Persekitaran_yang_sesuai_bagi_penanaman_tembikai

Page 1

AGRONOMI DAN PENGHASILAN TANAH (SHN 3133)


PERSEKITARAN YANG SESUAI BAGI PENANAMAN TEMBIKAI


PENGURUSAN LADANG  Pelaksanaan projek bermula dengan pemilihan kawasan, pembersihan dan penyediaan tapak, membina sistem saliran, rumah lindungan, rumah operasi dan setor, sistem pengairan dan keperluan untuk penanaman.


ďƒ˜ Kawasan perlu dibersihkan daripada semak samun. Kawasan penanaman mesti rata/diratakan untuk memudahkan kerjakerja pengurusan ďƒ˜ Jika kawasan yang dipilih mempunyai cerun/berada di lereng bukit, kos penyediaan lebih tinggi. ďƒ˜ Adanya perhubungan yang baik dan sumber elektrik merupakan insentif yang baik. Urusan dapat dijalankan dengan mudah


Pemilihan kawasan  Faktor pemilihan kawasan; • • • •

Sumber air bersih Topografi tanah Perhubungan jalan Sumber elektrik

 Punca air merupakan perkara terpenting dan perlu ada  Pastikan punca, jumlah dan kualiti air menepati standard yang ditetapkan


Membina sistem saliran  Bertujuan untuk mengalirkan air keluar/ mengelakkan daripada air bertakung di sekitar dan kawasan penanaman.  Air disalirkan ke longkang kecil dikeliling kawasan dan terus ke longkang besar untuk pembuangan terus supaya kawasan penanaman tidak mengalami kelembapan.


Membina rumah lindungan ďƒź Mengikut spesifikasi yang disyorkan. Pastikan arah matahari dan laluan angin ďƒź Arah yang disyorkan ialah utara selatan dan melintang daripada laluan angin ďƒź Bumbung rumah separuh bulat lebih baik& disyorkan kerana membenarkan laluan angin dengan lancar, plastik lebih tahan lama dan pencahayaan sekata


Membina rumah operasi dan setor ď śRumah operasi & setor; tempat utama kerja-kerja pengagihan nutrien, penyimpanan media, racun, bekas tanaman, baja dan lain-lain ď śPerlu dibina berhampiran tapak penanaman untuk meminimakan kerja pengangkutan ď śTangki nutrien mesti dibina dibawah lindungan dan berkeadaan teduh atau sejuk


Membina batas tanaman ď ą Batasan tanaman boleh diperbuat daripada tanah dan ditutup dengan plastik, barisan batu- bata atau batang paip. ď ą Arah barisan dan batas yang baik ialah utara ke selatan supaya tanaman mendapat cahaya yang cukup. ď ą Bentuk batas tanah yang baik ialah separa bulat. Saiz batas bergantung kepada keadaan tanah. ď ą Bagi tanah yang rata & rendah /ditanam secara terbuka, saiz batas lebih besar dan tinggi iaitu 5080cm lebar dan 45-60 cm tinggi.


ď ąBagi tanah yang keras dan tiada masalah air bertakung, saiz batas adalah kecil iaitu 45-60 cm lebar dan 30-40 cm tinggi. Panjang batas yang sesuai tidak melebihi 30 m. ď ąJarak tanaman yang disyorkan ialah 165180 cm.


Memasang sistem pengairan o Sistem pengairan yang diperlukan ialah sistem pengairan titis. o Gunakan paip jenis PVC atau polietilina. o Uji sistem pengairan terlebih dahulu sebelum digunapakai seterusnya. o Pastikan tiada kebocoran, tersumbat dan tiada sebarang kesilapan yang berlaku.


Persekitaran yang sesuai bagi penanaman tembikai di atas batas


1. Suhu Suhu antara 25 - 35oC pada siang hari dan 18 - 22oC pada sebelum malam adalah amat sesuai. Suhu tanah yang optimum untuk pertumbuhan akar ialah dalam julat 20 - 35 °C. Suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka masa matang. Tembikai tidak sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi yang suhunya kurang dari 22oC. 2. Pencahayaan  Memerlukan cuaca panas untuk pertumbuhan dan penghasilan yang baik. Buah yang membesar dalam keadaan panas dan kering mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu 11 % berbanding dengan 8 % pada buah yang membesar dalam keadaan sejuk dan lembap. 3. Taburan hujan  Jumlah hujan yang optimum ialah 250 mm atau kurang.


4. Medium tanaman  Tembikai boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah yang mempunyai keasidan yang sederhana iaitu pH 4.5 - 7.0, bagi tanah yang mempunyai pH yang rendah pengapuran diperlukan. Tanaman ini didapati lebih sesuai apabila ditanam di tanah jenis gembur berpasir dan tidak menakung air. Tanah yang tinggi kandungan liat dan menakung air didapati tidak sesuai. Manakala kawasan yang paling sesuai ialah kawasan yang rata. Tanah yang sebelumnya telah digunakan untuk menanam tembikai atau lain-lain tanaman daripada keluarga cucurbitaceae (labu, petola, peria, timun) tidak digalakkan lagi untuk ditanam dengan tanaman tembikai untuk tempoh 3 tahun bagi tujuan mengelakkan penyakit yang berjangkit dari tanah. 5. Pengairan  Air ialah komponen yang kritikal dalam pengeluaran buah tembikai. Buah tembikai yang masak mengandungi lebih 90 % air. Dengan itu, bekalan air yang mencukupi adalah kritikal bagi mengoptimumkan pengeluaran hasil dan kualiti tanaman ini. Kekurangan air pada peringkat tembikai baru tumbuh, melewatkan kematangan dan boleh menyebabkan terdapatnya ruang dalam pengeluaran. Tegasan air pada peringkat awal pertumbuhan vegetatif akan menyebabkan kekurangan kawasan keluasan daun dan mengurangkan hasil. Pengurangan hasil yang paling serius adalah hasil daripada tegasan air semasa pembungaan dan pembentukan buah.


Faktor pemilihan jenis sistem pengairan :      

Kesediaadaan peralatan Bentuk dan saiz ladang Jumlah dan kualiti air yang ada Keperluan buruh Keperluan bahan bakar Kos


1. Pengairan renjis  Sistem ini termasuklah pangsi tengah, `linear move’, `travelling big gun’, set paip aluminium yang kekal dan mudah alih dengan perenjis.  sistem perenjis yang digunakan pada tanaman tembikai seharusnya berupaya merenjiskan 2.5 cm air setiap 4 hari.  Sebagai tambahan sistem ini mestilah mengeluarkan renjisan secara perlahan-lahan bagi menghalang larian permukaan tanah.  Sistem renjisan dengan penggunaan keseragaman yang tinggi (pangsi tengah dan `linear move’) boleh digunakan untuk membaja.  Walaupun pengairan atas tidak digalakkan apabila menggunakan sungkupan plastik, tetapi jika ia digunakan juga, batas yang lebih kecil (30 - 60 cm) lebih baik kerana air boleh sampai ke akar dengan lebih mudah.  Batas yang lebar (melebihi 60 cm) akan lebih bermasalah, terutamanya pada tanah berpasir yang pergerakan air sisinya terhad.


Pengesyoran umum bagi kadar pengairan tembikai :  Daripada menanam hingga tanaman mula menjalar, guna 1¼ cm apabila tanah di atas 5 cm menjadi kering (lebih kurang setiap 5 atau 6 hari jika cuaca kering)  Daripada pokok mula menjalar hingga pembungaan pertama, guna 2 cm setiap 5 hari semasa cuaca kering. Jika layu sebelum tengah hari, tingkatkan kekerapan pengairan.  Daripada mula berbunga hingga dituai, guna 2.5 cm setiap 4 hari semasa cuaca kering. Semasa cuaca yang amat panas (melebihi 35°C ), kekerapan pengairan ditingkatkan kepada setiap 3 hari bagi mengelakkan tegasan.  Tanah berpasir memerlukan pengairan lebih kerap bagi menghalang tegasan lembapan.


2. Pengairan titis  Pengairan titis amat popular dalam pengeluaran buah tembikai.  Digunakan dengan atau tanpa sungkupan plastik.  Kelebihan utama dalam penggunaan pengairan titis ini ialah air digunakan dengan berkesan jika diuruskan dengan betul.  Masalah rumpai juga berkurangan kerana batas sahaja diberi air sedangkan baris tengah antara batas dalam keadaan kering.  Pengairan titis juga menggalakkan penghasilan awal dan meningkatkan saiz buah.


Pengairan titis


Persekitaran yang sesuai bagi penanaman tembikai secara fertigasi


Fertigasi  Fertigasi merupakan istilah yang membawa maksud “pengairan pembajaanâ€?. Fertigasi terbentuk daripada dua perkataan iaitu fertilization yang bermaksud pembajaan dan irrigation yang membawa maksud pengairan. Secara umumnya, fertigasi dapat dikenali sebagai sistem penanaman tanpa menggunakan media dengan pemberian baja melalui sistem pengairan.



1. Pencahayaan  Seseorang pengusaha yang ingin mendapatkan hasil tanaman cara fertigasi yang tinggi seperti dalam penanaman tembikai akan menimbangkan faktor cahaya yang terbaik bagi tanamannya. Projek tanaman tembikai secara fertigasi mestilah terletak pada kawasan yang terbuka dan tidak terlindung serta mendapat cahaya matahari 6 jam sehari. 2. Medium Tanaman  Medium terbaik untuk fertigasi mestilah mempunyai pegangan air 60 – 80 % sahaja, mempunyai pengudaraan 20 – 40 %, boleh memegang atau menyerap nutrien, kebolehan mengubahsuai pH, kebolehan penyusupan akar tanaman yang baik, bebas daripada penyakit dan tidak mencemarkan alam sekitar. Jenis-jenis medium tanaman yang biasa digunakan antara lain tanah gambut, arang sekam padi dan sabut (cocopeat).


Gambar 3 : Jenis-jenis medium yang digunakan


Jenis medium yang biasa digunapakai dalam teknologi penanaman secara fertigasi:   

i. ii. iii.

  

iv. v. vi.

Tanah Pasir kasar & halus Arang halus (sekam padi, tempurung, kayu dll) Habuk sabut Abu (sekam, sawit) Rockwool, perlite, vermiculite dsb


 Arang sekam padi 100 % adalah medium yang sangat baik dan memenuhi kriteria medium dikehendaki. Selain telah dinyahkuman melalui pembakaran, pH arang sekam adalah stabil dan tidak ada berlaku proses pengkomposan.


3. Pengairan  Punca air merupakan perkara terpenting dan perlu ada. Sumber air mestilah tidak terputus bekalan, tidak tercemar dan bebas daripada sebarang toksik atau mendapan (ampaian ferum dan lainlain), jernih, tidak berbau dan lebih sejuk (kandungan oksigen yang tinggi). Sistem pengairan yang diperlukan ialah sistem pengairan titis. Pemasangan sistem pengairan yang sempurna sangat penting kerana semua nutrien akan diagihkan melaluinya sepanjang masa. Pembinaan sistem saliran perlu dilakukan kerana sistem saliran yang baik dapat menampung dan mengalirkan air berlebihan sama ada air hujan yang lebat atau lebihan titisan nutrien mengalir keluar dengan baik.


Sekian terima kasih……


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.