan iklan ni? Hebatkan kuasa solat malam? Benar. Kalau tidak takkan Rasulullah kata, kalau ia tidak membebankan umatku nescaya aku wajibkan mereka bersolat malam. Ertinya, solat malam


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.