Manual kit fertigasi full v10092007 o8

Page 10

Manual Kit Fertigasi

sabakAgro

Masalah & Penyelesaian Masalah

Penyelesaian

1. Pam Mini tidak berfungsi

Sila pastikan ‘power source’ anda atau ‘setting digital timer’ anda berfungsi dengan baik.

2. Air tidak keluar

1. Pastikan pam anda berfungsi. 2. Sila buka ‘end clip’ dan alirkan air selama 15 saat untuk membuang udara terperangkap. 3. Keluarkan pen penitis dari media dan cabut pen penitis dari tiub 6mm. Bersihkan / basuh bahagian aliran masuk pen penitis dengan air bersih.

3. Pokok layu

Jangan terlupa memberi air. Air dalam polibeg tidak seperti air di dalam tanah. Ianya cepat kering.

4. Daun pokok kekuningan

Pastikan anda memberi baja pada setiap 7 hari untuk baja komposit dan setiap 14 hari untuk baja organik + komposit.

Penyelenggaraan 1. Pada kadar 15 hari sekali atau pada bila-bila masa jika perlu, lakukan pembersihan Pam Mini terutama dibahagian kipas penyedut. Lakukan juga pembesihan di bahagian alur masuk air Pen Penitis secara berkala. Ini untuk mengelakkan sampah atau kotoran lain yang akan menyekat perjalanan air. 2. Pastikan punca elektrik untuk ‘Digital Timer’ anda sentiasa ‘ON’ sebab bateri di dalamnya mesti sentiasa di cas semula. 3. Pastikan media tanaman anda tidak terlalu lembab untuk mengelakkan kulat membiak. Cara Guna Gabungan Baja EM & Baja Komposit Dalam Kit Fertigasi Gabungan baja ini boleh digunakan untuk 10 ~ 30 polibeg. • Pada hari pertama penyiraman, masukkan 1 pek baja komposit dan satu penutup baja EMAS kedalam tangki air. • Masukkan air hingga penuh tangki air. • Pasang ‘Digital Timer’ anda, campuran baja dan air akan dipam ke polibeg secara automatik. • Campuran Baja EMAS & Komposit mestilah dilakukan setiap 7 hari iaitu hari pertama, hari ke 7, hari ke 14 dan seterusnya. • Pek baja yang dibekalkan boleh diguna selama 3 bulan. Manual ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan masalah

sabakAgro


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.